CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Jom Cantik! Mudah Caranya

2-2-2015 05:02 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1355| Komen: 0

Description: Jika semalam anda lupa untuk memberikan sedekah, cubalah bersedekah pada hari ini. Sentiasa bertolak ansur, bersopan-santun dan rendah diri.
Cantik dan menawan sangat subjektif. Apa yang seseorang lihat menawan belum tentu disokong oleh oleh lain. Namun tiada siapa yang dapat sangkal apabila seseorang wanita itu merasa cantik. Apa yang diperlukan untuk kelihatan cantik? Jika kamu fikir, untuk cantik kita wanita perlu mengenakan solekan yang super tebal! Anda salah. Rasa cantik sangat berbeza dengan kelihatan cantik. LadyLista beri anda tips bagaimana mahu merasai kecantikan secara semulajadi:


1. Lihat Cermin
Apabila anda melihat cermin, apa yang anda lihat? Diri anda? selulit? Double chin? Kedutan? jika itu yang anda lihat selama ini, ini masanya anda tukar pandangan untuk diri anda sendiri. Sekarang cuba lihat anda dengan positif - lekukan lembut anda, mata yang cantik, kaki yang menawan, kebuncitan perut yang kelihatan. tak kira banyak mana kekurangan andam lihatlah dia dengan pandangan yang menawan.


2. Pakai pakaian yang memberi anda keyakinan
Apabila kita memakai pakaian yang kita sendiri rasa yakin, secara semulajadinya kita sendiri akan merasa kita cantik.Saat anda memakai baju yang anda sendiri rasa yakin, bahu anda dengan sendirinya akan merasa tenang dan ia akan membuat anda sendiri tampak cantik.

3.Bergembira
Sikap kamu merupakan punca utama anda nampak cantik dan sihat. Kemudian, ia akan memancarkan kepada sekeliling. Selalulah senyum bukan untuk orang lain, tapi untuk diri anda sendiri. lagipun senyum kan suatu sedekah.

4. Amalkan kebersihan
Kecantikan bukan sahaja dari segi luaran, namun dapat dilihat dari segi luaran kamu. Ini kerana setiap apa yang kita perlihatkan secara luaran adalah merupakan kita pada dasarkan secara dalaman. Jadi, untuk kelihatan cantik bukan hanya secara dalaman, selalulah memberus gigi, sikat rambut anda dan buat seperti yang selalu diajar oleh ibu bapa anda sewaktu kecil.

5. Jadilah seorang individu yang lebih baik dari semalam
Jika semalam anda lupa untuk memberikan sedekah, cubalah bersedekah pada hari ini. Sentiasa bertolak ansur, bersopan-santun dan rendah diri. Cantik dari dalaman sememangnya sangat sukar untuk dicari berbanding cantik diluar. terkadang cantik diluar mampu untuk dilakonkan, namun berapa ramai yang mampu berlakon untuk cantik didalam.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.043896 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top