CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Warga Asing Lari Masuk Terowong Rahsia Dicekup

27-2-2015 06:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6109| Komen: 4

Description: “Premis Berkenaan Juga Telah Beroperasi Hampir Tiga Tahun Dan Tidak Mempunyai Lesen Malah Serbuan Itu Kali Pertama Dilakukan Pada Tahun Ini,” Katanya Kepada Pemberita Di Tempat Kejadian Di Sini.
Wanita Warga Asing Lari Masuk Terowong Rahsia Dicekup


KUALA LUMPUR 26 Feb. – Sebuah kelab malam di Mont Kiara, di sini kecoh apabila puluhan wanita warga asing yang dipercayai berkhid-mat sebagai pekerja seks cuba melarikan diri dengan memasuki terowong rahsia ketika diserbu sepasukan polis, awal pagi ini.

Sekumpulan wanita dari Thailand, Kemboja dan Laos itu dilihat bertempiaran lari meninggalkan ratusan pelanggan dan merempuh sama sendiri ketika menuju ke laluan rahsia yang disediakan di dalam premis itu.

Malah mereka turut tidak menghiraukan sepasukan polis yang mengarahkan mereka berdiam diri dan berusaha untuk lari menyelamatkan diri dalam serbuan kira-kira pukul 1.45 pagi itu.


Bagaimanapun seramai 85 wa-ni-ta berusia 19 hingga 32 tahun berjaya ditangkap apabila polis berjaya menghidu laluan rahsia terbabit.

Ketua Op Noda, Superintenden Razali Abu Samah berkata, pihak Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman melakukan risikan selama dua minggu terhadap premis terbabit berdasarkan maklumat daripada pasukan antipemerdagangan manusia.


Katanya, maklumat yang diperoleh mendapati premis berkenaan disyaki aktif dalam menjalankan aktiviti pelacuran melibatkan mang-sa warga asing yang dieksploitasi sebagai pekerja seks.

“Kita mengesan premis ini menyediakan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan bagi tujuan pelacuran dan eksploitasi seks.

“Premis berkenaan juga telah beroperasi hampir tiga tahun dan tidak mempunyai lesen malah serbuan itu kali pertama dilakukan pada tahun ini,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Razali memberitahu, seorang wanita warga tempatan berusia 32 tahun turut ditahan selepas dia mengaku sebagai pengurus premis serta penjaga kepada semua wanita tersebut.

“Ketika serbuan di premis itu terdapat antara 100 hingga 150 pelanggan sedang berhibur dan ditemani gadis pelayan terbabit. Hasil pemeriksaan tiada rekod kesalahan dikesan dalam kalangan mereka,” ujarnya.

Dalam serbuan itu, wang tunai berjumlah RM10,900 dirampas bersama peralatan audio serta visual.

Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

10

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 27-2-2015 10:10 AM
terowong rahsia lah.. mesin basuh lah.. atas syiling.. belakang cermin.

macam2 ehh taktik nak nyorok.
Quote zeed 27-2-2015 11:10 AM
mangsa ke? kalau mangsa tak lari menyorok kak oi.. lagi seronok bila abg2 polis ni dapat carik tempat tu.. Nampak sangat memang kerelaan sendiri..
Quote mak_wa95 27-2-2015 01:58 PM
lari..tangkap..lepas...datang balik
Quote nexusys 27-2-2015 02:17 PM
zeed replied at 27-2-2015 11:10 AM
mangsa ke? kalau mangsa tak lari menyorok kak oi.. lagi seronok bila abg2 polis ni dapat carik tempa ...

kan? kalo di exploit, apa kes gigih lari dari abam2 pulis??

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047273 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top