CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Wechat Memperkenalkan Werewards Di Malaysia

26-3-2015 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4284| Komen: 0

Description: Untuk Mendapatkan Mata Ganjaran, Ia Adalah Amat Mudah. Pengguna Wechat Hanya Perlu Menggunakan Aplikasi Berkenaan Dalam Membuat Panggilan Suara Atau Video Selama 60 Saat, Dan Mereka Akan Menerima Mata ...
WeChat Memperkenalkan WeRewards Di Malaysia – Membolehkan Pengguna Kumpul Mata Ganjaran Dan Tukar Hadiah

WeChat, perkhidmatan permesejan terkemuka dari tanah besar China hari ini telah memperkenalkan satu lagi fungsi baru untuk para pengguna tempatan, iaitu WeRewards. WeRewards, seperti pada namanya memfokuskan kepada pengumpulan mata ganjaran, dan pengguna boleh mengubah mata ganjaran yang terkumpul ke bentuk hadiah menarik daripada beberapa rakan kerjasama.



Kempen WeRewards ini hanya disediakan untuk tempoh sebulan sahaja, iaitu sehingga 25 April kelak, dan pengguna boleh mengubah mata ganjaran terkumpul kepada baucar dan barangan daripada Huawei, Chatime, GrabTaxi, MCash, dan juga Zalora.

Untuk mendapatkan mata ganjaran, ia adalah amat mudah. Pengguna WeChat hanya perlu menggunakan aplikasi berkenaan dalam membuat panggilan suara atau video selama 60 saat, dan mereka akan menerima mata ganjaran sebanyak 3 mata setiap hari. 


Antara perkara yang boleh ditebus melalui WeRewards ini adalah termasuk baucar RM30 untuk pembelian di VMall, diskaun sehingga RM10 untuk GrabTaxi, baucar RM50 di Zalora dan beberapa mata ganjaran yang lain.

kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040413 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top