PENGENALAN
Adruja mempunyai empat orang saudara kandung, iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Raja Bharubhasa, Raja Singhadiraja, Puteri Cendana dan Puteri Linang Cahaya. Oleh kerana Adruja memiliki sifat keperibadian yang tegas dan garang, rakyat Grahi yang berketurunan Melayu-Hindu telah menggelar puteri Melayu ini sebagai ‘Dewi Durga’.
Lebih menarik lagi, Adruja merupakan keturunan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, Maharaja Srivijaya-Malayu (Palembang-Jambi) dari dinasti Mauli. Menurut manuskrip Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), nama sebenar maharaja tersebut ialah Demang Lebar Daun. Nama 'Adruja Wijayamala Singa' dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit, di mana:
KEHIDUPAN AWAL Adruja dilahirkan pada zaman di mana Grahi sedang menghadapi ancaman perang dari kerajaan Siam Sukhothai yang diperintah oleh Raja Rama Khamhaeng (1237/47-1317). Raja yang berketurunan Siam (atau Thai) ini merupakan seorang yang sangat zalim. Sebagai Maharaja Grahi yang baharu, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota yang teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Grahi. Sejak dari usia kanak-kanak lagi, Adruja dikatakan pandai menunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang. Meskipun perilaku baginda menyerupai lelaki, namun Adruja dikatakan amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan ke dalam minyak wangi yang diperbuat daripada bunga melur. Ia adalah satu kesukaan khas yang menunjukkan bahawa Adruja masih ada sifat kewanitaan.
|
Gambaran wajah dan pakaian yang dipakai oleh Adruja Wijayamala Singa. |
Kuda putih milik Adruja Wijayamala Singayang dinamakan Halilintar sentiasa mengiringi puteritersebut ketika di medanperang. |
Kedudukan Kota Grahi dipercayaiterletak di daerah Chaiya, wilayah SuratThani, Thailand. |
Patung Rama Khamhaeng, Raja SiamSukhothai yang dibina di wilayah Sukhothai, Thailand. |
Contoh pakaian tentera Siam (Thai) ketikazaman kerajaan Sukhothai. |
Kelab Pemanah Berkuda Adruja telah ditubuhkan oleh SheikhFuad Sheikh Mahmud, seorang penunggang kuda dari Malaysia demi menghidupkankembali tradisi kesenian memanah berkuda Melayu di kalangan generasi muda. |
Adruja memakai tasbih pemberian seoranglelaki tua bertongkat di lehernya. |
Contoh gambar kusa - sejenis alat yangdigunakan pada zaman dahulu untuk mengawal danmenakutkan gajah. |
Setiap gajah perang biasanya dilengkapidengan rengga gajah yang dipasang di bahagianbelakang. |
Gajah hitam yang ditunggang oleh Raja RamaKhamhaeng ialah Elephasmaximus indicus - sejenis subspesis gajah Asia. |
Sekumpulan sami Buddha Siam (Thai) sedangberdoa di dalam sebuah wat di Thailand. |
Demi membalas dendam di atas kematian RamaKhamhaeng, Raja Loethai telah menyerang dan menakluknegara kotaGrahi. |
Raja Sang Tawal telah membina Kota Mahligaidi Langkasuka sebagai pusat pemerintahan yang baharu setelah tumbangnya KotaGrahi ke tangan penjajah Siam Sukhothai. |
Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad) telah menganugerahkan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung kepada Adruja sebagai tanda penghargaan. |
Sungai Kelantan adalah satu-satunya jalankeluar masuk bagi Kuala Krai - ibu kota Serendah (Seri Indah) Sekebun Bungaatau Kisaran Payung. |
Carta salasilah pemerintah KesultananSerendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau KesultananKisaran Payung. |
Adruja Wijayamala Singa atau Cik Siti WanKembang I dikelilingi oleh pasukan khas Seri Wijayamaladi balairung seri istana. |
Adruja Wijayamala Singa atau Cik SitiWan Kembang I (kiri) dan Wan Kembang atau Cik Siti WanKembang II. |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064622 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.