CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Chef Wan Jalani Rawatan Bronkitis Di Bilik RM3,800

23-1-2015 09:28 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 22984| Komen: 135

Description: Chef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Wan ditahan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang dekat sini akibat mengidap penyakit bronkitis iaitu radang pada salur bronkus dalam paru-paru. ...


PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Wan ditahan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang dekat sini akibat mengidap penyakit bronkitis iaitu radang pada salur bronkus dalam paru-paru.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 57, menerusi satus Instagram miliknya pada Khamis turut berkongsi kisahnya mengalami batul-batuk sejak pulang dari Langkawi beberapa hari lalu sehingga menyebabkan beliau terpaksa mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan.


Keadaan Chef Wan. Gambar dari Instagram Serina.

Dalam status Instagram miliknya juga Chef Wan turut memuat niak gambar wad tempat beliau dirawat iaitu Presidential Suit yang harganya RM3,800 untuk satu malam.

Wad berkanan yang suasananya umpama hotel mewah turut mempunyai dua peti sejuk, tiga peti televisyen, ruang tamu dan juga seorang pembantu.

”Saya diberitahu keseluruhan (harga) RM3,800 semalaman. Semasa diberitahu, saya macam nak jatuh pitam terus. Tapi untungnya AIA insuran akan menanggung semuanya,” kata beliau.

Chef Wan berkata, bukan hanya semasa percutian beliau perlu tidur di hotel mewah bertaraf lima bintang tetapi jika dilanda sakit juga, perlu berada di tempat selesa.


Inilah keadaan wad yang harga keseluruhannya ialah RM3,800 untuk satu malam.

Beliau juga menasihati pengikut Instagram miliknya agar tidak kedekut untuk membeli insuran perubatan sebagai jaminan terhadap rawatan kesihatan.

Gambar beliau di hospital berkenaan turut dikongsi oleh anaknya Serina dengan kapsyen mendoakan agar Chef Wan cepat sihat selain bersedih kerana doktor tidak membenarkan tetamu datang melawat.

1

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 22-1-2015 03:50 PM
wah untong nya atok
Quote toxicated 22-1-2015 03:50 PM
selain AIA insurance ape ye bagus.iols nak renew ni..
Quote Cookie.Monster 22-1-2015 03:52 PM
toxicated replied at 22-1-2015 03:50 PM
selain AIA insurance ape ye bagus.iols nak renew ni..

Prudential
Quote razeadel 22-1-2015 03:53 PM
Now anak iols pn dah seminggu duk ward..tp kt nilai medical je..hrga pn xde la mahal cmni..ape pn semua insurans cover..
Quote dubuk 22-1-2015 03:53 PM
toxicated replied at 22-1-2015 03:50 PM
selain AIA insurance ape ye bagus.iols nak renew ni..

Prudential
Quote opie5662 22-1-2015 03:54 PM
kalau bole baya internet, astro, coway, tuka henpon setahun sekali..better la invest dlm insurans....skrg kos rawatan mmg tak masuk akal..kalau aku pon nk dok tempat selesa mase sakit...kalau x dpt presindental suite pon, dpt bilik yg dlm 400 or 500 sehari pon dah selesa bg aku...
Quote fifie_olin 22-1-2015 03:57 PM
bestnya spital mcm ni...
yg penting ado ongkosnyaaa...
Quote cap_ayam 22-1-2015 03:57 PM
Berapa chef wan bayar bulan2 ye .. Biasa insurans cover bilik rm150 -200 satu malam hehe
Quote duniaku85 22-1-2015 03:57 PM
takaful insurans tak ok ke?
Quote wanta 22-1-2015 03:58 PM
prudential pn ok..
anak aku bru discharge kt prince court..
guna insuran dpt dok bilik suite gk..
mak bapak pn happy sbb ada katil sendiri..
semua insuran cover..
Quote azie.dz 22-1-2015 04:03 PM
semoga cep wan cepat sembuh....




Quote kejoraria 22-1-2015 04:06 PM
wanta replied at 22-1-2015 03:58 PM
prudential pn ok..
anak aku bru discharge kt prince court..
guna insuran dpt dok bilik suite gk..
...

baper byr sebulan insurans anak tu...if u dont mind to share lah
Quote edoraixora 22-1-2015 04:06 PM
aku pun penah merasa dok wad mcam hotel ni
tapi kat spital gomen lah
mase tu kne isolation, xde wad kosong
dieorg letak kt wad diraja
merase ko dok wad diraja
Quote wanta 22-1-2015 04:08 PM
kejoraria replied at 22-1-2015 04:06 PM
baper byr sebulan insurans anak tu...if u dont mind to share lah

200sebulan...aku amik ms dia 2bln..
insuran perubatan sekali dgn pelan pendidikan dan simpanan...
Quote prettyuglybabe 22-1-2015 04:08 PM
aku kalu masuk spital bilik rm8000 pun tak mampu nak rasa selesa
dok terpikir sapa dah mati atas katil tu
serious tak boleh tido weh..
serik masuk bilik sorang
biar la duduk bilik 4 orang paling kurang
at least malam-malam aku boleh tido bila tau ada kawan kat sebelah
Quote kejoraria 22-1-2015 04:09 PM
wanta replied at 22-1-2015 04:08 PM
200sebulan...aku amik ms dia 2bln..
insuran perubatan sekali dgn pelan pendidikan dan simpanan... ...

oo..ok ok...lebih kurang aku gaklah...tp great eastern ler...thank you for sharing
Quote wanta 22-1-2015 04:12 PM
kejoraria replied at 22-1-2015 04:09 PM
oo..ok ok...lebih kurang aku gaklah...tp great eastern ler...thank you for sharing

kebanyakkannya paras2 tu la hrga utk insurans skrg ni..
cm ada lebih kurang sikit2 je..
tp mmg perlu rsnya ada insurans ni..sbb skrg mcm2 penyakit ada..
huhuhuhu
Quote chickenwing 22-1-2015 04:19 PM
semoga chef wan tabah......mungkin masa untuk beristiqamah.....
Quote sekel 22-1-2015 04:21 PM
mesti Dr Vida dtg melawat

sambil membawa Pamoga

Qu Puteh x sesuai utk Chef Wan

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.363718 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top