CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Suami Farah Asyikin Diarah Lantik Wakil Pendamai Kes Cerainya

21-1-2015 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13061| Komen: 50

Description: "Kita Terpaksa Menunggu Pihak Lelaki Untuk Melantik Wakilnya. Jika Dia Gagal Untuk Membawa Wakil Kerana Ahli Keluarganya Tiada Di Sini, Mahkamah Akan Melantik Hakam (Orang Tengah) Untuk Mewakilinya ...
Suami Farah Asyikin Diarah Lantik Wakil Pendamai Kes Cerainya

Farah Asyikin dan suaminya Zaahier Stanley berkahwin pada 15 Februari 2013.



KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Farah Asyikin, 35, iaitu Zaahier Stanley diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, pada Rabu supaya melantik segera wakil Jawatankuasa Pendamai dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie, Amamuddin Yunus menetapkan 9 Februari depan bagi pihak lelaki membawa wakil selepas Zaahier gagal berbuat demikian dalam prosiding pada Rabu.

"Saya ingatkan untuk kamu membawa wakil daripada kalangan ahli keluarga kamu pada prosiding akan datang jika mahu meneruskan kes perceraian ini. Kes ini sudah tertangguh dua kali kerana perkara ini," kata Amamuddin.

Sementara itu, pada prosiding tersebut Farah sebagai plantif hadir bersama peguam syarie yang mewakilinya iaitu Siti Maisyarah Hashim selain melantik ibunya, Fauziah Othman sebagai wakil pihaknya untuk menganggotai Jawatankuasa Pendamai.

Dalam pada itu Siti Maisyarah berkata, anak guamnya tiada sebarang bantahan dan hanya menunggu tarikh seterusnya yang akan ditetapkan oleh mahkamah berhubung arahan itu.

"Kita terpaksa menunggu pihak lelaki untuk melantik wakilnya. Jika dia gagal untuk membawa wakil kerana ahli keluarganya tiada di sini, mahkamah akan melantik hakam (orang tengah) untuk mewakilinya dalam Jawatankuasa Pendamai tersebut.

"Jadi pada 9 Februari nanti Farah tidak perlu datang kerana hanya pelantikan wakil bagi pihak lelaki sahaja," katanya ketika ditemubual di luar mahkamah.

Penyanyi ini menfailkan penceraian tersebut pada penghujung Oktober tahun lalu.

Farah dan Zaahier iaitu warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang baharu sahaja berusia lapan bulan.

2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Denco 21-1-2015 02:27 PM
lorrr nak cerai dah ke??

btw selalu gak aku jmpa ex laki fara ni kat spital
Quote bioessence 21-1-2015 02:27 PM
dah 2 kali menjanda la ye. Yg dulu doktor pun kejap je
Quote prettyuglybabe 21-1-2015 02:28 PM
ai.. nak cerai juga ke
Quote beatgirlX 21-1-2015 02:31 PM
semoga ada jalan penyelesaian yang baik...
Quote bioessence 21-1-2015 02:31 PM
dia ni anak bekas suami seniwati sarimah primadona tu kan
Quote maplesue 21-1-2015 02:36 PM
Harap ada penyelesaian.
Quote MistrezHermanaz 21-1-2015 02:39 PM
dh ade anak kn diorg ni
Quote Cookie.Monster 21-1-2015 02:41 PM
kisah artis bercerai lagiii

kahwin tak lama pun dah nak bercerai

Quote reenz013 21-1-2015 02:50 PM
dua kali ceraila ni
napa ek ngn dia ni
Quote hijau_serindit 21-1-2015 02:52 PM
baru je kawen.. anak pon baru 8 bulan. kesian.
Quote Mamason 21-1-2015 03:09 PM
Innalillah.... jodoh tak panjang.  Kecik lagi anak dia...
Quote sekel 21-1-2015 03:32 PM
Melayu Cape Town + Melayu Malaysia Kokosen = bercerai jua akhirnya
Quote kucen_miang 21-1-2015 03:47 PM
dia ni penyanyi lagu apa?
Quote melinda_kerr 21-1-2015 04:00 PM
Lorr. Sayangnya..tryla berbaik mungkin ada jalan perdamaian..
Quote missDollie 21-1-2015 04:03 PM
dia nyanyi lagu ni..

dimanakah kau yang ku cinta..
dimana kau ingin ku temui..
menjalin cinta bersama semula untuk kali kedua..

Quote cikmi 21-1-2015 04:03 PM
yg ex laki first dia tu, cerai sbb kes maya darina (ke apa nama misteri woman tu) tu kan?
Quote PongKang 21-1-2015 04:03 PM
Kecik lagi anaknya sian
Quote JAY_NAYRA 21-1-2015 04:03 PM
KESIAN....
Quote leezzaliza 21-1-2015 04:05 PM
cikmi replied at 21-1-2015 04:03 PM
yg ex laki first dia tu, cerai sbb kes maya darina (ke apa nama misteri woman tu) tu kan?

Maya darina tu bkn dgn si pierre andre ke...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065635 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top