CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mh370: Keluarga Tidak Akan Terima Pengumuman Dca Tanpa Bukti

29-1-2015 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3043| Komen: 3

Description: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi Pada Rabu Dipetik Mengumumkan Kementerian Pengangkutan Akan Mengeluarkan Laporan Interim Hasil Siasatan Kehilangan Pesawat Itu Pada 7 Mac Ini, G ...
MH370: Keluarga tidak akan terima pengumuman DCA tanpa bukti     


KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengadakan satu sidang media petang ini berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang lebih 10 bulan yang lalu.

Panggilan sidang media itu dimaklumkan kepada media melalui satu e-mel yang dikirimkan pada pagi ini.

"Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dijadual memberikan perkembangan mengenai insiden MH370," tulis e-mel berkenaan.

E-mel itu juga memaklumkan satu taklimat teknikal berhubung misi mencari pesawat yang hilang itu akan diadakan pada petang Jumaat.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 orang rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, ahli keluarga dan waris mereka yang menaiki pesawat berkenaan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk tidak mengisytiharkan pesawat itu sebagai hilang, tanpa sebarang bukti.


"Kami telah nyatakan sebelum ini dan kami ulangi lagi bahawa kami sedia menerima sebarang kemungkinan termasuk hakikat mereka yang tersayang tidak akan pulang. Bagaimanapun, semua ahli keluarga sepakat tidak mahu mengisytiharkan mereka meninggal dunia tanpa sebarang bukti," kata mereka yang menamakan diri sebagai Voice 370 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.




Ahli keluarga dan waris itu berharap pihak berkuasa yang terlibat akan meneruskan usaha mencari pesawat itu sampai jumpa.

Voice 370 juga memberitahu telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Australia mengenai perkembangan usaha mencari pesawat berkenaan yang mengikut perancangan dan sudah meliputi satu pertiga daripada kawasan carian.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada Rabu dipetik mengumumkan Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan interim hasil siasatan kehilangan pesawat itu pada 7 Mac ini, genap setahun kehilangannya.

Beliau kemudian melalui satu siaran media membayangkan tarikh berkenaan belum muktamad dan laporan itu "dijangka akan dikeluarkan sekitar ulang tahun pertama kejadian MH370".  


Forum : http://bit.ly/15U3o68
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ayahlang 30-1-2015 11:52 AM
bersabarlah. yang masih hidup teruskanlah perjuangan.
Quote mokcikKSKB 30-1-2015 08:29 AM
Xpelah kalau xnk terima pon.yg penying balu2 yg kena tinggal tu leh dpt pampasan nk menyara anak2 derang
Quote nist02 29-1-2015 07:07 PM
Syian diaorg... klo x umum ti mcm pekara tu 'hanging'... mcm mana pun misi diteruskan..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.043637 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top