CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kru - Sejarah Penubuhan

28-1-2015 02:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15660| Komen: 12

Description: Ketiga-Tiga Adik-Beradik Ini Mula Menghasilkan Muzik Sendiri Sejak Di Bangku Sekolah Lagi Apabila Salah Seorang Emak Saudara Mereka Membeli Keyboard Mainan Untuk Norman Sempena Hari Jadinya, Turut Men ...
Kumpulan KRU merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Ia mempunyai anggota seramai 3 orang yang kesemuanya adalah lelaki.


Senarai anggotanya adalah:

(Norman) Norman bin Abdul Halim
(Yusry) Yusry bin Abdul Halim
(Edry) Edry bin Abdul Halim

Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat penerbit rekod Malaysia yang dikenali sebagai KRU Records.

Sejarah

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.





1

Bagus

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 15-1-2015 10:08 AM
agak pekat gak lah lagu Cherina ni
Quote piao 15-1-2015 10:27 AM
[youtube]ZA1ETiDsmq8[/youtube]

yang ni sedap
Quote piao 15-1-2015 10:39 AM
[youtube]HXUHZzghyAM[/youtube]
Quote jaja4 15-1-2015 11:05 AM
Minat gile ngn KRU time sekolah dulu, siap kumpul duit blanje sekolah nk beli kaset KRU..
Quote ice98 28-1-2015 05:13 PM
jaja4 replied at 15-1-2015 11:05 AM
Minat gile ngn KRU time sekolah dulu, siap kumpul duit blanje sekolah nk beli kaset KRU..

sama la... amik upah ngan mak, jiran2.... hahaha....
Quote jaja4 28-1-2015 05:48 PM
ice98 replied at 28-1-2015 05:13 PM
sama la... amik upah ngan mak, jiran2.... hahaha....

Kaset  KRU aku siap rosak sbb kawan pinjm, jadi mcm sengau suara yusry dibuatnye.. Menangis aku.. da la penat kumpul duit, pastu rosak plk..
Quote ice98 29-1-2015 11:58 AM
jaja4 replied at 28-1-2015 05:48 PM
Kaset  KRU aku siap rosak sbb kawan pinjm, jadi mcm sengau suara yusry dibuatnye.. Menangis aku..: ...

aku lak bg pinjam kat kakak aku..... album AWAS. pas sudoh lupe! album Ooh La! La! plak lupe dah pas ke mane.
giler, time tu siang malam tgk kulit album die. paling minat kat norman. real rapper!
nyesal separuh nyawa tak simpan leklok... hahaa...
Quote manganini 31-1-2015 08:48 PM
minat gile gak kru dulu.. siap beli tshirt, topi semua.. sayangnya dah bagi kat orang semua mechandise2 tu.. buku skrap, magazine  KRU Posse, kad raya dari KRU etc pun ntah ke mana.. kalau simpan boleh gak jadi bahan sejarah.

kaset ada simpan lagi mana yg sempat diselamatkan dari rumah kat kampung..
kalau rajin aku tepek nanti..
Quote anees~nuhara 11-2-2015 08:36 AM
glemer betoi lgu awas ms zaman dulu
Quote puanserama 24-2-2015 10:40 AM
hahaa.. plg best masa kuo awas mini album tu kongsi beli dgn adik.. pastu berebut nak dgr.
lps tu mak datang dengan tukul besi kasi ketuk itu kaset..
menangis tak berlagu laaa haha.. tu la bahana bergaduhkan kaset. padan muka kami
Quote kupkapp 28-2-2015 08:23 PM
legend ni walopn byk kontroversi. i likeee
Quote msrobotic 19-6-2015 07:03 PM
comelnya dulu2

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.229934 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top