CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Rebat Rm5,000 Lupus Kereta Berusia Lebih 10 Tahun

13-1-2015 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14061| Komen: 55

Description: Malah, Skim ‘Trade-In’ Yang Dinamakan Skim Insentif Pengguna Itu Membolehkan Pengguna Membeli Sebarang Jenama Kereta Daripada Syarikat Pengeluar Peralatan Tulen (Oem) Tempatan, Meskipun Kereta Yang ...
Rebat Rm5,000 Lupus Kereta Berusia Lebih 10 Tahun

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pemilik kereta berusia lebih 10 tahun kini boleh mendapatkan rebat sehingga RM5,000 untuk membeli kereta baharu, menerusi skim terbaharu yang dijangka diperkenalkan tahun ini.

Malah, skim ‘trade-in’ yang dinamakan Skim Insentif Pengguna itu membolehkan pengguna membeli sebarang jenama kereta daripada syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan, meskipun kereta yang mahu dilupuskan itu berlainan jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, perbincangan bagi menjayakan skim itu sedang berada di peringkat akhir dan berpotensi untuk dilaksanakan seawal Mac ini.

Selain membabitkan kereta berusia lebih 10 tahun katanya, skim itu juga dijangka terbuka kepada pemilik-pemilik kereta yang terbabit dalam bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Pantai Timur ketika ini.

“Skop untuk mangsa banjir (pemilik kereta) ini baharu sahaja dibincangkan untuk menjadi sebahagian daripada skim ini. Apapun, skim ini masih perlu mendapat kelulusan kerajaan dan juga pengeluar kereta yang akan menilai prospek pelaksanaan skim tersebut.

“Ketika ini, kedua-dua pihak memberikan respon yang baik, dan kepada pengguna skim ini bukan merupakan paksaan,” katanya kepada pemberita selepas Kajian dan Prospek Industri Automotif Malaysia 2014/2015 di sini hari ini.

Tambah Mohamad Madani, skim pelupusan kereta itu pernah diperkenalkan pada 2009 namun hanya membabitkan kereta jenama Proton dan Perodua sahaja. Jelasnya, pelaksanaan kali ini lebih terbuka meliputi semua jenama kereta yang berminat untuk menyertai skim tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberi anggaran bilangan kenderaan berusia lebih 10 tahun yang berada di jalan raya negara ini.

“Jika dilaksanakan, kami menjangka jualan keseluruhan kenderaan baharu (TIV) tahun ini mencecah sehingga 750,000 buah. Pada anggaran kami, ia boleh mencecah sehingga 770,000 buah tetapi disebabkan skim pelupusan ini hanya dilaksanakan pada Mac, kami membuat sasaran yang lebih rendah,” katanya.

Jelas beliau, komponen kereta-kereta yang dilupuskan akan diperbaiki semula dan mana-mana komponen yang masih boleh digunakan akan diperbaharui untuk dijadikan alat ganti baharu dengan jaminan.

“Skim ini telah dibincangkan sebelum bencana banjir. Namun, setelah mendapati banyak kereta yang terjejas teruk akibat kejadian ini, kami mendapati skop ini boleh dimasukkan sekali dalam Skim Insentif Pengguna memandangkan mangsa-mangsa banjir mungkin mengalami kerosakan kereta yang teruk,” katanya.

1

Bagus

Marah
2

Terkejut
11

Sedih

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 13-1-2015 09:20 AM
Edited by intriQue at 13-1-2015 11:04 AM

-deleted-

Quote AMDTurion 13-1-2015 09:23 AM
Aik! Ke kena beli keter buatan tempatan jugak ker? Kalo betul dgn harga kereta tempatan yg paling murah.   Hai bilalah boleh merasa keter harga murah ni.
Quote Nokiaman 13-1-2015 09:25 AM
Jual kete wira aku tahun 2000 nak beli mazda6 boleh?
Quote liton 13-1-2015 09:31 AM
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, perbincangan bagi menjayakan skim itu sedang berada di peringkat akhir dan berpotensi untuk dilaksanakan seawal Mac ini.



Biar betul....citer mcm skim baru tapi...4 thn lepas adik aku dah trade in kancil buruk pak aku , klaim RM5k tu & buat d/p pesona.
Quote skyreds 13-1-2015 09:33 AM
nak duit jek boleh x...
Quote Acong 13-1-2015 09:34 AM
bisa ambil uang nya saja

byk kereta sorong mau tolak ni.....

@TanSriJess  mau borong kaa?
Quote neotoxin 13-1-2015 09:51 AM
5000 nak cover interest pun x cukup
Quote ibu_haritz 13-1-2015 09:53 AM
biarlah aku pakai keta aku tu smpi dh terbarai..xsanggup nk tanggung hutang kete..
Quote sitisitu25 13-1-2015 09:56 AM
ala.beli kete baru xleh nak pi jalan2 nnt..duit abih bayar kete je..
Quote Z77 13-1-2015 09:57 AM
ayat dia tulis sehingga 5k bukannya amaun 5k..kalau camtu silap2 kete leh dapat 1-2k jer
Quote kenarikelabu 13-1-2015 10:06 AM
Harga kereta kt Malaysia punya la mahal nk mamposs....lg nk suruh lupus. Baik pakai sampai reput....drp menanggung beban hutang
Quote minyak 13-1-2015 10:23 AM
liton replied at 13-1-2015 09:31 AM
Biar betul....citer mcm skim baru tapi...4 thn lepas adik aku dah trade in kancil buruk pak ak ...

time tu hny utk model proton/perodua kan...limited time only...

yg ni terbuka utk semua model
Quote lostnfaun 13-1-2015 10:24 AM
bank jugak yang untung
Quote rospinki 13-1-2015 10:32 AM
tak sampei hati aku..keta tu la keta pertama aku..sentimental value oo..
Quote DCrystal 13-1-2015 10:52 AM
Kete aku dah umo 23 tahun dah tahun ni tapi value masih atas 5K. Kena tunggu berapa lama lagi la kalo nak bagi value turun sampai 5K ni.
Quote lompatikam 13-1-2015 10:53 AM
lol...kereta wira 1994 pun harga dlm RM6k...nak lupus kat sini max to Rm5K???
kereta korea tahun 90 dulu mungkin boleh la. yg boleh dikategori seangkatan dgn P1 dan p2.

kereta lain mcm BMW,merc, Honda, toyota...tahun 1994 punya pun masih harga berbelas/berpuluh ribu, belum lagi kereta yg dah jatuh kategori vintage...mcm VW, mini semua tuh.... belum kira yg kereta tahun 2000 keatas lagi. nak scrap bagi max RM5K???? satria GTi tahun 2000 pun harga 5 angka lagi...hello...


sistem scrap ni kalau nak pakai kena turunkan dulu harga kereta dgn kurangkan cukai eksais tuh. ini asyik nak tiru singapore tapi tak pikir yg singapore tuh negara kecik, public transportation efficient.
Quote ajie2000 13-1-2015 10:56 AM
daripada beli kereta tambah hutang..

baik kawin lagi satu..
Quote gekkou 13-1-2015 11:04 AM
baru abis hutang buat plak hutang baru
kete buruk pn buruk la
daku rela
Quote shalola 13-1-2015 11:11 AM
janganlah nak menambah hutang

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.129513 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top