CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

CYST : Ketahui Cara Rawatan Mengecut Tanpa Perlu dibedah!

19-2-2015 01:05 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 9708| Komen: 1

Description: Salam semua. Harini Nadia nak kongsikan sedikit maklumat mengenai cyst. Ini adalah soalan popular yang sering diajukan pada Nadia dari pelanggan dan bakal pelanggan iaitu bagaimana cara meraw ...
Salam semua.




Harini Nadia nak kongsikan sedikit maklumat mengenai cyst. Ini adalah soalan popular yang sering diajukan pada Nadia dari pelanggan dan bakal pelanggan iaitu bagaimana cara merawat atau mengatasi masalah cyst tanpa menjalani pembedahan.




Ya, memang ada alternatif semulajadi untuk mereka yang mempunyai masalah cyst untuk merawat tanpa pembedahan.Sebelum itu, jom saya terangkan serba sedikit info info berkaitan cyst.


APA ITU CYST?




Ovarian Cyst adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.





OVARIAN CYST BUKAN PENYAKIT?



Menurut kata Dr. Zubaidi Ahmad ovarian cyst tu bukan penyakit.Ovarian cyst ini selalunya dihadapi oleh wanita muda. Dan selalunya, kehadiran cyst ini tidak menunjukkan simptom-simptom tertentu. Ianya diketahui apabila pemeriksaan ultrasound atau pelvic secara rutin dilakukan.




Secara amnya, setiap kali kitar haid, organ ovari akan mengelembung dinamakan ovarian follikel. Ianya mengandungi ovum dan apabila ovum dikeluarkan, sepatutnya ovari akan mengecut, tetapi sesetengah akan membesar melebihi 2cm. Ini dikenali sebagai cyst.



95% ovarian cyst ini adalah tidak merbahaya tetapi adakalanya ia bole mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, merasa letih, masalah ketidak kesuburan dan sakit kepala.





BILAKAH PEMBEDAHAN PERLU? Pembedahan bukanlah cara utama untuk mengubati cyst.Pembedahan dilakukan jika:

  • untuk melakukan biopsy. Ini jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser.
  • untuk membuang ovarian cyst sekiranya ia memudaratkan seperti sakit perut, haid tidak teratur dan sebagainya. Atau saiznya melebihi 5cm dikhuatiri akan pecah.
  • untuk melakukan pembuangan ovari sekiranya disahkan kanser ovari.



Walaupun bukan semua ovarian cyst mesti dibuang, tetapi semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu.




Pembedahan akan di pertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;


  • Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari
  • Ovarian cyst melebihi saiz 5cm
  • Ovarian maish kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
  • Pesakit telah menopause
  • Pesakit adalah gadis remaja.

Apa yang saya senaraikan di atas adalah antara kriteria yang memungkinkan perlunya pembedahan.Tetapi, jika anda mengalami salah satu kriteria itu, tidak bermakna anda harus di bedah. Kerana ia bergantung juga pada pertimbangan doktor yang merawat anda.


TAPI ! perlu saya ingatkan disini. Ramai yang menganggap selepas cyst dibuang, maka mereka telah terselamat dari penyakit tersebut. Sebenarnya SALAH ! Cyst oleh berulang dan tumbuh kembali walaupun telah dibuang melalui pembedahan (klik link untuk info lanjut). Oleh itu, bagi pesakit cyst perlulah lebih menekankan aspek kesihatan diri, pemakanan yang bagus .



Bagaimana Merawat Cyst Tanpa Pembedahan ?
Ya, masih ada lagi rawatan cyst tanpa pembedahan. Tak percaya? Jom kita baca

----> http://goo.gl/8zCYBu



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poyohabis 10-6-2015 11:25 PM
Kawan aku ada penah operate cyst kat sebelah rahim dia...lps operate jd gelong tah aoa2 coz dia ckp x dtg period...asyik nak marah n gaduh je...kita ckp lain dia faham lain...pelik sungguh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054777 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top