CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Teruja Nanti Kelahiran Sulung

2-3-2015 06:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10715| Komen: 30

Description: Kurang Dua Minggu Lagi Bakal Bergelar Ibu, Diana Atau Nama Sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 29, Memberitahu, Segala Kelengkapan Sudah Hampir Siap Sepenuhnya. Malah Dia Begitu Teruja Untuk Menyambut K ...
Teruja Nanti Kelahiran Sulung


AWAL Mac depan, pasangan bahagia, Diana Amir dan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman dijangka menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.
       
Kurang dua minggu lagi bakal bergelar ibu, Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 29, memberitahu, segala kelengkapan sudah hampir siap sepenuhnya. Malah dia begitu teruja untuk menyambut kelahiran itu.
       
"Alhamdulillah, untuk detik-detik terakhir ini, kesihatan saya bertambah baik dan segala persiapan untuk bayi dah hampir siap. Namun, pemilihan hospital untuk bersalin masih belum diputuskan.
       
"Mungkin saya akan bersalin di Shah Alam ataupun Putrajaya. Kemudiannya saya akan berpantang di sini sahaja memandangkan rumah mak dan mak mertua tidak jauh dari rumah saya.
       
"Sepanjang tempoh berpantang itu, mereka akan bergilir-gilir menjaga saya dan anak, Insya-ALLAH," katanya yang memilih untuk menjalani tempoh berpantang secara tradisional.
       
Tidak menunggu lama untuk kembali bekerja, Diana memberitahu, dia akan bercuti selama sebulan sahaja kerana terikat dengan jadual yang padat.
       
"Namun, ianya bergantung kepada tahap kesihatan juga. Jika kesihatan saya dan bayi tidak mengizinkan untuk saya kembali bekerja, saya akan lanjutkan cuti. Bergantung kepada keadaan nanti," katanya.

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juecy 25-2-2015 10:00 AM
Semuga selamat semasa proses melahirkan.....
Semuga tabah dan sabar sepjg tempoh berpantang
Quote vender 25-2-2015 10:12 AM
moga selamat semuanya
Quote kokocrunch 25-2-2015 10:20 AM
moga selamat semuanya
bestnya dpt baby..
Quote dalima 25-2-2015 10:25 AM
Moga dipermudahkan.
Quote jerukkedondong 25-2-2015 11:38 AM
Selamat bersalin Diana...dan semoga tabah berpantang untuk both of you..
Quote pasuoren 25-2-2015 11:46 AM
semoga selamat semuanya..
tahniah diana dan suami..
Quote z_k 25-2-2015 12:00 PM
bkn dia ke yg kata ikut asben g study obesi?
ke dh lama yg tu
Quote deananie 25-2-2015 12:03 PM
semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote biozipstar 25-2-2015 12:11 PM
banyok rezeki... sebulan jah pantang
Quote kejoraria 25-2-2015 12:12 PM
tak sabar nk tgk anak dia....apa2pun semoga dipermudahkan...dan tahniah in advance
Quote fatehana 25-2-2015 12:28 PM
semoga dipermudahkan untuk Diana dan baby nnt
Quote f164 25-2-2015 12:35 PM
Moga semuanya dipermudhkan, ameen
Quote guargum 25-2-2015 12:43 PM
aku nyampah retis mesia ni, semua dia nak citer, excited la apa kejadahla , semua la
pepet rabak masa beranak pon klu boleh mmg dia nak citer semuanya, meluat tahap cipan ok,

setahun dua pastu , si polan sipolan failkan penceraian pula. hello, aku paham la jodoh tu takdir tuhan
tapi, ingat jugak doa kita pon boleh ubah takdir kita

klu yg bukan retis pon, bersepah jer citer kecurangan, tak expect pon kawan baik kau bini org ada anak boleh tersangkut kat anak ikan, sedangkan laki sendiri punya la baik and kaya plak tu.

alasan lonely sbb laki takde sbb keje tu aku tak dah boleh pakai la
semua terpulang kat hati ok,

** sorry OT ( tapi aku nyampah giler retis dok hebah berita yg deme bahagia sgt, tup tap , bercerai )
Quote anno_miss 25-2-2015 02:45 PM
semoga selamat semuanya...
Quote tomet05 25-2-2015 03:45 PM
semoga semuanya selamat ..
Quote danieladam 25-2-2015 09:13 PM
Sendu..next!!
Quote ACC106 25-2-2015 10:10 PM
seronok baca cerita orang nak dapat baby

semoga dipermudahkan segala urusan
Quote mitnick 25-2-2015 11:19 PM
smg murah rezeki
Quote Kak-Leen 26-2-2015 12:48 AM
Moga dipermudahkan..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.170442 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top