CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

6 Sebab Lelaki Kelakar Menjadi Pilihan

29-1-2015 12:38 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3700| Komen: 2

Description: Apa sebenarnya kekuatan seseorang yang kelakar sampaikan ramai wanita cair dengan mereka. Lelaki kelakar mempunyai 'charm' yang wanita sendiri mengakuinya.

Apa sebenarnya kekuatan seseorang yang kelakar sampaikan ramai wanita cair dengan mereka. Lelaki kelakar mempunyai 'charm' yang wanita sendiri mengakuinya. Dia yang membuatkan teman anda gelak berguling-guling. Kamu mesti menyukai seorang jejaka dalam diam jika kamu asyik ketawa apabila bersamanya.

1. Lelaki kelakar adalah penghibur
Keluar bersama jejaka yang kelakar memang tidak pernah membosankan. Dia mampu menghiburkan anda dengan muka selamba. Bahkan, dalam keadaan spontan dia boleh mengubah mood anda. Memang tidak mengecewakan, perut anda pasti tegang dengan lawak jenakanya.

2. Lelaki kelakar seorang yang kreatif
Tanyalah pada seorang penulis, apakah 'genre' yang paling sukar untuk ditulis, pastinya penulis menjawab 'comedy'. Tanpa sedar, lelaki yang kelakar ini seorang yang kreatif, kerana mampu mencipta 'punch-line' baru yang bakal diterima oleh orang sekeliling sebagai satu bahan lawak yang baru.


3.Mereka boleh  bersosial dengan baik
Mereka tidak pernah mempunyai masalah bersosial dengan orang baru malah akan cepat mesra dengan suatu keadaan asing. bercinta dengan lelaki 'wise guy' akan memudahkan anda tapi kamu bimbang meninggalkannya berseorang dengan kawan yang baru. Namun jika bercinta dengan lelaki yang kelakar, kamu tiada masalah kerana si dia akan memulakan langkah 'ice-breaking' untuk anda dan mencipta suasana baru.

4.Mereka mempunyai skill pemerhatian yang bagus
Seorang komedi memang mempunyai skill pemerhatian yang baru terhadap benda dan manusia disekeliling mereka. Sebab itu mereka selalu kreatif menggunakan benda sekeliling untuk dijadikan bahan lawak. Masakan tidak, mana mungkin si dia perasan cawan kegemaran kamu untuk dijadikan bahan lawak si dia.

5. Mereka buat kamu rasa selamat
Kamu boleh jadi diri kamu sendiri. Kamu selesa bersamanya. Dinding kebal kamu dengan sendirinya roboh pabila bersamanya. Ini kerana si dia tidak kisah diperbodohkan di hadapan orang hanya untuk membuat sesuatu lawak kepada kamu.

6. Mereka cepat mesra dengan kawan kamu
Mereka yang lawak dan kelakar ini sangat senang mesra dengan rakan-rakan kamu. Malah kadang kala, mereka lagi rapat dengan jejaka ini.Sikap si dia yang senang mesra mudah diterima oleh rakan-rakan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote anish911 29-1-2015 08:40 PM
jep sepah satu..ikat tepi..
Quote rokarina 29-1-2015 02:40 PM
rina suka amir.hikhik

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034554 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top