CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Gila Bapak Artis Popular Ini Hisap Rokok 100 Batang Sehari!

26-2-2015 09:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8585| Komen: 13

Description: Namun Ayah Kepada Tiga Orang Anak Ini Sedang Berusaha Berhenti Merokok. Meskipun Masih Belum Berhenti Sepenuhnya, Jumlah Shahrukh Khan Menghisap Rokok Sudah Mula Berkurangan.
Merokok 100 Batang Sehari, Shah Rukh Khan Ingin Berhenti




Aktor Shahrukh Khan diketahui umum mempunyai masalah ketagihan merokok yang sukar dikawal. Sejak kariernya bermula di Bollywood, dia cuba untuk berhenti merokok namun sehingga kini masih gagal.

Malah lebih mengejutkan aktor kelahiran New Delhi itu mengaku mampu menghabiskan 100 batang rokok sehari dan bukan sebuah rekod yang perlu dibanggakan dirinya.

Namun ayah kepada tiga orang anak ini sedang berusaha berhenti merokok. Meskipun masih belum berhenti sepenuhnya, jumlah Shahrukh Khan menghisap rokok sudah mula berkurangan.

“Saya sukar untuk tidur dan mampu merokok sehingga 100 batang sehari. Dan tabiat merokok membuatkan saya lupa untuk makan,” ujar Shahrukh Khan kepada pihak media.

Terbaru, menerusi Twitternya Shahrukh Khan telah memuat naik sekeping foto yang memulakan kempen berhenti merokoknya sendiri iaitu “We Don’t Talk To People Who Smoke”.

Kempen tersebut mendapat reaksi positif peminat-peminatnya yang percaya ianya memberi kekuatan buat aktor kesayangan mereka itu untuk menjalani kehidupan yang sihat tanpa rokok kelak.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cef_gango 25-2-2015 04:56 PM
gila jantung dia dah penat pam darah
Quote Lorra2411 25-2-2015 05:13 PM
mak oii, 100 batang sehari dia mampu
Quote matahari7001 25-2-2015 06:11 PM
hebat abang shah rukh huhu
Quote elmen 25-2-2015 08:21 PM
eiii.. bebile je tu blh sakit..
Quote eden77 26-2-2015 11:25 AM
ni paru-paru dah penuh ngan tar ni.
Quote manehnya 26-2-2015 11:33 AM
lorr ya ka... srk isap rokok lg byk dr laki aku? mm.... ada gak kesedaran nk benti
Quote shanew3stga1z 26-2-2015 12:17 PM
dia ni mmg very the heavy smoker
Quote Vellfire 26-2-2015 03:35 PM
hoh dah tua nanti adolah penyakit mcm2
Quote bawangputih05 26-2-2015 04:49 PM
ish ish ishhhhh...
Quote ken-klang 26-2-2015 06:55 PM
@_@  susah dipercayai, 100 batang tapi masih hidup
Quote dani-rox 27-2-2015 12:36 AM
100 batang rokok sehari? kesian bini heols, spt bercium dgn ashtray sebegitu
Quote kamexkame 27-2-2015 08:45 PM
wow tak tahu pulak dia ni kuat gila merokok
Quote ecahaha 4-3-2015 09:55 AM
perghhh  byk nya...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051308 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top