CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Facebook On This Day – Memaparkan Memori Dan Kemaskini Anda

25-3-2015 01:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8770| Komen: 0

Description: Facebook Sebelum Ini Telah Menguji Fungsi Yang Lebih Kurang Sama Dengan Memperlihatkan Perkongsian Kita Dan Rakan-Rakan Pada Bahagian Tepi Laman Web Mereka, Tetapi Fungsi On This Day Dilihat Agak Berb ...
Facebook On This Day – Memaparkan Memori Dan Kemaskini Anda

Dengan perkembangan laman sosial dan perkongsian yang kita lakukan setiap hari, salah satu perkara yang kadang-kala kita ingin tahu adalah apa yang kita lakukan beberapa tahun lepas.

Terdapat aplikasi seperti TimeHop yang menawarkan fungsi seumpamanya, dan kini Facebook dilihat turut akan hadir dengan fungsi khusus pada laman sosial mereka untuk paparan sebegitu, dinamakan sebagai “On This Day”.

Facebook sebelum ini telah menguji fungsi yang lebih kurang sama dengan memperlihatkan perkongsian kita dan rakan-rakan pada bahagian tepi laman web mereka, tetapi fungsi On This Day dilihat agak berbeza dengannya.



Melalui On This Day, Facebook akan menyediakan sebuah halaman khusus yang hanya boleh diakses oleh kita, dan pengguna lain tidak boleh melihat apa yang kita lihat.
Melalui halaman berkenaan, anda boleh melihat pelbagai kemaskini status, gambar, kemaskini daripada rakan-rakan yang mana anda di tag, serta beberapa perkara berkaitan – yang berlaku pada tahun-tahun lepas pada tarikh yang sama.
Pengguna juga turut boleh membuat pilihan untuk menyunting atau memadam sesuatu perkongsian tersebut jika ia dianggap tidak relevan atau sebagainya.

Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat pada web dan aplikasi mudah-alih Facebook dalam masa beberapa minggu lagi.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan fungsi On This Day daripada Facebook ini?
                                                                                                                                                                                                        Sumber Rujukan: Facebook
kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.040921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top