CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Gambar - Gambar Rare Dari Dalam Dan Atas Kaabah

2-3-2015 04:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12112| Komen: 22

Description: Kaaba Ialah Kiblat Manusia-Manusia Yang Memanggil Dirinya Seorang Muslim. Kalau Kamu Muslim Yang Baik Kamu Paling Kurang Mengadap Kaaba Sebanyak 5 Kali Sehari. Kalau Infidelic Sekali Setahun Pun Tak P ...
Gambar - Gambar Rare Dari Dalam Dan Atas Kaabah

Kaaba ialah kiblat manusia-manusia yang memanggil dirinya seorang Muslim. Kalau kamu Muslim yang baik kamu paling kurang mengadap kaaba sebanyak 5 kali sehari. Kalau infidelic sekali setahun pun tak pasti. HAH! Dibawah ialah beberapa gambar rare dari dalam Kaaba. Tahukah anda bahagian Kaaba ini dibersihkan dua kali setahun. Upacara pembersihan dilakukan 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari sebelum bermulanya musim haji.

Upacara pembersihan dimulakan dengan gabenor Mekah membuka pintu bersepuh emas Kaaba yang seberat 300 KG! Pintu emas ini dibina oleh Ahmad bin Ibrahim Badr pada tahun 1979 bagi menggantikan pintu perak yang dibina oleh bapanya pada tahun 1942. Kunci pintu ini pula dijaga oleh Banī Shayba' yang sudah dipertanggungjawabkan memegangnya sejak turun temurun. Bahagian dalaman Kaaba dibersihkan dengan air zam zam, wangian dari air bunga ros dan penyapu.





Antara soalan yang biasa aku dengar ialah;

"Kenapa pintu masuk kedalam Kaaba diletakkan terlalu tinggi dari lantai?"


Good question. Pada tahun 1039 Hijrah (1630 Masehi) berlaku banjir besar ketika zaman pemerintan Sultan Murad Khan. Akibat dari banjir ini tiga daripada empay dinding Kaaba runtuh. 

Pembinaan semula Kaaba dilakukan dan kaaba asal dirobohkan kesemuanya melaiankan suduh yang mempunya Hajaral Aswad. Pintu dinaikkan 2 meter dari aras lantai Masjidil Haram bagi mengelakkan air masuk kedalam Kaaba jika berlaku lagi bajir dimasa hadapan. Tangga khas yang digunakan untuk memasuki Kaaba sentiasa disimpan didalam Masjidil Haram jika mahu digunakan.




Bercakap pasal pembinaan semula. Mengikut kajian ahli sejarah, adalah dipercayai Kaaba sudah menjalani 12 kali proses renovasi. Kali terakhir ia dilakukan ialah pada tahun 1996. Proses baikpulih ini ialah kali pertama dilakukan sejak zaman Sultan Murad Khan yang aku katakan di dalam perenggan diatas. Atap kaaba juga digantikan pada ketika ini.

So there you go some nice Info tentang Kaaba. Siapa kata Obefiend tak boleh buat entry Syaria compliant? [size=85%]
Bawah : Rekabentuk Kaaba ketika zaman nabi Ibrahim dan bentuknya sekarang. Juga gambar dalaman Kaaba proses ubah suai tahun 1996





Gambar dari atap bumbung kaaba






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 27-2-2015 10:56 AM
wah... menariknya.. teringin nak pegi sana
Quote Munnalicious 27-2-2015 11:00 AM
Teringin nak pegi sana dan masuk dalam tu. Agak2 boleh ke?
Quote Artemesiaa 27-2-2015 11:06 AM
Wah menarik infonya
Quote idadzira 27-2-2015 12:59 PM
boleh ke masuk dalam kaabah tu...bestnya
Quote bazinga 27-2-2015 02:22 PM
Interesting...
Quote system_failure 27-2-2015 03:36 PM
rindunya         
Quote elmen 27-2-2015 03:36 PM
moga ade rezeki nk ke sini
Quote system_failure 27-2-2015 03:39 PM
dah lame aku nk tanya.. knpa setip batu bata dua tak sama saiz panjang dan lebar..
Tp leh membina sebuah rumah bersegiempat yg tepat.. memang speachless..
Quote mawar_pink 1-3-2015 07:07 AM
Ape yg ada dlm kaabah tu?
Quote kerepektempe 2-3-2015 02:28 PM
Rindu nak tgok kaabah...
Quote Mr.Virus 2-3-2015 03:24 PM
bkn semua org yg dpt masuk dlm kaabah tu..beruntungnya deols..
Quote ayahlang 6-3-2015 04:20 PM
apa rasa bila masuk dalam kaabah? tak rasa bahang panas ke?
Quote animcute 7-3-2015 09:24 AM
very interesting facts.
Quote ice98 7-3-2015 09:55 AM
kini baru kutahu....
Quote mattzzx 7-3-2015 03:53 PM
Info yang sangat menarik dan mengkagumkan.....
Quote nashrudean 8-3-2015 01:34 PM
dlm tu ada aircond x?
Quote RatuDunia94 9-3-2015 01:00 AM
system_failure replied at 27-2-2015 03:39 PM
dah lame aku nk tanya.. knpa setip batu bata dua tak sama saiz panjang dan lebar..
Tp leh membina s ...

apa yg peliknya.. mmg setiap batu tak sama kepanjangan tp ukuran keseluruhan setiap baris sama..

Quote azlinahmad 9-3-2015 03:18 PM
terbaik...
Quote anees~nuhara 10-3-2015 04:27 PM
bile la nk dpt g sane.....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.156959 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top