CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Caliph Buskers Dipergunakan Media?

27-2-2015 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19570| Komen: 92

Description: "Kenapa Mereka Hendak Menyekat Periuk Nasi Pemuzik Jalanan Dengan Perhimpunan Sedemikian? Kalau Ia Menimbulkan Kontroversi Dan Mengganggu Keamanan, Apa Guna Ia Dianjurkan?" Katanya Ketika Dihubung ...
Adam Adli, jangan kacau periuk nasi kami - Caliph Buskers


KUALA LUMPUR: Aktivis, Adam Adli dan penyokong perhimpunan 'Kita Lawan' diberi amaran supaya tidak menggangu lokasi buskers membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah, Sogo dengan perhimpunan haram yang hanya membawa ketakutan kepada masyarakat.

Anggota Caliph Buskers, Fendy berkata, sebarang perhimpunan haram yang dicadang diharap dibatalkan segera demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan.



"Saya harap benda ini tidak berlanjutan. Bukan sahaja Caliph Buskers yang mencari rezeki di sana namun banyak lagi kumpulan buskers di sekitar Sogo. Orang ramai datang di sini bukan untuk melihat perhimpunan haram.

"Kenapa mereka hendak menyekat periuk nasi pemuzik jalanan dengan perhimpunan sedemikian? Kalau ia menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan, apa guna ia dianjurkan?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Fendy mengulasperhimpunan menyokongDatuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu yang diadakan di Sogo sebagai tanda solidariti untuk pembebasan Ketua Pembangkang itu.

Antara yang memberikan ucapan pada perhimpunan itu adalah anak Anwar, Nurul Nuha.

Pada perhimpunan itu, Nurul Nuha turut meminta orang ramai untuk sekali lagi berhimpun pada perhimpunan kemuncak bagi kempen ‘Kita Lawan' pada 7 Mac depan.

Adam Adli yang turut berucap pada perhimpunan berkenaan menyeru anak-anak muda untuk tidak takut dalam perjuangan mereka.

Dalam pada itu kata Fendy, masyarakat menjadikan kawasan sekitar SOGO selain Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai lokasi membeli-belah dan bukan berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu.

"Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam.

"Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan mereka," jelasnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurklfish 25-2-2015 12:13 PM
Edited by nurklfish at 25-2-2015 12:21 PM

komen dari presiden buskers club

SG Suara Gerrard with Syahz Meen and 3 others
23 February at 18:52 · Edited ·
Saya dimaklumkan anggota Caliph Buskers bahawa mmg 'tiada statement perkataan amaran' dikeluarkan sewaktu menjawab soalan wartawan Astro Awani berhubung perhimpunan 'Kita Lawan' diadakan di hadapan Sogo. Jawapan yg diberi mereka adalah sekiranya perhimpunan diadakan secara aman dan dgn kebenaran, ianya memberi satu kelebihan kepada buskers. Tetapi sekiranya berlaku rusuhan dan kekacauan, ianya menjejas aktiviti busking yg mencari sumber pendapatan. Tiada istilah bernada amaran dikeluarkan dan mungkin kesilapan teknikal dlm penyampaian artikel tersebut. Saya telah menghubungi dan memaklumkan pihak Astro Awani berhubung perkara ini.
Buskers neutral dan tidak mewakili mana2 parti politik. Kita faham dan menghormati fahaman dan ideologi politik masing2 dan busking ttp berperanan mengerat perpaduan dikalangan masyarakat.


Quote nurklfish 25-2-2015 12:13 PM
Edited by nurklfish at 25-2-2015 12:22 PM

azmi komen


Azmi Saat
2 hrs ·
Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat Allah SWT...
Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.
Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Kemana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah dari sorakan kepada penghinaan? Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecah belahkan rakyat malaysia terutamanya orang melayu. CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang. Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar dari bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.
Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB.
Jutaan maaf dari CB kepada semua pihak sekiranya apa yang berlaku datangnya dari kesilapan CB sendiri. Ini mungkin kerana ketidak biasaan kami untuk menghadapi sesuatu situasi. Berilah kami peluang untuk belajar dari kesilapan. Sekali lagi kami merayu, hentikanlah isu tersebut kerana isu-isu sebigini bukan sahaja boleh menghancurkan kerjaya CB malah mampu memecahbelahkan rakyat malaysia terutamanya kita sesama orang islam dan orang melayu. Apa gunanya kalau kehadiran CB hanya cuma memberikan keburukan?
Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak menyokong CB, biarkanlah CB bergerak tanpa sokongan anda. Janganlah hancurkan kerjaya CB hanya kerana anda tidak meminati CB. Kalaulah perjalanan CB ditakdirkan terhenti, biarlah CB berhenti sebagai penghibur yang pernah memberi ketenangan bukan penghibur yang pernah menyakiti hati orang lain.
Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada hambanya yang zalim. Amin...
Terima kasih.
Ikhlas dari Azmi Saat Caliph Buskers.










Quote nurklfish 25-2-2015 12:14 PM
link berita awani

https://www.youtube.com/watch?v=crzCnure-aw
Quote nurklfish 25-2-2015 12:19 PM
Edited by nurklfish at 25-2-2015 12:24 PM

Quote hzln 25-2-2015 12:40 PM
Edited by hzln at 25-2-2015 12:42 PM

demi tuan politiktak cukup dgn drebar teksi...tauke kedai kain...
orang buta pun ko bulih buat modal berpolitik memecah belah mengadu domba
yg kena cercanya diaorang
ko sedap saja amik gaji tiap bulan
lahanat punya reputz
Quote enchikfitz 25-2-2015 12:46 PM
Sebab politik, semua buta hati. Yang kurang upaya pulak dikutuk. Bangang
Quote Kangkung1M 25-2-2015 01:02 PM
nurklfish replied at 25-2-2015 12:13 AM
komen dari presiden buskers club

SG Suara Gerrard with Syahz Meen and 3 others

penjelasan yg 'simple tapi mantap' dr Presiden Buskers Club ni...kudos to u
Quote ciwi1166 25-2-2015 01:16 PM
ha kan ak dah cakap... pemuzik2 yg humble bundle tak kan kuar statement camtu nye..

lagi ramai orng dngr, lagi diorang suke.
Quote siputsedut 25-2-2015 01:20 PM
Wartawan mmg kaki belit
Quote olaoliolu 25-2-2015 01:22 PM
errr wartawan mana plak tanya belit2 tuh. konpius ai tetiba ade berbaur amaran gitu.  xda kaitan langsung
Quote haruslah 25-2-2015 01:30 PM
kalau dah taksub tu mmg hampeh semua

kalau betul pon CB ade komen camtu biar la dia....

dia cuma bgtau jgn kacau tmpat diorg carik rezki jer...mmg betol ape CB ckp tu
tmpat tu tmpat org beli belah semua

tp jenis kepala politaik ni mmg xbleh kena tegur...baik pro mau pon pembangkang

sket2 boikot,.... konon nya bila yg x sependapat bg bersuara habis dihina dan dicaci

Quote nurklfish 25-2-2015 01:34 PM
Edited by nurklfish at 25-2-2015 01:36 PM

Caliph Buskers Beri Amaran, Batalkan Perhimpunan Haram Di Sogo
Oleh RTKY Staff pada 22 February 2015, 4:02PM


Tidak mahu lokasi mereka mencari rezeki dijadikan tempat perhimpunan haram, Fendy yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Caliph Buskers memberi ‘amaran’ kepada pihak tertentu yang bakal mengadakan perhimpunan haram agar membatalkan niat tersebut.
Fendy berkata, sebarang perhimpunan haram yang dicadang diharap dibatalkan segera demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan.
“Saya harap benda ini tidak berlanjutan. Bukan sahaja Caliph Buskers yang mencari rezeki di sana namun banyak lagi kumpulan buskers di sekitar Sogo. Orang ramai datang di sini bukan untuk melihat perhimpunan haram”
“Kenapa mereka hendak menyekat periuk nasi pemuzik jalanan dengan perhimpunan sedemikian? Kalau ia menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan, apa guna ia dianjurkan?” katanya.
Dalam pada itu kata Fendy, masyarakat menjadikan kawasan sekitar SOGO selain Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai lokasi membeli-belah dan bukan berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu.
“Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam”
“Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan mereka,” tegasnya lagi kepada pihak Astro Awani.
Jadi, adakah anda bersetuju dengan perkara yang diutarakan oleh Caliph Buskers? Bukankah bumi ini lebih indah dengan kemanan dan bukan semua jalan penyelesaian adalah melalui rusuhan.

p/s: adakah tjuk berita astro awani telah tukar sb mula2 baca dulu tajuk mcm nie. (sumber rotikaya)
Quote sekel 25-2-2015 01:42 PM
jd wartawan nie dh mcm kerja FITNAH kan fakta yg benar

aq mmg menyampah dengan kerjaya wartawan  
Quote blackred99 25-2-2015 01:47 PM
Edited by blackred99 at 25-2-2015 01:54 PM

satu je aku ckp, siapa percaya berita dari wartawan ni, mmg jiwanya lebih kepada politik, macai politik mana2 pihak.

secara jujurnya aku tau ni semua mainan ayat wartawan je. tapi tula, org kaki politik ni, kalo da benci, ckp apa pun mmg akan benci jugak. orang OKU punya statement pun wartawan leh putar belit, apa lagi orang biasa..
Quote haruslah 25-2-2015 01:49 PM
blackred99 replied at 25-2-2015 01:47 PM
satu je aku ckp, siapa percaya berita dari wartawan astrok awani ni, mmg jiwanya lebih kepada politi ...

betolll kaki politik mmg buta hati

pantang kena tegur....

Quote CrowneGlory 25-2-2015 01:52 PM
Tgk majalah 3 lembut je dorg ni berckp..takkan la tetiba jd mcm tu... Len la KRU yg tlg ckpkn dh tentu2 penjilat
Quote blackred99 25-2-2015 01:53 PM
haruslah replied at 25-2-2015 01:49 PM
betolll kaki politik mmg buta hati

pantang kena tegur....

betul. sejujurnya aku sendiri bukan neutral, maksudnya berpihak ke satu pihak, tapi aku takla buta hati sgt sampai baca news je 100% percaya.

kamon la org malaysia, bukan korang tak tau media dlm negara ni jenis belit ayat sana sini. media kiri, media kanan, semua ada agenda masing2.

yg jd mangsa kat sini, CB, puncanya sbb ayat yg diputarbelit.


Quote nurklfish 25-2-2015 01:54 PM
kalo uols tgk link kt youtube nie, xde pun vdeo dorg komen apa2, wartawan jea ckp camtu..

https://www.youtube.com/watch?v=crzCnure-aw
Quote blackred99 25-2-2015 01:55 PM
hzln replied at 25-2-2015 12:40 PM
demi tuan politiktak cukup dgn drebar teksi...tauke kedai kain...
orang buta pun ko bulih buat moda ...

dpt duit hasil dari fitnah, pastu  buat makan nasik. berkattttt..

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.070857 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top