CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nora Danish: Belajar Dari Kesilapan

16-2-2015 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29520| Komen: 166

Description: Sementara Itu, Bagai Tidak Lengkap Andai Tidak Mengusik Perihal Hubungannya Dengan Nedim Nazri, Nora Berkata, Setakat Ini Belum Ada Sebarang Perancangan Untuk Mendirikan Rumah Tangga Dalam Masa Terdek ...
Nora Danish: Belajar Dari Kesilapan



JIKA diselak lembaran diari seni wanita bernama Nora Danish ini, pelbagai onak ranjau telah pun ditempuhi sepanjang 10 tahun berkecimpung di dalam bidang seni ini.
       
Mula menarik perhatian penonton menerusi lakonannya dalam sitkom Puteri pada tahun 2005, pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif ini mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujangnya pada 2006-ketika namanya mula mendaki ke puncak.

Namun baru sahaja melayari alam bahagia, rumah tangga Nora di uji dengan badai yang akhirnya membawa kepada penceraiannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2008.
       
Tidak pernah menunjukkan erti patah semangat, Nora semenjak itu memulakan hidup baru dengan putera tunggalnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
       
Sejak itu, dia nama Nora sering menjadi perhatian ramai, tidak kira kerana lakonan, mahupun usikan kontroversi yang sering menyapa perjalanannya.
       
Bagaimanapun satu demi satu ditelan wanita berusia 32 tahun ini tanpa sedikit pun menunjukkan erti kekalahan.
       
Namun sekeping gambar yang menunjukkan Nora memegang tangan seorang aktor, yang juga merupakan gandingannya dalam satu filem pertengahan tahun lalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang si isteri, memberi pengajaran buatnya.
       
Ujar Nora dek kerana peristiwa itu, dia agak takut dan khuatir untuk menjayakan babak romantis dengan aktor Faizal Hussien dalam filem terbaru mereka, Gudang Kubur.
       
Dalam filem tersebut, Nora membawakan watak Zarra, isteri kepada Anwar yang dijayakan Faizal.
       
"Sejujurnya Nora memang takut dan sukar untuk menjayakan babak romantik dengan abang Faizal. Walaupun berlakon dengannya menjadi salah satu impian Nora, tapi Nora risau.
       
"Mujurlah abang Faizal banyak membantu, buat lawak supaya Nora tak rasa janggal dengannya. Tak sangka senang bekerjasama dengannya dan abang Faizal pun tak sombong," jelasnya yang ditemui media baru-baru ini.
       
Tambahnya sejak peristiwa itu juga, dia cuba mengehadkan sentuhan dengan aktor yang sudah berkahwin bagi menggelakkan salah faham berulang.
       
“Nora sekarang memang cuba hadkan setelah apa yang berlaku, sebab Nora kalau boleh memang nak elakkan babak-babak yang berpegangan.
       
"Sebab kadang-kadang isteri orang kita tak tahu perasaan dan hati mereka. Jadi bagi Nora, lepas ini kita lebih mainkan hati, cara pandang itu dan pergerakan bahasa badan,” katanya.
       
Di tebak pengalamannya berlakon dalam filem seram terbitan Mangkin Prestij ini, Nora berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kejadian pelik sepanjang terlibat dalam penggambaran filem tersebut.
       
"Alhamdulillah watak Nora dalam filem ini tidaklah sesukar seperti Nora lakonkan dalam filem Pengantin Malam.
       
"Nora juga tidak alami apa-apa gangguan atau perkara pelik, apatah lagi pihak produksi memang mengamalkan untuk mengadakan kenduri doa selamat sebelum penggambaran bermula dan turut membaca doa di lokasi, setiap kali sebelum memulakan penggambaran," katanya.
       
Buka kafe
       
Dalam pada itu, di tebak mengenai perniagaan kafe yang dikatakan milik Nora di Bangsar, aktres tersebut segera mengiakannya.
       
Ujar Nora, kafe yang diberi nama Kopi XOXO itu adalah hasil kerjasamanya bersama empat lagi rakan.
       
"Ya, Nora bersama empat lagi rakan akan membuka sebuah kafe yang terletak di Jalan Riong, Bangsar.
       
"Antara sebab utama kami memilih untuk menceburi perniagaan ini adalah kerana kami suka makan, memasak. Jadi sesiapapun yang mengunjungi kafe ini bolehlah makan-makan, melepak dan bergosip bersama rakan-rakan mereka," katanya.
       
Di tanya mengapa memilih untuk bergabung seramai lima orang, Nora berkata : "Bagi Nora bila bergabung berlima, kita ada lima idea. Soal keuntungan kita letak satu bab lain. Tapi yang penting adalah kepuasan," katanya yang enggan mendedahkan kos pembukaan kafe tersebut.
       
Sementara itu, bagai tidak lengkap andai tidak mengusik perihal hubungannya dengan Nedim Nazri, Nora berkata, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.
       
"Kalau Nora berkahwin, Nora tidak akan rahsiakan perkara ini kerana tidak akan ada majlis besar-besaran.
       
"Kalau diberitahu dalam masa singkat pun, mungkin cuma ingin umumkan tarikh pernikahan kerana Nora tak rancang akan bersanding," ujarnya yang menafikan sengaja menayangkan percintaannya kepada umum.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biskutkering93 16-2-2015 10:50 AM
nextttt. sendu. bercinta dah lama dengan nedim tapi x kahwin2 lagi. moroyan crew
Quote arira_arora 16-2-2015 10:52 AM
penat la iols die ni cite pasal kepayahan membesokan anak...
lain la ank terabai mybe la canang satu dunia..
ni elok ja...
die bertuah kot..
Quote melinda_kerr 16-2-2015 11:35 AM
Kelaka lah. Anak dah besar pjg duk nak cerita lg pasal penderitaan diri dr previous marriage. Sengsara sangatke hidup kau tu Nora wey? Im getting bored gossip dia ni. LAME!
Quote shanew3stga1z 16-2-2015 11:37 AM
ada orang lagi susah dari awak sampai makan pakai anak tak dpt bg. awak? hmmm..
Quote enchikfitz 16-2-2015 11:44 AM
Ok let's be honest. Orang ingat dia disebabkan kes perceraiannnya je. Tapi dari segi kualiti lakonan, tak de satu pun yang diingati. Bukan nak kata dia ni tak de bakat, tetapi bakat dia so-so, mungkin pemilihan drma/filem yg tak tinggalkan kesan except Tentang Dhia which is so 3-4 years ago
Quote annehuda 16-2-2015 11:50 AM
TT aku jarang nampak ko bukak thread gossip kt sini so mayb ko tak tau kewujudan thread all about nora danish kt subboard kelab fan and anti nation tu. ni link terbaru die

http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1

kepada forumer lain diharapkan tidak mencemari thread ini dengan aktiviti perli memerli atau memprovoke poremer lain. sekian terima kasih.

Quote aderaderker 16-2-2015 11:54 AM
Cerita cerai n tanggung anak sorang?
Cerita klasik dari zaman jaapar tonggek.
Next plis
Quote DayangKirana 16-2-2015 12:02 PM
wahh..dah bukak cafe..so, lepas nie kerap la nampak dimeroyan crew lepaks kat sane yer..


Quote cmf_shya 16-2-2015 12:16 PM
Kat mana yg dia citer kpayahn nak besarkan anak tue? Korang komen base on article ke base on xminat dia? 5 kali ulang xde plak dia.cerita kepayahan dia besarkan anak..ke  saya yg salah baca? Just cerita biasa ja..
Quote srihannah 16-2-2015 12:20 PM
ok lah dah berbisnes..investment kalau dah tak belakon..
Quote Suchi 16-2-2015 12:22 PM
cmf_shya replied at 16-2-2015 12:16 PM
Kat mana yg dia citer kpayahn nak besarkan anak tue? Korang komen base on article ke base on xminat  ...

eh sama lak soklan uols.. iols gigih baca 2-3 kali kehkeh.. yg ade cerita byk pasal pilem baru dan cafe jer.

ke tadi artikel lain yg ditepek? kdg2 ade benang yg tajuk lain isi lain, sbb edit semula dll.

Quote CrowneGlory 16-2-2015 12:25 PM
Nd ni one thing bertuah dpt mak mertua yg positif dan penyayang & surrounded by the right ppl..
Quote kayrizal 16-2-2015 12:34 PM
cmf_shya replied at 16-2-2015 12:16 PM
Kat mana yg dia citer kpayahn nak besarkan anak tue? Korang komen base on article ke base on xminat  ...

tula pasal...i pun berulang kali membacanyer...xde plak sebut kepayahan...
orang2 ni lau dh x suka tu..mcm2 la

Quote nad014 16-2-2015 12:34 PM
poddah cit..mmmm...ending cerita mcm sama je.....happily never ending......boleh tak speku mcm tue...
Quote nad014 16-2-2015 12:35 PM
srihannah replied at 16-2-2015 12:20 PM
ok lah dah berbisnes..investment kalau dah tak belakon..

ke coverline berbisnes??

Quote Lavender_Violet 16-2-2015 12:38 PM
cmf_shya replied at 16-2-2015 12:16 PM
Kat mana yg dia citer kpayahn nak besarkan anak tue? Korang komen base on article ke base on xminat  ...

Iols pong! Jenuh naik turun naik turun scroll kan artikel ni, tak jumpa pulak cerita kepayahan dia membesarkan anak.
Ingat tadi nak tumpang semangkuk menjoyah, tapi semua berkait pasal filem terbaru sheols aje.
So tak ada keperluan utk iols menjoyah nmpaknya
Quote elmen 16-2-2015 12:41 PM
bisnes? menanggung geng dimeroyan nak buat tempat port mengopi.. cover lettewwww...
Quote srihannah 16-2-2015 12:41 PM
nad014 replied at 16-2-2015 12:35 PM
ke coverline berbisnes??

coverline ape?
Quote cmf_shya 16-2-2015 12:47 PM
Suchi replied at 16-2-2015 12:22 PM
eh sama lak soklan uols.. iols gigih baca 2-3 kali kehkeh.. yg ade cerita byk pasal pilem baru dan ...

Kan..sbb lpas artikel tue..semua pkat komen pasal payah jga anak sorg..tue yg saya ulang2 bc..xde lnsung sbut pasal ssah jga anak..just ckp pasal mulakan idup bru ngn rayqal ja..

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.254095 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top