CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Yassin Yahya Mahu Selesai Tunggakan Sewa Rumah Rm30,000 Cara Baik

28-1-2015 12:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7649| Komen: 22

Description: "Kami Memang Memilih Untuk Tidak Beri Apa-Apa Kenyataan Buat Masa Ini Dan Insya-Allah Apabila Semuanya Sudah Selesai Dia (Yassin) Akan Buat Satu Sidang Media Dalam Masa Terdekat Ini.
Yassin Yahya Mahu Selesai Tunggakan Sewa Rumah Rm30,000 Cara Baik

 

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya hanya bersedia memberi kenyataan selepas isu tertunggak hutang sewa rumah lebih RM30,000 selesai.

Isteri pelawak itu, Farah Wahida Maharidan berkata, suaminya memerlukan sedikit masa untuk berhadapan dengan media kerana pada masa ini dia dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan pihak tuan rumah secara baik.

"Kami memang memilih untuk tidak beri apa-apa kenyataan buat masa ini dan Insya-Allah apabila semuanya sudah selesai dia (Yassin) akan buat satu sidang media dalam masa terdekat ini.

"Sekarang dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Farah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kegagalan pelawak itu untuk menyelesaikan tunggakan sewa rumah lebih daripada RM30,000.

Kegagalan Yassin, 37, membayar RM1,450 sebulan menyebabkan tuan rumah berkenaan naik angin lalu melelong segala barangan milik pelawak itu.

Sementara itu, Farah berkata, Yassin kini berada dalam keadaan tertekan dan belum bersedia untuk memberi pendedahan dan menjelaskan perkara itu.

"Ya, keadaan dia sihat cuma agak sedikit tertekan dengan perkara ini dan belum bersedia untuk bertemu dengan sesiapa.

"Tentang tunggakan itu ada sedikit salah faham antara kami dan tuan rumah dan ia sedang diselesaikan secara baik," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jamilahbebee 27-1-2015 11:28 PM
baguslaaaah tue yg seeloknye yassin oii
Quote miaramli19 27-1-2015 11:56 PM
30k ... lama nya duduk fri... bagus la tuan rumah dia... meh aku nak sewa pulak...
Quote Kak-Leen 28-1-2015 12:33 AM
Elok le gi tu..
Quote chaintea 28-1-2015 12:40 AM
Bkn dh ada ke thread ni??
Quote cik_kembong 28-1-2015 06:41 AM
Baca kat thread lg satu la best tt...ada ala2 siri bercakap dgn jin....

Kutip kacanggg
Quote PongKang 28-1-2015 06:46 AM
30k baik yasin beli ajak umah yg dilelong tu.
Quote biskutkering93 28-1-2015 09:04 AM
kutip tacang lagi
Quote zad78 28-1-2015 09:15 AM
kutip tacang nnyaahhh oiiiii
Quote tomet05 28-1-2015 09:44 AM
semoertabah ..
Quote bolayanlaa 28-1-2015 11:52 AM
30k? Baik pegi bli umah flat jek...
Quote Kak-Leen 28-1-2015 11:55 AM
Hutang wajib dibayar.. Jgn x bayar.. Lepas bayar, pi la beli rumah buat teduh isteri dan anak2..
Quote akuselamber 28-1-2015 12:51 PM
farah wahida ..Bayar jgn xbayar..jangan tau abiskan duit laki je..xpasal2 name laki ko yang busuk..
Quote akujeygtau 28-1-2015 01:01 PM
akuselamber replied at 28-1-2015 12:51 PM
farah wahida ..Bayar jgn xbayar..jangan tau abiskan duit laki je..xpasal2 name laki ko yang busuk..

Yurp betul..bagus lah kalau niat nk byr..jgn x bayar wat malu diri sendiri gak..Belajar lah dr kesilapan..nasib sbb Yassin artis..bole wat kecoh..kalau mcm org2 kt dlm ni wartwan pun x nk buang masa..
Quote DayangKirana 28-1-2015 05:10 PM
cik_kembong replied at 28-1-2015 06:41 AM
Baca kat thread lg satu la best tt...ada ala2 siri bercakap dgn jin....

Kutip kacanggg

jin dah masuk sini daaa....haha..bahaya nie..takut dia pindah rumah lain plak..meh tabur garam dulu..




Quote cik_kembong 28-1-2015 06:16 PM
DayangKirana replied at 28-1-2015 05:10 PM
jin dah masuk sini daaa....haha..bahaya nie..takut dia pindah rumah lain plak..meh tabur garam dul ...

Kikiki.....
Quote akujeygtau 28-1-2015 10:28 PM
Hahaha...Lawak??
Quote helmiex 29-1-2015 11:05 AM
rm30k tunggakan wow dekat 2 tahun tu









Quote kenarikelabu 29-1-2015 11:06 AM
Kenapa tak beli rumah. Beli la rumah sendri kan bagus...
Quote srihannah 29-1-2015 01:21 PM
bagus lah kalau berusaha nak langsaikan hutang..kira oke lah tu tuan rumah bagi duduk sampai sewa tertunggak 30k..slalu nya kalau 3 bln tak bayar dah kenak kick dah..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.168471 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top