CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pak Nil Duta Cukai!

3-3-2015 02:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5362| Komen: 17

Description: Kata Aznil, Beliau Berharap Dapat Menganjurkan Sebuah Perjumpaan Dengan Pihak Lhdn Pada Masa Hadapan Bagi Memberi Peluang Kepada Golongan Selebriti Dalam Mendapatkan Penerangan Tentang Perkara Itu.
Aznil Nawawi Ikon 'Saya Cinta Malaysia' LHDN

Aznil dilantik sebagai ikon 'Saya Cinta Malaysia' iaitu kempen yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).



PUTRAJAYA: Pengacara Datuk Aznil Nawawi pada Isnin dilantik sebagai ikon 'Saya Cinta Malaysia' dalam kempen terbaharu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi menyebarkan kesedaran tentang pembayaran cukai. 

Aznil, 53, berkata, kempen tersebut akan menggunakan cara mudah difahami iaitu melalui konsep perkongsian dan kasih sayang dalam memberikan pemahaman kepentingan cukai dalam pembangunan negara.

"Peranan saya adalah untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap negara dan pada masa sama menyedarkan masyarakat tentang kewajipan membayar cukai.


"Tetapi kaedah yang digunakan bukan secara terus tetapi memilih cinta terhadap negara sebagai tema utama bagi memastikan masyarakat dapat benar-benar memahami konsep sebenar cukai itu," katanya kepada mStar Online.

Aznil berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Hasil 19 yang diadakan di Dewan Bangsawan, Menara Hasil di sini.Turut hadir pada acara berkenaan adalah Timbalan Menteri kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Ekskutif LHDN, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar. 

Dalam pada itu, Aznil berkata, beliau akan melakukan siri jelajah bersama LHDN terutamanya diperingkat sekolah dan universiti bagi memberikan pendedahan sebenar kepada generasi baharu tentang cukai dalam cara paling ringkas dan mudah difahami.

Aznil bersama Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan (kanan) dan Ketua Pegawai Ekskutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar.

"Selama setahun kontrak sebagai ikon saya akan bergiat melakukan siri jelajah untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan muda dan cuba untuk menyemai rasa cinta mereka terhadap negara dan secara tidak langsung memberikan maklumat mengenai cukai," ujarnya. 

Sementara itu, Aznil berkata, beliau turut menyasarkan untuk menghebahkan maklumat mengenai cukai kepada golongan artis memandangkan ada segelintir daripada mereka enggan atau takut untk melunaskan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

Kata Aznil, beliau berharap dapat menganjurkan sebuah perjumpaan dengan pihak LHDN pada masa hadapan bagi memberi peluang kepada golongan selebriti dalam mendapatkan penerangan tentang perkara itu.

"Golongan artis tidak seharusnya takut untuk membayar cukai kerana ia sebenarnya adalah sebahagian daripada cara untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada negara. "Saya mahu menjadi 'jambatan' di antara golongan selebriti dan LHDN dalam memastikan mereka mendapat maklumat yang betul selain khidmat nasihat berhubung pembayaran cukai mereka," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 2-3-2015 05:58 PM
NEXTTTTTTT!!!!!!!!!
Quote fadzyjemi 2-3-2015 06:04 PM
waahhh.. kemain lg bapak mertua si oshin.. makin glamer pokcik.. perlu ke lantik paknil?? apa org mesia masih x ckup kesedaran kah?? tansri xyah la nk gilo glamer sgt.. duhhh
Quote kibodwatriuh 2-3-2015 06:05 PM
Pak Nil weyh tu suku sakat Ameno yg suka sorok duit di bank2 luar jgn lupa tarbiyahkan juga la yeeeek, demi menyemai rasa centung pada negara.. ye dak?
Quote miss_baby 2-3-2015 07:55 PM
pelik la muka heshe
Quote tomet05 2-3-2015 09:16 PM
dengan ahmat maslan ke tuh kikiki
Quote cemolot 2-3-2015 09:22 PM
kossserrrrrrrr
Quote net_level 2-3-2015 09:23 PM
kibodwatriuh replied at 2-3-2015 06:05 PM
Pak Nil weyh tu suku sakat Ameno yg suka sorok duit di bank2 luar jgn lupa tarbiyahkan juga la yeeee ...

sorok di kepulauan Cayman kah ala 1MDB tu?
Quote barto 2-3-2015 10:17 PM
dia duta kementerian kesihatan jgk kn? ada nmpk gmbr dia kt notis psl denggi
Quote slipar_jepon 2-3-2015 10:36 PM
muka bengkak.
Quote anis01 2-3-2015 10:45 PM
pak nil so yesterday
kadang2 dia punya over kalah budak yang baru nak akil baligh
Quote mitnick 2-3-2015 11:06 PM
paknil jgn lupa bgtau definisi cukai tue ape
Quote kibodwatriuh 2-3-2015 11:14 PM
net_level replied at 2-3-2015 09:23 PM
sorok di kepulauan Cayman kah ala 1MDB tu?

Itu salah satu. Ada di Switzerland, ada di Bermuda, Jersey Island. U name it.
Quote alphawolf 3-3-2015 07:55 AM
Kat Planet Zargus ada tak?
Quote barto 3-3-2015 01:19 PM
miss_baby replied at 2-3-2015 07:55 PM
pelik la muka heshe

Botox kot...
Quote aseela 3-3-2015 01:20 PM
pak nil ni graduan apa ye?..lupa lak
Quote cmf_blingblings 3-3-2015 02:55 PM
Aku saspek ramai retis tak bayar income tax even declare sekalipun, kalau org makan gaji mmg tak leh lari....harap-harap depa bayar zakatlah tiap-tiap tahun..takut duit tak berkat, hidup belakang hari pikiaq2lah sendiri
Quote yusryimran 3-3-2015 03:05 PM
Pak Nil dah x relevant kot...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055951 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top