CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Semua Baju Terpakai Murah

30-1-2015 03:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12702| Komen: 55

Description: “Malah Remaja Sekarang Ramai Dapat Menilai Barangan Seperti Itu Dengan Baik Walaupun Mereka Belum Dilahirkan Lagi Ketika Barangan Itu Dikeluarkan,” Katanya Yang Dibantu Suaminya, Wan Rosli Wan Hitam ...
Bukan Semua Baju Terpakai Murah


Rapiah menunjukkan jaket Levi’s ‘Big E’ Red Tab buatan Jepun yang dikeluarkan sekitar tahun 70- an yang dijual pada harga bermula RM300.
        

MARANG - Menggayakan pakaian tidak dipakai orang lain sudah pasti memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata, tambahan barangan itu sukar ditemui di mana-mana kedai pakaian baharu.

Pemilik kedai pakaian terpakai ‘Yah Bundle’ di Jalan Bukit Payong di Sena Rendang, di sini,  Rapiah Mohamad, 45, berkata, pakaian edisi terhad khususnya berjenama Levi’s mempunyai peminat tersendiri.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, bagi peminat, setiap pakaian edisi terhad jenama Levi’s atau jenama lain mampu menceritakan kelainan yang ada pada diri mereka.

“Baju daripada jenama Levi’s khususnya yang mempunyai tag berhuruf E besar atau ‘Big E’, tidak kira berasal dari Jepun atau negara kelahirannya Amerika Syarikat mempunyai permintaan tinggi daripada pengumpul pakaian lama itu.

“Lebih-lebih lagi Levi’s Big E edisi terhad yang dikeluarkan dalam jumlah sedikit, ia boleh menjadikan harga baju itu melambung tinggi walaupun ia terpakai,” katanya.

Rapiah berkata, sebagai contoh, sehelai jaket Levi’s Big E yang dikeluarkan sekitar 70-an dapat dijual pada harga kira-kira RM300 dan ke atas malah ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit bergantung kepada usia dan keadaan semasanya.

Menurutnya, jika dahulu orang ramai melihat pakaian terpakai adalah murah, tetapi tidak semua baju itu dijual murah kerana ada di antara nilai baju tersebut lebih mahal berbanding harga semasa ia dijual.

“Faktor nilai ketulenan, sukar didapati, kenangan, nostalgia dan sebagainya menjadi pengukur sejauh mana harga sesuatu barangan seperti jaket, seluar dan baju boleh dicapai dan menjadi bahan untuk dikumpulkan sesetengah individu.

“Malah remaja sekarang ramai dapat menilai barangan seperti itu dengan baik walaupun mereka belum dilahirkan lagi ketika barangan itu dikeluarkan,” katanya yang dibantu suaminya, Wan Rosli Wan Hitam, 51, menjalankan perniagaan itu.

Gambar hiasan


Rapiah berkata, penggemar dan pengumpul pakaian berjenama edisi terhad mempunyai komuniti yang kuat kerana harga setiap pakaian terletak pada permintaan dan berapa yang pembeli sanggup tawarkan kepada penjual.

“Biasanya orang menganggap pakaian bundle dijual dengan harga murah, tetapi bagi koleksi tertentu yang terhad, ia mempunyai harga lebih mahal malah ada pengumpul sanggup berbelanja besar untuk mendapatkannya,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 30-1-2015 12:36 PM
duh...mmg ler.sampai tahap ribu riban pun hade
Quote helmiex 30-1-2015 12:39 PM
Walao baju bundle rm 300











Quote pakis_hutan 30-1-2015 12:48 PM
Gelang bundle gak ke mokcik?
Quote rospinki 30-1-2015 12:55 PM
aku agak yg sngup beli bundle mahal2 tu org jenis tak tau nk belanja duit..bodo2 pegi beli bundle mahal
Quote intriQue 30-1-2015 01:04 PM
Bukan jenis tak tahu belanja duit. Tapi jenis minat barang rare. Mcm peminat brg antik lah jugak
Quote lompatikam 30-1-2015 01:12 PM
kat bangi ada satu kedai tak silap...mmg menarik...aku tak berani beli sebab aku bukan arif sgt bab2 jenama baju nih. takut tertifuu je...mungkin bg yg die hard fans mungkin sanggup.
Quote mak_wa95 30-1-2015 01:13 PM
masing minat..xsanggup beli pakaian terpakai..
Quote edoraixora 30-1-2015 01:40 PM
kt mane penjual2 dapat koleksi2 tuh
Quote Simunggu 30-1-2015 02:23 PM
geli lah...pakai big spender putih terpakai...
Quote musangcomel 30-1-2015 02:34 PM
aku masuk sbb nak tgk gelang je, bleh
Quote bellaa 30-1-2015 03:00 PM
tebal nya gelang emas..

agak2 dlm 2.5k x?


Quote Mulan 30-1-2015 03:17 PM
bellaa replied at 30-1-2015 03:00 PM
tebal nya gelang emas..

agak2 dlm 2.5k x?


tgk padu tak padu la..

kalau padu tak cukup nak bli dgn 2.5K
Quote gede-bab 30-1-2015 03:23 PM
hari tu aku ambil 10 helai baju bundle dengan harga RM20....kira satu RM2 saja...masih elok dan 1 helai ada tag harga dari jepun...
Quote vespa_oren 30-1-2015 03:38 PM
Saya pwmbwli baju bundle seperti jeans, jaket, baju,
Quote shalola 30-1-2015 05:49 PM
ee, x kuasa nak beli baju terpakai...
Quote zakutaki91 30-1-2015 07:28 PM
Jadah nye lah yg cakap layan bundle ni bodob. Hahaha
Quote leni 30-1-2015 07:33 PM
Ramai la player bundle...org main sampai ribuan ringgit pun ada...salah sorang nye aku ...
Quote md_nana 30-1-2015 07:39 PM
Bundle ni kena pndi carik.
Ade kt tmpt aku ni jual bundle.
Boleh pulak sebelah je kasut tu dia jual.
Quote Modngengade 30-1-2015 08:48 PM
pakis_hutan replied at 30-1-2015 12:48 PM
Gelang bundle gak ke mokcik?

Akak syak gelang zhulian

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.164914 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top