CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Alyah Macam Marah Betul Dia Dengan Ramli M.S

13-1-2015 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 286941| Komen: 2103

Description: Gambar Yang Dimuat Naik Alyah Atau Nama Sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, Di Instagram Miliknya Itu Mencetuskan Tanda Tanya Apabila Dia Menulis Kapsyen Seolah-Olah Ramli Telah Menganiayanya.

 Alyah Macam Marah Betul Dia Dengan Ramli M.S

Alyah memuat naik gambar suaminya dengan seorang wanita dengan kapsyen yang menimbulkan pertanyaan tentang rumah tangga mereka.

PETALING JAYA: Isu rumah tangga penyanyi Alyah memasuki fasa baharu selepas wanita itu memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dinyatakan identitinya.


Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, di Instagram miliknya itu mencetuskan tanda tanya apabila dia menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya.

"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulisnya.

Pendedahan penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu mengejutkan para pengikutnya di Instagram yang rata-rata tertanya apakah yang sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu.

Pasangan ini berkahwin secara rahsia pada 18 Mac 2013.

Malah ada yang meminta Alyah supaya memadam gambar berkenaan dan menyelesaikan masalah dengan Ramli tanpa pengetahuan umum.

Dalam status yang dimuatnaik pada petang Ahad itu Alyah antara lain memohon kepada Allah sekiranya dia pernah menganiaya orang lain, moga Allah memberi petunjuk agar kembali ke jalan-Nya.

"Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon kepada-Mu, ya Allah, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku ya Allah..." tambahnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Alyah dan Ramli berhubung perkara tersebut bagaimanapun gagal apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.

Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 11-1-2015 05:51 PM
Tipu.x kn alyah that cheap, nk mrh2 kt media sosial.
Quote animcute 11-1-2015 05:53 PM
tak nampak pun
Quote mendonan 11-1-2015 05:57 PM
dah delete dah..
Quote Mary_jane 11-1-2015 05:58 PM
Xde picca ke tt? Bleh speku bsama.
Quote enchikfitz 11-1-2015 06:00 PM
Jap apsal susah nau nk upload screenshot ni
Quote Nenasketum 11-1-2015 06:02 PM
Gimik AJL ke? Tapi dia berbakat, marah sekejap kot
Quote mixed 11-1-2015 06:08 PM






Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 5:14 PM
Alyah memuat naik gambar suaminya dengan seorang wanita dengan kapsyen yang menimbulkan pertanyaan tentang rumah tangga mereka.

  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu rumah tangga penyanyi Alyah memasuki fasa baharu selepas wanita itu memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dinyatakan identitinya.

Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, di Instagram miliknya itu mencetuskan tanda tanya apabila dia menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya.

"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulisnya.

Pendedahan penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu mengejutkan para pengikutnya di Instagram yang rata-rata tertanya apakah yang sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu.

Pasangan ini berkahwin secara rahsia pada 18 Mac 2013.



Malah ada yang meminta Alyah supaya memadam gambar berkenaan dan menyelesaikan masalah dengan Ramli tanpa pengetahuan umum.

Dalam status yang dimuatnaik pada petang Ahad itu Alyah antara lain memohon kepada Allah sekiranya dia pernah menganiaya orang lain, moga Allah memberi petunjuk agar kembali ke jalan-Nya.

"Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon kepada-Mu, ya Allah, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku ya Allah..." tambahnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Alyah dan Ramli berhubung perkara tersebut bagaimanapun gagal apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.

Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu.




Quote aku_2011 11-1-2015 06:09 PM
http://www.bharian.com.my/node/28504
Quote mixed 11-1-2015 06:10 PM
Mohon @syed bakup RMS sepatah dua
Quote Kebabomb 11-1-2015 06:10 PM
Typical Malaysian artist style...ada masalah upload kat medial social...laki tak balik rumah untuk di Tanya atau ajak berbincang ke?
Quote cik_kembong 11-1-2015 06:11 PM
Kenapa luahkan kat social media.....???
Quote enchikfitz 11-1-2015 06:14 PM
mixed replied at 11-1-2015 06:08 PM
Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 5:14 PMAlyah memuat naik gambar suaminya dengan seora ...

Tq @mixed . Dari td asyik x boleh upload gambar kat phone ni. Siot lah
Quote aku_2011 11-1-2015 06:20 PM
enchikfitz replied at 11-1-2015 06:14 PM
Tq @mixed . Dari td asyik x boleh upload gambar kat phone ni. Siot lah

dah ade gmbar kat atas tu... hahaha
Quote haiku 11-1-2015 06:23 PM
Knowing Alyah, dia selalu cuba memendam rasa .. But this time lain pulak
Hope everything goes well

Baru nak propose suruh buat romantika beliau & datuk
Quote stania83 11-1-2015 06:24 PM
dah nama pon artis kurang eq utk handle masalah masalah personal.
Quote Esperanza 11-1-2015 06:24 PM
Kebabomb replied at 11-1-2015 06:10 PM
Typical Malaysian artist style...ada masalah upload kat medial social...laki tak balik rumah untuk d ...

Ummah marhaen pun sama... Dah xde perasaan malu gittew... Janji dpt byk like
Quote mommymonster82 11-1-2015 06:27 PM
Bila laki suruh pompuan sorok perkahwinn mmg sesuatu sgt...
Quote tengokjerrr 11-1-2015 06:31 PM
semoga dapat selesai baik2
Quote doubleA 11-1-2015 06:35 PM
Edited by doubleA at 12-10-2015 04:10 PM

tertunggu2 jugak gosip ni masuk cari

laju betul blog2 hiburan ni ek, mau bengang atok ramli kisah dia dijaja

yg berbaju biru tu.


Lihat semua komen(2103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.110535 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top