CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdua-Duaan Dalam Gelap

2-3-2015 12:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4074| Komen: 7

Description: “Walaupun Alasan Wanita Berkenaan Hendak Berhenti Bekerja, Namun Kami Terpaksa Menahannya Dan Dia Disiasat Di Bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 Dan Jika Sabit Kesalahan Bo ...
Berdua-Duaan Dalam Gelap


KLUANG - Duduk berdua-duaan bersama bukan mahram dalam bilik gelap, mengundang padah buat lima pasangan apabila mereka ditangkap Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Islam daerah Kluang di bilik pusat karaoke di Kluang Parade, di sini, malam kelmarin.
       
Tangkapan tersebut hasil operasi cegah maksiat yang dilakukan di beberapa pusat karaoke di sekitar bandar Kluang bermula jam 11 malam hingga 1 pagi.
       
Operasi Cegah Maksiat itu diketuai Penguatkuasa Agama Kanan Pejabat Agama Islam Kluang, Mohd Anuar Kosnin, bersama 20 anggota penguatkuasa pejabat agama Islam Kluang, Muar, Pontian, Mersing, Johor Bahru, Ledang dan Batu Pahat serta tiga anggota Unit Penyiasatan Khas Kem Mahkota.
       
Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor, semua yang ditangkap berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun.
       
“Lima pasangan yang ditangkap ini melakukan kesalahan duduk berdua-duaan bersama pasangan dalam gelap dan perbuatan itu dilihat kurang sopan.
       
“Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 19(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada  Sinar Harian.
       
Dalam operasi sama, Mohd Khalil berkata, pihaknya turut mengadakan pemeriksaan di kelab malam sekitar bandar Kluang.
       
Beliau berkata, hasil daripada pemeriksaan tersebut, pihaknya menangkap seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai bekerja di kelab berkenaan.
       
“Wanita yang bertugas sebagai penghidang minuman keras itu ditahan kerana ia satu kesalahan bagi seorang yang beragama Islam.
       
“Walaupun alasan wanita berkenaan hendak berhenti bekerja, namun kami terpaksa menahannya dan dia disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara danenam kali sebatan,” katanya.
       
Manakala, dalam operasi di hotel bajet, Pejabat Agama Islam Kluang berjaya menangkap sepasang kekasih di sebuah hotel bajet di tengah bandar Kluang.
       
Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan berusia dalam lingkungan 20-an dan kedua-duanya masih bujang.
       
“Pasangan berkenaan berasal dari Kluang dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) ab Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
       
“Operasi yang dijalankan itu adalah operasi malam minggu bagi cegah maksiat daripada terus berleluasa di daerah ini,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote semerbak 2-3-2015 08:54 AM
Kadi Keluang rajin menulis blog,
http://kadikluang.blogspot.com/
Quote zulka 2-3-2015 08:58 AM
bagusla...semoga negri2 lain juga akan ikut
Quote BigPanther 2-3-2015 10:20 AM
karaoke booth ada cctv kan?
depa boleh challenge kan kalau betul just nyanyi2?
Quote bellaa 2-3-2015 10:22 AM
bukan semua bilik karok gelap ke..

x pepasal dorang pulak kena tangkap..

Quote Feedoss 3-3-2015 09:52 AM
duduk saja xpe jgan pegang2. ahhaa
Quote matahari7001 3-3-2015 10:07 AM
cekup bang jgn tak cekup huhu
Quote BotakChinPeng 3-3-2015 01:29 PM
bellaa replied at 2-3-2015 10:22 AM
bukan semua bilik karok gelap ke..

x pepasal dorang pulak kena tangkap..

ha ah.bangang tul pekerja pejabat agama kluang

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051297 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top