CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kembalikan Maruah Filem Melayu - Rosyam Nor

23-3-2015 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20028| Komen: 107

Description: “Ia Bergantung Kepada Sambutan Terhadap Isyarat Cinta Ini. Jika Ia Begitu Menggalakkan, Mungkin Ada Plan Untuk Filem Yang Akan Datang,” Jawab Rosyam.
Rosyam Nor Mahu Kembalikan Maruah Filem Melayu

Suasana muram yang melanda industri perfileman Melayu menerusi jumlah kutipan jualan tiket yang tidak memberangsangkan di panggung, semenjak tahun-tahun kebelakangan ini sepatutnya tidak dibiarkan berterusan.

Sebagai insan seni yang selama ini turut memainkan peranan dalam mencorakkan kejayaan dalam industri perfileman tanah air, Datuk Rosyam Nor terpanggil untuk melakukan sesuatu.

“Saya akan cuba menghasilkan filem-filem yang bermutu dan menghiburkan yang mahu ditonton oleh orang ramai.

“Kalau boleh, saya mahu kembalikan zaman kehebatan filem Melayu. Saya juga ingin kembalikan maruah filem Melayu,” kata Rosyam sewaktu ditemui di tayangan gala filem Isyarat Cinta di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara, Selangor, semalam (Rabu).

Turut hadir di tayangan gala tersebut ialah Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.


Tunjang penting filem Isyarat Cinta terdiri daripada (dari kanan) Bade, Ismail Yaacob, Ku Fridah, Adi Putra, Liyana Jasmay, Fizo Omar, Bea Rameshan, Miza Azura, Kelvin Tan dan Rosyam semasa tayangan gala filem itu, malam tadi.

Seiring dengan hasratnya untuk menghasilkan filem bermutu, Rosyam telah menggunakan khidmat tenaga profesional untuk bekerja di belakang tabir pembikinan Isyarat Cinta.

Antaranya, Bade Haji Azmi yang bertanggungjawab sebagai pengarah dan Indra Che Muda yang bertindak selaku pengarah fotografi.

“Menerusi pembikinan Isyarat Cinta, saya bariskan tenaga-tenaga pakar dan ternama dalam bidang masing-masing kerana saya mahu hasilkan satu produk yang bukan drama TV yang ditayangkan di pawagam.

“Saya mahu hasilkan filem yang boleh membuatkan orang ramai membeli tiket untuk menontonnya di panggung.

“Kejayaan dua filem tahun ini iaitu Villa Nabila dan Suamiku, Encik Perfect 10! yang mencatat kutipan tinggi meyakinkan saya untuk memasarkan Isyarat Cinta ketika ini,” ujar Rosyam lagi.

Menonton penghujung Isyarat Cinta yang dirasakan boleh disambung lagi menerusi filem seterusnya, Mangga Online mengajukan pertanyaan sama ada Rosyam sudah ada perancangan ke arah itu.

“Ia bergantung kepada sambutan terhadap Isyarat Cinta ini. Jika ia begitu menggalakkan, mungkin ada plan untuk filem yang akan datang,” jawab Rosyam.

Filem Isyarat Cinta adalah terbitan RK Screen Sdn. Bhd., milik bersama Rosyam dan Datuk Dr. Kelvin Tan. Ia adalah filem kedua RK Screen, selepas filem Balistik yang ditayangkan awal tahun lalu.

Isyarat Cinta dibarisi oleh pelakon yang terdiri daripada Adi Putra, Liyana Jasmay, Fizo Omar, Ismail Yaacob, Bea Rameshan, Ku Fridah dan Miza Azura.

Filem ini berkisar tentang percintaan tiga segi yang melibatkan seorang wanita buta dengan lelaki bisu serta pekak dan seorang lelaki normal yang menjadi perantara di antara mereka berdua.

Filem romantik yang senarionya banyak berkisar di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands ini akan mula memasuki panggung pada 19 Mac ini.


1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 18-3-2015 01:18 PM
alaa, cite bang rosam pun bukan best sgt....
Quote dauswq 18-3-2015 01:21 PM
Filem ini berkisar tentang percintaan tiga segi yang melibatkan seorang wanita buta dengan lelaki bisu serta pekak dan seorang lelaki normal yang menjadi perantara di antara mereka berdua.


hmm sukar nk dpt kutipan tinggi ni
unless storylines/directing betul2 mantap..

tak pernah dgr cerita ni menang award festival mane2 sblm ni...
Quote caprut 18-3-2015 01:25 PM
aku rasa dri dlu lg cter melayu mmg x best. thun2 akhir cter melayu best msa layar lara smua tu je. cer kira da brapa thun dri skrg?
Quote bellaa 18-3-2015 01:27 PM
x pernah tgk cite melayu kat wayang selama aku hidup..

x berbaloi langsung..





Quote doubleA 18-3-2015 01:40 PM
iols suka filem aziz m. osman, tapi azura version neelopa tu hauk
Quote saaya 18-3-2015 01:48 PM
Kalau jalan cerita tak menarik, tak berbaloi jugak nak tengok... Lagi2 kalau pelakon pn berlakon macam hapa... Itulah dia kelemahan filem melayu
Quote monyet02 18-3-2015 02:07 PM
tak minat langsung tengok fizo berlakon
Quote Mr.Virus 18-3-2015 02:15 PM
macam sendu jah filem nya sape nak pergi tengok..baik tunggu dvd cetak rompak atau downlod free jah di internet
Quote oranjes 18-3-2015 02:25 PM
nama cite pun isyarat cinta..haihhhhhhhhhhhhhhh
Quote jerukkedondong 18-3-2015 04:47 PM
Isyarat cinta..?????..iols ingat ankel david teo punye pilem..abg losyam punyer kerr..
Quote weirdwaniey 18-3-2015 04:54 PM
Isyarat cinta ni best dak? Mcm menarik jgak org buta bcinta dgn org pekak
Quote tomet05 18-3-2015 05:10 PM
semoga menjadi formuka itu
Quote Aya_Osman 18-3-2015 05:19 PM
best ke citer nie..tgk iklan kat tv cam bese jek...nnti nak tgk bukak youtube jer la...kalo2 ade org upload...hihi...
Quote dino 18-3-2015 05:58 PM
dauswq replied at 18-3-2015 01:21 PM
hmm sukar nk dpt kutipan tinggi ni
unless storylines/directing betul2 mantap..

tunggu cite robohnya surau kami...

[youtube]pttZr_kLfTI[/youtube]

nmpk mcm best... pengarah bunohan

klau takat cite cintan cintun.... filem metrowealth.... mintak ampun la org nak p tgk... membazir je
Quote nashrudean 18-3-2015 06:00 PM
dgr tajuk ISYARAT CINTA pon rasa loya..lagi2 Fizo berlakon mmg x pndai belakon dia tuh..memek muka dia slalu salah di situasi yg salah...
Quote dino 18-3-2015 06:00 PM
doubleA replied at 18-3-2015 01:40 PM
iols suka filem aziz m. osman, tapi azura version neelopa tu hauk

aziz m osman ngan jengka... hope aziz buat comeback mcm zaman gemilang xxray dulu2....

Quote nashrudean 18-3-2015 06:02 PM
dino replied at 18-3-2015 05:58 PM
tunggu cite robohnya surau kami...

citer hantu ke ni?
sinematografi gempak mcm film2 besar Indon

Quote doubleA 18-3-2015 06:05 PM
dino replied at 18-3-2015 06:00 PM
aziz m osman ngan jengka... hope aziz buat comeback mcm zaman gemilang xxray dulu2....

khen? even filem puteri impian tu pun iols boleh layan lagi dari filem adnan sempit and what so ever metrowealth movies.
Quote albob90 18-3-2015 06:08 PM
doubleA replied at 18-3-2015 06:05 PM
khen? even filem puteri impian tu pun iols boleh layan lagi dari filem adnan sempit and what so ev ...

Puteri impian dah tahap legend.

Kalau tgk movie tu sekarang pun still lagi terhibur.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.336451 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top