CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Tragedi Pesawat Uruguay Air Force Flight 571 - Terpaksa Makan Daging Manusia?

30-1-2015 11:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15892| Komen: 32

Description: Bayangkanlah Dengan Berada Di Ketinggian 3,600 Meter Di Atas Permukaan Laut Pada Saat Musim Dingin Sedang Berlaku. Salji Yang Turun Deras, Nyaris Membekukan Apa Yang Ada Di Pergunungan Itu Ketika Itu.
Tragedi Pesawat Uruguay Air Force Flight 571 - Terpaksa Makan Daging Manusia untuk terus hidup

Kisah benar ini terjadi sekitar tahun 1972 pada suatu musim dingin. Peristiwa ini bermula apabila sebuah pesawat Uruguay Air Force Flight 571 yang membawa seramai 40 orang penumpang dan 5 krew, di mana di dalamnya terdiri daripada kumpulan rugbi dan kaum keluarga mereka.  Mereka dalam perjalanan menuju Peru untuk satu perlawanan rugbi. Awalnya, tiada siapa pun tahu apa takdir yang akan menimpa mereka.

Malangnya, pesawat tersebut terhempas di suatu kawasan pergunungan di Chili, Andes pada 13 Oktober 1972.  Mereka yang terselamat hanyalah seramai  29 penumpang. Namun, suhu yang luar biasa dingin telah menjadikan yang terselamat tadi meninggal dunia seorang demi seorang termasuk 8 daripadanya tertimbus dalam runtuhan salji dan akibat kecederaan yang tidak dirawat.  Akhirnya yang tinggal hanyalah 16 mangsa sahaja.

Pemain-pemain rugbi yang turut serta dalam tragedi tersebut

Seterusnya, baki mangsa seramai 16 orang tersebut berjaya ditemukan selepas 72 hari!.  Itupun, setelah mereka sendiri berjuang mencari bantuan kerana operasi penyelamat telah dihentikan kerana pihak pemerintah setempat sudah menganggap mereka sebagai korban yang hilang dan tidak dapat ditemukan lagi.

Sebenarnya, operasi penyelamat ke atas mangsa-mangsa dihentikan setelah masuk hari ke lapan di kawasan pergunungan yang luas itu. Antara
sebabnya adalah pihak penyelamat menganggap semua mangsa pasti tidak ada yang selamat kerana lokasi pengunungan itu sangat sukar untuk sampai selain dari udara apa yang kelihatan adalah hamparan salji yang memutih kerana diliputi salji.  Lebih menyukarkan pencarian, pesawat itu juga berwarna putih!.


Pemandangan Pergunungan Andes Di Chilli

Bayangkanlah dengan berada di ketinggian 3,600 meter di atas permukaan laut pada saat musim dingin sedang berlaku. Salji yang turun deras, nyaris membekukan apa yang ada di pergunungan itu ketika itu.  Mangsa-mangsa yang terselamat pula hanya memakai pakaian seadanya, bekalan makanan yang terhad dan telah pun habis, siapapun tidak dapat berfikir dengan normal lagi. Bagaimana caranya untuk meneruskan kehidupan.  Apapun hidup mesti diteruskan, jangan tewas dalam apa jua keadaan … mungkin itulah  ada dalam fikiran mereka.




Bermulalah Survive..
Menyedihkan … apabila satu-satunya cara untuk hidup dalam situasi sebegitu dan usaha untuk bertahan hidup adalah dengan memakan teman-teman mereka yang telah mati!. Ya, ngeri…walaupun itu bukanlah suatu keputusan yang sangat sukar, tetapi perlu dilakukan juga anda  ingin hidup. Dalam situasi genting seperti itu, barulah seseorang akan mengerti betapa berharganya sebuah kehidupan.. dan mereka akan berjuang untuk mempertahankan kesinambungan hidup, dengan apa carapun. Besar sungguh dugaan mereka ketika itu.

Akhirnya, pada 23 Disember 1972 nasib yang baik berpihak kepada mereka hasil usaha dua mangsa yang berusaha sendiri mencari bantuan dan melaporkan lokasi nahas tersebut.



Keadaan mangsa yang terselamat ketika ditemui oleh para penyelamat
Dua orang mangsa menyedari, satu-satunya jalan keluar dari kesengsaraan itu adalah dengan memanjat gunung yang sukar itu bagi mendapatkan bantuan.  Mereka itu adalah Parrado, Canessa dan Vizintín memulakan perjalanan mereka memanjat gunung tersebut pada 12 Disember 1972 dengan membawa beg tidur atau sleeping bag sebagai persiapan menempuh sejuk beku pada waktu malam yang gelap.  Mereka memulakan perjalanan mencari bantuan selepas hampir dua bulan selepas kemalangan ngeri itu.
Perjalanan tiga sahabat itu menempuh pelbagai laluan sukar dan hanya bergantung kepada beg tidur itu sahaja untuk memanaskan badan selain oksigen yang semakin nipis.Sedikit demi sedikit, hari demi hari mereka mendapati muncul  tanda-tanda kehadiran manusia seperti beberapa tanda perkhemahan  dan beberapa ekor lembu. Itupun setelah masuk hari kesembilan.
Tidak lama kemudian mereka terlihat seperti seorang lelaki menunggang kuda tidak jauh dari sebatang sungai.  Dengan sisa tenaga yang ada mereka menjerit untuk meminta pertolongan!.  Penduduk menjumpai mereka yang sangat lemah  dan tidak berdaya.
Keajaiban berlaku pada 22 Disember 1972, penyelamat tiba. Akibat cuaca buruk, hanya dua buah helikopter mampu untuk mengambil  separuh daripada mangsa yang terselamat. Baki mangsa masih di lokasi kemalangan  sehingga ekspedisi kedua dengan helikopter boleh tiba keesokan harinya.
Ekspedisi kedua tiba pada pagi 23 Disember dan semua 16 mangsa telah diselamatkan. Semua mangsa telah dibawa ke hospital di Santiago dan dirawat untuk penyakit  dehidrasi, radang dingin, tulang yang patah, skurvi dan malnutrisi.  Jika tidak kerana ketabahan tiga orang rakan mereka ini pastinya rakan-rakan yang masih berada di sisi pesawat remuk itu tidak dapat diselamatkan.  Dalam pada itu, mereka yang menanti takdir untuk mengubah nasib mereka masih terpaksa memakan mayat rakan-rakan yang lain demi sebuah nyawa.!  Dan inilah wajah ketiga-tiga mereka itu.


Masih hidup…

Begitulah, demi menyambung hidup apa juga cara terpaksa dilakukan.  Dalam keadaan darurat begitu, sesuatu yang tidak terjangkau dek akal terpaksa dilakukan juga. Makan mayat rakan sendiri bukanlah suatu yang mudah…Fikir-fikirkanlah dalam kisah benar ini…apa yang dapat kita kutip pengajaran daripadanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 29-1-2015 04:12 PM
cerita ni ada di filemkan... sedih sangat
Quote berun 29-1-2015 04:12 PM
baru tahu sejarah tragedi ini. ngeri woi
Quote manehnya 29-1-2015 04:15 PM
https://www.youtube.com/watch?v=si12yPyTnSs
Quote nicuya 29-1-2015 04:50 PM
cter alive...ethan hwak belakon..sy ske cter ni..sadis..xde la mkn smpi melahap gtu...dorg just potong sket daging bahagian punggung ntok alas perut..
Quote khailya 29-1-2015 05:03 PM
sedih bace.....
Quote whadda 29-1-2015 05:07 PM
aah la.. rase cam ade tertengok cite ni... tapi tak ingat tajuk... background pon cam zaman 70an.. semua berjambang... pastu nak survive diorang makan mayat yg dah mati... tapi tak tengok abih sbb jalan cite lembab..
Quote berun 29-1-2015 05:28 PM
Edited by berun at 29-1-2015 10:13 AM

sedih pulak aku tgk... bayangkan je lah

[youtube]si12yPyTnSs[/youtube]
Quote Artemesiaa 29-1-2015 05:30 PM
Betul pernah difilemkan mengenainya.  Amat terkesan bila mereka terpaksa makan rakan sendiri untuk kelangsungan hidup.
Quote berun 29-1-2015 05:35 PM
[youtube]ACQtzWEzWLE[/youtube]


Quote berun 29-1-2015 05:38 PM
Artemesiaa replied at 29-1-2015 09:30 AM
Betul pernah difilemkan mengenainya.  Amat terkesan bila mereka terpaksa makan rakan sendiri untuk k ...

xdpt bayangkan...
Quote berun 29-1-2015 05:53 PM
[youtube]x5Mpm5nYxls[/youtube]
Quote Felycya 29-1-2015 07:42 PM
hurmmm..
teringat mangsa2 pesawat mas mh370
ape lh yg terjadi sbenarnye ??.
Quote maplesue 29-1-2015 10:41 PM
Kuat semangat diorang cari jalan dapatkan bantuan.
Sedih aku baca
Quote pestol 30-1-2015 11:30 AM
nicuya replied at 29-1-2015 04:50 PM
cter alive...ethan hwak belakon..sy ske cter ni..sadis..xde la mkn smpi melahap gtu...dorg just poto ...

awak ada dvd dia tak? abang lokman nak beli la
Quote nicuya 30-1-2015 11:48 AM
pestol replied at 30-1-2015 11:30 AM
awak ada dvd dia tak? abang lokman nak beli la

xde la banglokman....cter tu dh lame dh..90-an py cter....usah kate dvd...cd pon blom tentu ade...kikikiki..sorry ye abam...sy tgk kt tv2 cter nih...pastu tv3 pon ulang tyg gak...

Quote chaintea 30-1-2015 04:17 PM
Oo ini dh ada movie dia kn
Quote nordayu 30-1-2015 04:53 PM
nak jgk la tgk
Quote cm_asamkumbang 30-1-2015 08:16 PM
macam penah tgk filem tu..tapi memang menyedihkan terpaksa survive dengan cara makan kawan sendiri..
Quote alphawolf 1-2-2015 08:02 AM
Ketua dia izinkan kawan2 makan mak dengan adik dia......

BTW ni lebih elok ke bod history memandangkan peristiwa berlaku 1972. Just suggesting.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.053494 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top