CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Chef Nik Rancang Nak Kahwin

26-3-2015 06:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34358| Komen: 100

Description: Menerusi Gambar Berkenaan Turut Ditulis Keterangan: "Selamat Ulang Tahun, Cintaku. Hanya Sedikit Masa Lagi Sebelum November Menjelma Dan Kita Akan Meraikan Cinta Ini Ke Peringkat Yang Lebih Serius. ...
Chef Nik Rancang Nak Kahwin

NIK Michael Imran memuat naik gambarnya bersama Nadiah Shahril. - Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Lewat tengah malam beberapa hari lalu, chef selebriti, Nik Michael Imran ada memuat naik gambarnya di laman Instagram bersama seorang wanita bernama Nadiah Shahril yang diakui sendiri oleh dirinya sebagai kekasih hati.


Menerusi gambar berkenaan turut ditulis keterangan: "Selamat ulang tahun, cintaku. Hanya sedikit masa lagi sebelum November menjelma dan kita akan meraikan cinta ini ke peringkat yang lebih serius. Saya cinta awak."

Tulisan itu membayangkan bahawa Nik akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi pada bulan November depan. Hal itu disahkan sendiri Nik yang dihubungi BH Online. Tetapi semuanya masih dalam perancangan dan diharapkan Nik dipermudahkan segala-galanya.

"Insya-Allah, ya kami akan melangsungkan pernikahan bulan itu," katanya yang agak segan berkongsi kisah peribadi pada skala lebih besar kerana menyifatkan diri beliau bukan artis popular tetapi hanya chef selebriti.

Bagaimanapun usaha BH Online untuk memujuk Nik berkongsi serba sedikit kisah cintanya itu berjaya. Nik sebenarnya sudah bertunang dengan Nadiah sejak November tahun lalu. Cuma dia tidak terlalu menggembar-gemburkannya.



CHEF selebriti, Nik Michael Imran. - Foto Nurul Shafina Jemenon



CHEF selebriti, Nik Michael Imran. - Foto Nurul Shafina Jemenon


"Tapi ada juga saya menyebutnya namanya dengan merujuk dia sebagai tunang di laman Instagram sebelum ini. Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya.


"Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya. Dia kini masih menuntut dalam bidang seni bina di London. Memang perancangan asal pun dan persetujuan keluarga untuk kami bertunang dalam tempoh setahun," katanya yang pernah menjadi juri program permainan hiburan masakan, Kan Cheong Kitchen di 8TV.


Ditanya mengenai perkembangan kerjayanya, pemilik restoran Picknik beroperasi di Publika, Solaris Dutamas itu seperti biasa sibuk dengan rutin sehariannya sebagai chef. Menurut Nik, ada beberapa tawaran program masakan yang sedang dipertimbangkannya.


[size=0.8em]CHEF selebriti, Nik Michael Imran. - Foto Nurul Shafina Jemenon


"Kalau jadi seperti dirancang, saya akan terbabit dengan sebuah program bagi saluran Asian Food Channel. Saya akan ke Singapura untuk membincangkan hal ini tak lama lagi," katanya yang pernah mengacarakan program Aussie Mari, Helo Bro...Tolong Masak!, Dapur Panas, Tea Twist untuk Asian Food Channel, Makmal Masak dan program masakan dan bergelar juri untuk program Bikin Panas di TV9.

Biar masih hijau di arena pengacaraan, beliau pernah dicalonkan dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular bersaing dengan Datuk AC Mizal, Johan, Nabil Ahmad dan Zizan Razak pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 yang lalu.

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aya_Osman 26-3-2015 03:35 PM
untunglaaa sape jd bini dia...chef kot...femes lak tu...ensem...full pekej...untungla dik ooii...
Quote damian_lee 26-3-2015 03:36 PM
Aya_Osman replied at 26-3-2015 03:35 PM
untunglaaa sape jd bini dia...chef kot...femes lak tu...ensem...full pekej...untungla dik ooii...:lo ...

untunglah kan .... masing2 meraung gitu ,,,,
Quote azie.dz 26-3-2015 03:44 PM
damian_lee replied at 26-3-2015 03:36 PM
untunglah kan .... masing2 meraung gitu ,,,,

merecik jugak
Quote pjade 26-3-2015 03:48 PM
Family pun kalangan ado-ado khen...
Quote Lorra2411 26-3-2015 03:48 PM
wahhh, doakan yang terbaik jah. congratulations in advance
Quote outcast 26-3-2015 03:49 PM
dh tunang dah ..
Quote miabebe 26-3-2015 03:51 PM
Luluh hati nehhhhh
Quote damian_lee 26-3-2015 03:54 PM

selain dia and anak chef wan ... sapa lagi new faces chef ehef? ..
kalau wanita si anis sapa ntah nama dia ...

yang lain me tak kenal ..

nik ni haruslah di rembes maklumlah koskesen ... tp dia berisi sikit ...
Quote eyeNa07 26-3-2015 04:03 PM
damian_lee replied at 26-3-2015 03:54 PM
selain dia and anak chef wan ... sapa lagi new faces chef ehef? ..
kalau wanita si anis sapa ntah ...

chef zamir..yg menang masterchef allstar tu
Quote Incanto 26-3-2015 04:08 PM
dia pun untung
dapat bini kayoo
bakal pak mertua Tan Sri Shahril Shamsudin ( Sapura Holdings) antara 20 org terkaya di Malaysia
Quote jayzzie 26-3-2015 04:19 PM
Iols lepak picknick dulu ade awek kokosen jugakkk rambut panjang tp muke sombong, iols bajet dielah awek chep nick ghupenye nehi!

Happy kawen in advance nik!
Quote damian_lee 26-3-2015 04:23 PM
eyeNa07 replied at 26-3-2015 04:03 PM
chef zamir..yg menang masterchef allstar tu

dia pun kenai ... tp dia x femez sangat as Nik ....
Quote miabebe 26-3-2015 04:27 PM
damian_lee replied at 26-3-2015 03:54 PM
selain dia and anak chef wan ... sapa lagi new faces chef ehef? ..
kalau wanita si anis sapa ntah ...

Bhahahahahaha

Mia tatau la.... Sama la dgn mia...mia tahu chef tu je...tp chef nik ni mia xbape nk rembes....tatau nape...hihihi
Quote lil_honey 26-3-2015 04:32 PM
kaki gamers..ahaha..
Quote kinakoyuki 26-3-2015 04:36 PM
laju je jejari klik benang ni sbb terbaca CHEF WAN

ok esok tambah power spek
Quote elmen 26-3-2015 04:40 PM
motif ade translation dlm bahasa? geliiii pulak bacanye.. hahaha
Quote damian_lee 26-3-2015 04:45 PM
miabebe replied at 26-3-2015 04:27 PM
Bhahahahahaha

Mia tatau la.... Sama la dgn mia...mia tahu chef tu je...tp chef nik ni mia xbape ...

ni orang kata cheff paling rembes, kas untuk mia punya halwa mata:
Todd English


Jean Christophe Novelli


Ludo


Michael Chernow


Rocco DiSpirito


Chef Wan


Jaafar On


Quote aya_D'Brutal 26-3-2015 05:05 PM
Incanto replied at 26-3-2015 04:08 PM
dia pun untung
dapat bini kayoo
bakal pak mertua Tan Sri Shahril Shamsudin ( Sapura Holdings) anta ...

perghhh..anak owner sapura....
Quote rosmahisham 26-3-2015 05:06 PM
gmbo jakpo onn  mandi dlm bath tub ni x blah ha ha..chef merembes ker? ha ha

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052831 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top