CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

2015 Toyota Camry Berwajah Baru Dilancarkan Di Thailand

16-3-2015 11:38 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7440| Komen: 2

Description: 2015 Toyota Camry Facelift sudahpun dilancarkan di Thailand dan menampakkan beberapa perubahan dari segi luarannya yang menampakkan reka bentuk gril hadapan yang luas sejajar dengan reka bentuk yang l ...

Facelift sudahpun dilancarkan di Thailand dan menampakkan beberapa perubahan dari segi luarannya yang menampakkan reka bentuk gril hadapan yang luas sejajar dengan reka bentuk yang lebih moden.


Di samping itu juga, perubahan besar yang dilihatkan pada model 2015 Toyota Camry ini ialah penukaran enjin dan juga kotak gear baru yang lebih efisyen.
Model yang ditawarkan di Thailand kini merangkumi 6 varian iaitu 2.0G, 2.5G, 2.5HV CD, 2.5HV Navigator, 2.5HV Premium dan juga satu model khas bagi pasaran Thailand iaitu 2.0G Extremo.


Perubahan terbesar yang dilihat bagi model 2015 Toyota Camry ini diberikan kepada model 2.0G dan 2.0G Extremo yang menggunakan nadi terbaru iaitu gabungan enjin 2.0-liter VVT-iW & D-4S yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan bagi menggantikan transmisi 4-kelajuan yang digunakan pada model sebelum ini.

Enjin tersebut mampu menghemburkan sehingga 164HP dan 199Nm tork dan padanan dengan transmisi automatik 6-kelajuan terbaru ini mampu memberikan peningkatan penjimatan bahan api sehingga 13 peratus. Varian lain pula masih mengekalkan nadi yang digunakan pada model sebelum ini.

Bahagian luaran model 2015 Toyota Camry ini didatangkan dengan lebih kemasan krum bagi memberikan penggayaan yang lebih eksekutif terhadap model tersebut. Varian hybrid yang ditawarkan pula menggunakan reka bentuk gril hadapan yang berbeza berbanding model JDM bagi memberikan perbezaan dengan model Camry Hybrid di Jepun.



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krimkelapa 16-3-2015 06:44 PM
cantik juga
Quote krimkelapa 16-3-2015 06:44 PM
tak nampak mcm kereta "uncle" dah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.419389 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top