CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Guru Tadika Jadi Mangsa Rogol Remaja 16 Tahun

20-1-2015 04:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17397| Komen: 40

Description: Bagaimanapun, Tindakannya Itu Mengundang Padah Apabila Mangsa Berusia 26 Tahun Menghubungi Pasangan Suami Isteri Yang Juga Majikannya Sebelum Remaja Itu Berjaya Dikesan Di Sebuah Klinik Haiwan Berhamp ...
Guru Tadika Jadi Mangsa Rogol Remaja 16 Tahun

Gambar hiasan


Kajang: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.

Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.

Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.

“Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

“Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu,” katanya.

Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

“Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.

“Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

9

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterbersih 20-1-2015 08:39 AM
Wan jijah punye anak didik ni Kajang. Hehehe
Quote Firenzza 20-1-2015 08:40 AM
16 minat 26....kencing pun  masih bercabang
Quote dee4ellese 20-1-2015 08:51 AM
Ini bukan kes lama ke?
Quote WSY8724 20-1-2015 09:04 AM
kesan di sebuah klinik haiwan ? mmg dasar haiwan..
Quote cik_kembong 20-1-2015 09:07 AM
Alahaiii dik.....mudo2 lagi ko cemarkan pensil 2b ko tu.....
Quote dkzue 20-1-2015 09:17 AM
ni kes setahun telah berlalu.... camner leh timbul balik nie.... rasanya budak ni dah lepas kot... dia ni kalu tak silap ada kisah sedih gak.. family dia bercerai...
Quote nexusys 20-1-2015 09:20 AM
Melayu dan rogol bagai tulang dan daging.....

Melayu dan tahap kebodohan... sama gak selalunya..
Quote qqshop55 20-1-2015 09:28 AM
Remaja skrg ni betul2... haihhhh.. rasa kecewa betul
Quote jofizo 20-1-2015 09:33 AM
Edited by jofizo at 20-1-2015 09:34 AM

cerita tahun lepas daaa........
ehhh tanya google, 2013 pn klua jgk...... berita re-cycle
Quote lucky_peace 20-1-2015 09:35 AM
budak lelaki tu feeling nanti lepas merogol tu akan jadi seperti plot novel kisah cinta yang berputik atas dasar rogol...
Quote kenarikelabu 20-1-2015 09:42 AM
Apa la cite ulang
Quote manehnya 20-1-2015 09:43 AM
siannya... mesti lawa cantik dan lemah lembut cikgu tadika ni...

jahat betoi budak 16taon tuh!!!!!

babi
Quote MatHaron 20-1-2015 09:46 AM
ala2 novel pulak
Quote fatehana 20-1-2015 09:47 AM
ehhh citer lama ke
Quote GhostWalking 20-1-2015 09:57 AM
ya ka??pemalas punya wartawan
Quote magnus 20-1-2015 10:00 AM
Ish ish ish...nape citer lama baru kuar ni...mcm dejavu pula..ke mmg ada kes remaja bingai terbaru ?
Quote dkzue 20-1-2015 10:06 AM
dengar citer... budak ni sebenarnya tak abis skul.. dok ngan ayah.. terbiar lah urus hal sendiri2... mak tak tau pi mana dah... pas tu xmo skul... pi keje kedai hewan dekat2 situ.. selalu la jumpa cikgu ni.. kenal2 gak la.... rasa kejadian masa tu time cuti skul kot..tak ingat dah.... heboh lah satu taman.... lepas kejadian budak tu elok je lepak2 area situ...

Akak musykil gak.. kot kes rogol... tak berani dia lepak2 tunjuk muka kat situ.. tak ker pelik.... tak beberapa hati baru kena tangkap... tak lama kuar... rasa abis gitu jer kot....budak ni satu skul ngan anak akak dulu....

Lepas kejadian tu.. semua taman sekitaran situ tampal le banner.... MAKSIAT DILAKNAT..itu ini....... abih pokok segala digantung...sekian... aper ke hal timbul balik hahaha
Quote shalola 20-1-2015 10:18 AM
next...............
Quote shalola 20-1-2015 10:19 AM
next...............

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059981 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top