CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ajak Shiro Dapat Baby Girl!!!

26-3-2015 06:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17072| Komen: 57

Description: Tahniah! Isteri Ajak Shiro Telah Pun Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Tepat Pada Jam 1 Petang, 25 Mac 2015. Alhamdulillah Segala Urusan Berjalan Dengan Lancar Walaupun Sempat Juga Kami Membaca Kapsye ...


TAHNIAH! Isteri Ajak Shiro telah pun selamat melahirkan bayi perempuan tepat pada jam 1 petang, 25 Mac 2015. Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar walaupun sempat juga kami membaca kapsyen yang sangat menyayat hati menerusi post Ajak di laman Instagramnya.

Bayi perempuan mereka ini merupakan cahaya mata yang ketiga buat pasangan ini selepas Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif. Apa yang menariknya ketiga-tiga anak Ajak Shiro dilahirkan pada tarikh yang sama bermula 25 Mac 2010, 25 Mac 2013 dan terbaru 25 Mac 2015.

Sungguh bermakna tarikh 25 Mac ini buat pasangan Ajak dan isteri. Kat sini kami ingin berkongsi post Instagram Ajak yang sudah pasti membuatkan setiap pembaca terutama golongan wanita bergenang air mata. Mana taknya, betapa prihatin dan memahaminya seorang suami terhadap segala pengorbanan isteri. Jelas membuktikan betapa Ajak menyayangi dan menghargai isterinya.


“Sy cuma nk berkongsi perasaan ikhlas saya bila sy tgok wajah dia.. Dia minta nak baring atas peha.. Katanya lebih selesa..Sy sedih sgt rasa bila tgok muka isteri saya mcmni.. (ISTERI) mudah disebut tapi xsemua sedar apa mksdnya.. Ia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jam kerjanya tak berbatas. Ia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak berangkat sekolah, ketika pakaian kering di jemuran ia akan mengangkatnya dan menyetrika dengan rapi… Ketika kita complain masakan dia xsedap.. Dia akan cuba bljr dari siapapon utk cuba hidangkan makanan yg sedap utk suami.. Meski laki-laki tak paham benar, tapi Allah Maha Mengerti, karena itulah ia memberi reward pada pengorbanan perempuan. Bagi yang meninggal karena melahirkan anak, Tuhan langsung memberinya syurga. Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka silahkanlah ia masuk surga dari pintu mana saja ia suka. Mulialah wanita shalihah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di syurga. Kemuliaan wanita shalihah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah”. Sebagai suami baba doakan yg terbaik utk ibu… Jauh dalam sudut hati.. Baba doakan Allah akan janjikan syurga utk ibu nanti… Kerana ibulah isteri terbaik tanpa ibu sedar.. @afifahamin #doakandia #akukalah #sayaajakdansayatidaksombong”

Sayu hati baca kapsyen bermakna ini. Wahai kaum lelaki ataupun suami, ketahuilah memang benar segala apa yang dinyatakan oleh Ajak Shiro. Begitulah rutin harian seorang isteri bagi menjamin keluarga bahagia. Oleh itu, janganlah sesekali melukakan hati kaum isteri dengan perbuatan-perbuatan yang tidak masuk akal.


*Detik-detik sebelum isteri Ajak Shiro melahirkan anak mereka yang ketiga

Kami mendoakan agar rumah tangga Ajak Shiro akan bertambah bahagia dengan kehadiran insan baru serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, Amin.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote girly.. 26-3-2015 05:02 PM
alahai... suwitnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr  
Quote aya_D'Brutal 26-3-2015 05:02 PM
wahhh..semua 25 mac..bestnyer..sekali harung sambut hari lahir...
tahniah ajak..tahniah isteri ajak...pompuan pulak tu..
Quote lady_rara 26-3-2015 05:08 PM
mata masuk habuk lak baca kapsyen ig ajak...
Quote EXLESSIA 26-3-2015 05:10 PM
kebetulan yang sangat best

Quote cammie1711 26-3-2015 05:14 PM
tahniah..
moga menjadi ayah & suami yg terbaik juga...
sila pegang kata2 anda hingga hujung nyawa yer..
Quote miabebe 26-3-2015 05:19 PM
Ok miabebe nk hubby mcm ajak shiro pulak la
Quote xtahumenahu 26-3-2015 05:21 PM
tahniah ajak...semoga boleh jadi bapa yang baik...n berjaya bimbing anak2
Quote MistrezHermanaz 26-3-2015 05:25 PM
syukur melahirkan ketiga2 nye tepat 25 mac..betul2 amazing..tahniah ajak
Quote myakayina 26-3-2015 05:30 PM
Tahniah Ajak and wife..
Quote enncy 26-3-2015 05:31 PM
tahniah....
Quote doubleA 26-3-2015 05:39 PM
3-3 anak 25mac? bestnya.

tahniah!
Quote LiveYourLife 26-3-2015 05:45 PM
tahniaH...
Quote mixed 26-3-2015 05:59 PM
sebak baca sweet sgt

taniah ajak

mohon sharul shiro insaf baca caption ajak tu
Quote cmf_premierleag 26-3-2015 06:02 PM
caption yg ditulis oleh ajak ni haruslah membuatkan akak2 gemuk tudung fareeda muka berminyak berangan nak dpt somi ala2 mcm ni
*montahhhhhhh*
Quote miabebe 26-3-2015 06:09 PM
Cm lawa pulak Bini bye time pakai bj kunen tu
Quote awanearisu 26-3-2015 06:57 PM
tahniah ajak dan isteri
seronoknya adik-beradik dapat sambut hari lahir pada tarikh yang sama, malah no. digit kedua hingga keenam MyKid pun sama
Quote Felycya 26-3-2015 08:27 PM
cmf_premierleag replied at 26-3-2015 06:02 PM
caption yg ditulis oleh ajak ni haruslah membuatkan akak2 gemuk tudung fareeda muka berminyak berang ...

Hahahahahahahaa...

Tepat sekali....
Quote Felycya 26-3-2015 08:29 PM
Tahniah ajak dan isteri.

Semua sambut birthday pada hari/kek
Yg same, seronoknye...
Quote de_ikea 26-3-2015 08:30 PM
So sweet. Tahniah utk ajak n isteri. Moga terus terusan begini.

Terror la ajak n wife plan. Lg terror, Maha yg menjadikan segalanya

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.127027 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top