CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hudud Boleh Hakis Hak-Hak Wanita

26-3-2015 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17297| Komen: 207

Description: “Kanun Jenayah Syariah (Ii) Di Kelantan Menggariskan, Wanita Tidak Boleh Menjadi Saksi. Seksyen 41 (1) Menyatakan, Setiap Saksi Hendaklah Muslim Lelaki Dewasa Yang Akil Baligh Dan Menolak Orang Bukan ...
Hudud boleh hakis hak-hak wanita – SIS

Ratna berkata, enakmen itu dilihat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, namun ia masih berlandaskan prinsip yang dinyatakan Nabi Muhammad S.A.W dan al-Quran.

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pindaan terhadap Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan, dengan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud, hanya akan menghakis hak-hak wanita.

Perkara itu ditegaskan Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Ratna Osman yang menyatakan, enakmen tersebut dilihat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Namun, ia masih berlandaskan prinsip yang dinyatakan Nabi Muhammad S.A.W dan al-Quran.


Beliau bagaimanapun bimbang dengan enakmen yang bercanggah Perkara 8 (2) mengenai kesaksamaan gender.

“Kanun Jenayah Syariah (II) di Kelantan menggariskan, wanita tidak boleh menjadi saksi. Seksyen 41 (1) menyatakan, setiap saksi hendaklah Muslim lelaki dewasa yang akil baligh dan menolak orang bukan Islam sebagai saksi.

“Bagaimana jika jenayah itu disaksikan hanya wanita bukan Islam atau Muslim? Adakah tertuduh kemudian dibebaskan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Memetik kisah Dr Nik Noriani Badli Shah yang merupakan ulama SIS, Ratna berkata, wanita itu kehilangan saksi dalam kes hudud dan qisas (pembalasan) yang dihadapinya.

Nik Noraini dalam kertas kerjanya ‘Man-Made Codifications hudud’ pada 2002 telah menulis satu contoh berkaitan kes seorang gadis dirompak dan wanita yang dirogol seorang lelaki tidak diketahui.

“Sebagai contoh, terdapat kes di mana Rasulullah S.A.W menerima bukti seorang wanita, apabila seorang gadis yang telah dirompak dan dipukul teruk dan seorang wanita yang telah dirogol oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam perjalanan ke masjid untuk solat subuh, seperti yang diriwayatkan Abu Daud dan Tirmidzi, ” tulis Nik Noraini.

Beliau turut menyatakan, isteri Khalifah Uthman merupakan satu-satunya saksi yang melihat pembunuhan suaminya.

Tiada apa-apa bantahan yang dibangkitkan, sekiranya tiada saksi lelaki, permintaan bagi qisas tidak dapat dipertahankan.

Ratna berkata, hukuman di bawah Seksyen 17 (2) enakmen terhadap qazaf (tuduhan palsu zina atau liwat) adalah bertentangan qazaf dalam al-Quran.

Seksyen ini menyatakan, seseorang yang dituduh berzina atau meliwat adalah tertakluk kepada hukuman 80 sebatan, melainkan dia didakwa merogol dan boleh mengemukakan empat saksi lelaki untuk perbuatan itu.

Tambah Ratna lagi, Seksyen 19 (1) ada menyatakan, seorang suami boleh membuat tuduhan zina secara bersumpah terhadap isterinya, tetapi peruntukan sama sudah menjadi sebaliknya.

“Adakah Ahli Parlimen PAS berfikir bahawa, hanya seorang isteri boleh melakukan zina dan tidak bagi seorang suami?

“Hukuman bagi seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan enggan mengangkat sumpah boleh dikenakan 80 sebatan, di bawah qazaf, tetapi jika isteri yang disabitkan atas jenayah zina, ia tertakluk pula kepada hukuman rejam sampai mati,” katanya.

Ratna mengulangi, ketegasan SIS dalam menyuarakan perkara tersebut terhadap rang undang-undang yang dipinda itu akan menimbulkan ketidakadilan, apabila ia dikuatkuasakan.

“Sehingga hari ini, kami mencari justifikasi PAS yang menyokong hudud, tetapi ia dilihat tidak meyakinkan, malah membimbangkan.

“Kami memahami bahawa dalam konteks Malaysia, isu hudud sudah menjadi satu bahan politik.

“Bagaimanapun, kami menekankan bahawa, hudud perlu tertakluk kepada penelitian ketat dan undang-undang lain yang dibuat atas nama ‘Islam’, ” ujarnya.

12

Bagus
10

Marah
25

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 26-3-2015 09:39 AM
bab hudud semua tak leh terima..bab law mat salleh tak basuh berak...semua kata undang2 bagus...cilaka punya manusia
Quote FanTasyCreaTioN 26-3-2015 09:42 AM
Terimakasih yang bukak thread ni
adik cuma nak lepak sini sambil bacer2 komen2 nanti
suka bacer komen2 yang berilmiah tanpa carutan dan emosi melampau atau serangan pribadi



Quote Toppaz 26-3-2015 10:01 AM
Heran aku napa most of them smua nak tolak hudud.. apa yg dorg takut sangat kalu ada undang2 hudud? bagus lah tu kalu pencuri yg mencuri kena potong tangan. Kalu tak buat jenayah buat apa nak takut undang2 hudud, ke takut kena potong tangan jugek...?
Quote axl_bach 26-3-2015 10:22 AM
satu argumentasi yg bagus, isu persaksian wanita ini sebenarnya suatu yg amat perlu diberi perhatian oleh ilmuwan agama....

jika benar terdapat kes persaksian isteri khalifah dalam kes rompakan seperti yg dinyatakan dlm artikel di atas maka memang perlu dikaji sedalam2nya ijtihad terdahulu berkenaan saksi wanita ini....

semoga usaha memantapkan lagi perundangan Syariah berjalan dgn jayanya insyaallah
Quote amira_safia 26-3-2015 10:31 AM
aku rasa SIS ni bukan tolak hudud tapi cara perlaksanaannya dan ada betul juga apa yang SIS utarakan ...
Quote cipOt_cedOt 26-3-2015 10:32 AM
Edited by cipOt_cedOt at 26-3-2015 10:34 AM

Agree ngan what SIS say...

Syarat menjadi saksi
41. (1) Tiap-tiap saksi yang memberi syahadah hendaklah terdiri
daripada seorang lelaki Islam yang aqil baligh dan adil.
(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika dia menunaikan apaapa
yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar
serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga menjaga al-muruah
iaitu menjaga maruah diri.
(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga dibuktikan
sebaliknya.

peruntukan ini menolak pengsaksian daripada wanita islam dan juga saksi bukan islam AT ALL...
walaupun mereka nampak dengan jelas dan tanpa ragu-ragu pengsaksian mereka tetap tidak akan boleh diterima pakai di mahkamah syariah Kelantan nanti mengikut peruntukan dalam Perkara 41: Syarat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dalam kanun ini...
Quote atira 26-3-2015 10:33 AM
undang2 mat saleh semua terima??
sapa kata?
sentiasa undang2 sekular kapiaq tu di cabar.. dipinda.. dimansuh.. dll
bila ada yg nak cabar RUU hudud... terus kene sumpah utk dibunuh dan dirogol
Quote Loxlaxman 26-3-2015 10:40 AM
ifanonline replied at 26-3-2015 09:39 AM
bab hudud semua tak leh terima..bab law mat salleh tak basuh berak...semua kata undang2 bagus...cila ...

Ratna ni andartu ke Ipan?
Quote ifanonline 26-3-2015 10:40 AM
ok lah..for the sake of discussing, lets look into SIS punya argument...di malaysia, tak sesuai utk hudud sebab ade bangsa cina dan india...malaysia pun dah ade 2 legal system, civil law dan shariah law...

di dunia, negara mane yg maju apabila implementasi hukum hudud? setakat ni, negara2 islam yg miskin shj implement hudud...itu pun depa leh implement sebab almost majority of them are muslims...tiada bangsa2 lain di negara depa...

kalau di malaysia, if the chinese and indians are minorities, maybe we can implement hudud, until then, keadaan sekarang amatlah tidak sesuai disebabkan melayu muslim pun cam haramjadah...camner bangsa lain nak respek?
Quote GhostWalking 26-3-2015 10:45 AM
Satna aku highlight dulu point2 depa
Quote kecimpret 26-3-2015 10:48 AM
Ada logik gak ulama SIS ni cakap
Quote abangbikerz 26-3-2015 10:49 AM
cipOt_cedOt replied at 26-3-2015 10:32 AM
Agree ngan what SIS say...

Syarat menjadi saksi

syarat yg mengarut giler.

ada org islam yg baik ada org islam yg jahat.
ada org bukan islam yg baik ada org bukan islam yg jahat.

so kenapa non muslim yg baik xleh jadi saksi???

stupidity at the highest level
Quote axl_bach 26-3-2015 10:52 AM
amira_safia replied at 26-3-2015 10:31 AM
aku rasa SIS ni bukan tolak hudud tapi cara perlaksanaannya dan ada betul juga apa yang SIS utarakan ...

yup, argumentasi dia jelas di situ iaitu ISU PERSAKSIAN WANITA bagi kes jenayah HUDUD.......patut skang nih adalah fasa bagi pihak yg ingin melaksanakan HUDUD mengambil kira pandangan semua pihak berkenaan isu ini, demi penambahbaikan perlaksanaannya....bukan kalo org kritik jer dilabel ANTI-HUDUD, menentang hudud bagai..........

mungkin ada yg jelas mengenai pensabitan LELAKI SAHAJA sebagai saksi, sbb aku cuba gugel x jumpa plak artikel nak dijadikan sumber rujukan bagaimana ulama terdahulu istinbat hukum LELAKI SAHAJA sebagai saksi untuk kes sedemikian...

mungkin perlu dilihat pelbagai perkara yg dipengaruhi peredaran masa seperti liputan ilmu terhadap wanita, keluasan lingkungan pengaruh wanita dlm masyarakat di mana di zaman dahulu wanita tidak terdedah kepada sosioekonomi dan juga ilmu seperti sekarang...

mungkin faktor2 yg demikian bleh diambil kira oleh ulama agamawan masa kini dlm membuat ijtihad baharu

wallahualam
Quote axl_bach 26-3-2015 10:56 AM
cipOt_cedOt replied at 26-3-2015 10:32 AM
Agree ngan what SIS say...

Syarat menjadi saksi

yup, mmg kena amik berat pandangan dan kritiak SIS dlm isu nih....sudah2 laaa mainkan AKU LEBIH TAHU KAMU DIAM JANGAN BERSUARA dan dengar pandangan dari semua pihak agar implimentasi hukum yg hendak dijalankan tidak menjada cacamarba

Quote lkick2113 26-3-2015 11:15 AM
dulu pon masa draft hudud terengganu dibentangkan SIS pon penah bangkang dimana kalau seorang wanita itu mendakwa dia dirogol, dia kena membuktikan dgn membawa 4 org saksi...jika tak dapat bawak saksi dia akan dikenakan qazaf.......masa tu Hj. Hadi jawab "manusia jgn tunjuk pandai ini hukum Allah"

Quote jengkoil 26-3-2015 11:23 AM
Kalau tak cukup 4 saksi...pesalah akan dibicarakan mengikut undang-undang sivil..bukan dilepaskan...

Betul ke bohong?
Quote cipOt_cedOt 26-3-2015 11:28 AM
axl_bach replied at 26-3-2015 10:56 AM
yup, mmg kena amik berat pandangan dan kritiak SIS dlm isu nih....sudah2 laaa mainkan AKU LEBIH TA ...

aku tatau la samada masa kerajaan PAS Kelantan draft pindaan terhadap kanun ni ada atau tak mereka merujuk terlebih dahulu dengan dewan Muslimat PAS sebab kalau ada aku tak rasa Dewan Muslihat PAS terlepas pandang peruntukan akta ni...
dalam Majlis Syura Ulamak PAS ada 2 org wakil Muslimah iaitu Ustazah Wardah Tahir dan Ustazah Nadzirahhh Mohamad... takan la tak perasan kot perkara ni...


dalam Dewan Ulamak plak memang takde wakil Muslimah dalam tu... satu penambah-baikkan perlu dibuat oleh PAS iaitu mengangkat martabat wanita untuk menjadi anggota Dewan Ulamak...


Ulamak tak semestinya lelaki... perempuan yang berilmu juga tak ada bezanya dengan wanita...
Quote axl_bach 26-3-2015 11:42 AM
jengkoil replied at 26-3-2015 11:23 AM
Kalau tak cukup 4 saksi...pesalah akan dibicarakan mengikut undang-undang sivil..bukan dilepaskan... ...

terlepas HUDUD bermakna akan dibicarakan dibawah Ta'zir

Quote kecimpret 26-3-2015 11:43 AM
lkick2113 replied at 26-3-2015 11:15 AM
dulu pon masa draft hudud terengganu dibentangkan SIS pon penah bangkang dimana kalau seorang wanita ...

astaga!!..kelas tul jawapan hj hadi...mau terdiam terus wakil SIS tu takut nnt dituduh menentang Allah plak

Lihat semua komen(207)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071479 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top