CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Rambut Rosmah Tarik Perhatian Global

26-2-2015 11:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29737| Komen: 125

Description: Rosmah Dalam Majlis Taklimat Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Gst) Kepada Isteri-Isteri Menteri Dan Timbalan Menteri Kelmarin Mengeluh Tentang Perkhidmatan Rumah Ke Rumah Yang Semakin Mahal.
Rambut Rosmah Tarik Perhatian Global


Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, sekali lagi menjadi perhatian dunia, kali ini berkaitan perbelanjaan dandanan rambutnya.

Laporan agensi berita AFP berkaitan kos dandanan rambut RM1,200 itu disiarkan kembali oleh tabloid Britain The Daily Mail, The Straits Times (Singapura) dan South China Morning Post (Hong Kong).

Agensi berita antarabangsa itu menyebut bahawa Rosmah, yang "sering diperolok-olok ekoran cita rasa mewah", mendapat kritikan baru susulan kenyataannya pada Isnin.

Kebanyakan kritikan daripada rakyat Malaysia itu dipetik daripada media sosial.

Portal isu serantau Asian Correspondent (United Kingdom) dan Today Online (Singapura) juga melaporkan bagaimana komen itu memberi masalah kepada Rosmah.

Rosmah dalam majlis taklimat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada isteri-isteri menteri dan timbalan menteri kelmarin mengeluh tentang perkhidmatan rumah ke rumah yang semakin mahal.

Sebagai contoh, beliau membangkitkan pengalamannya dikenakan bayaran RM500 untuk membuat baju kurung dan RM1,200 untuk dandanan rambut.

Rosmah sudah berulang kali menjadi sasaran kritikan selepas dikaitkan dengan kehidupan mewah.

Baru-baru ini The New York Times melaporkan ia mempunyai dokumen menunjukkan pembelian barang kemas jutaan dolar yang dikaitkan dengan Rosmah.

12

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d'zeck 25-2-2015 02:42 PM
rosmah ni kalo pakai tudung,

habis macai hilang satu modal
politaik

terbukalah hendaknya hati
dia agar bertudung demi
mengurangkan bahan modal picisan
musuh2 malaysia
Quote stania83 25-2-2015 02:45 PM
Rosmah pon jadi isu ape ntah dia buat sampai benci sgt tu
Quote WawaRaRa 25-2-2015 02:46 PM
uittt tudung mhl la.... geng2 biasa2 ni pon pakai tudung 2-3 ratus... ni kan pula kak mah....
Quote moocoww 25-2-2015 02:48 PM
rosmah01-june14.jpg

pandanglah lihatlah...tiru rambut sy
Quote sekel 25-2-2015 02:49 PM
tudung dia mesti rega 2K plk
Quote musangcomel 25-2-2015 02:52 PM
korg ingat senang ke nak buat rambut kepok2
haruslah mahal
pasal tempah baju kurung rm500 tu mmg skrg suma dah mahal pon
sbb tu ummah suka beli baju kurung siap je, murah sket
gitew
Quote famri7 25-2-2015 02:53 PM
Haruslah tepek gam gajah pastu tarik2 piar terangkat kejung..gigeh bik..nanti nk solat camna bik?
Quote eco_internet 25-2-2015 02:53 PM
Rambut Rosmah tarik perhatian global ? apa barang, kalau rambut rosmah boleh tarik airbus 320 baru aku respek...
Quote estrelle 25-2-2015 02:54 PM
kwn ai ade gi kursus dandanan rambut,trainer kwn ai tu byk pengalaman la mendandan rambut vip2 ni..dia cerita nak buat rambut rosmah ni sebotol hair spray x ckup..sbb tu nmpak nmpak rambut dia statik je..
Quote CrowneGlory 25-2-2015 02:57 PM
Kalau dah buat rambut tebuan mcm tu je dh 1200 .. Bygkn dia pakai tudung... Mau tudung2 mahal2 dr fashion house .. X main la tudung naelofar, paritdah, adijuma ke... Lg la bankrap msia dibuat tudung kak mah
Quote chinta89 25-2-2015 02:59 PM
hahaha..lawak2 plk baca komen korang sampai aku tak tahu nk komen apa.
Quote spiderman80 25-2-2015 03:17 PM
Tapi Kak Ros memang banyak rambut untuk seorang wanita middle age.
Quote MissMamamia75 25-2-2015 03:17 PM
Kak Rosmah rambut kembang...the only wife of PM di Malaysia yg suka enter frame..
Quote dragger 25-2-2015 03:20 PM
rambut dia tu kalau kena air hujan kuncup la kot.


Quote delsmomm 25-2-2015 03:25 PM
chinta89 replied at 25-2-2015 02:59 PM
hahaha..lawak2 plk baca komen korang sampai aku tak tahu nk komen apa.

tu la chinta.. tergelak sorg2 baca komen masing2.. ade je modal.. smpi tersengih2..
Quote kikuri 25-2-2015 03:33 PM
ingat senang ka nak buat rambut dia... gel saja dah brapa botol... mesti kena pakai sikat khas... dengan stressnya lagik... berbaloi la tu kot rm1,200
Quote Mr.Virus 25-2-2015 03:35 PM
ahkak pink xmo pakai tudung paritdah yg botingkek2 ke
Quote whadda 25-2-2015 03:36 PM
dragger replied at 25-2-2015 03:20 PM
rambut dia tu kalau kena air hujan kuncup la kot.

gile bayar rm1200 kuncup terus... dengan spray berbotol botol tuh agak2 dah kering nanti die kembang la balik..
Quote batmana 25-2-2015 04:00 PM
bukan salah rosmah..
salah somi dia..

apa jenis laki la,
handle bini pn tkleh.

cubala bagi penampo skit kt bini tu.
tutup aurat pn susah.

lembik.dayus.

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.111982 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top