CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Mohd Daud Mckienzie pilihan hati Lana Nordin

27-3-2015 11:10 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6881| Komen: 3

Description: Mohd Daud McKienzie atau sebelum ini dikenali sebagai David McKienzie merupakan pilihan hati Lana Nordin.


LadyLista - Mohd Daud McKienzie atau sebelum ini dikenali sebagai David McKienzie merupakan pilihan hati Lana Nordin. Jejaka berasal dari Amerika Syarikat ini dipilih Lana kerana pengetahuan mendalam jejaka tersebut terhadap Islam.

Bakal mendirikan rumahtangga pada 15 Mei ini di Hotel Istana Lana menambah David tidak merokok dan tidak gemar untuk bersosial. Selain itu, perkahwinan mereka ini dipercepatkan kerana Lana mahu ikatan mereka dihalalkan dan senang untuknya bergerak ke mana-mana bersama David selepas ini.

“Semasa di awal perkenalan kami saya sudah menegaskan kepadanya bahawa sekiranya dia ingin mengahwini saya dia perlu menukar agamanya. Bagaimanapun saya pula yang terkejut kerana dia mengetahui perkara itu selain memberikan penjelasan lain tentang Islam dan membuatkan saya terpaku dengannya,” ujar Lana Nodin ketika ditemubual media.


Sementara itu, Lana memberitahu akan meninggalkan karier lakonan sekiranya perlu berbuat sedemikian kerana ingin memberikan keutamaan pada bakal suaminya itu kelak. Malah mungkin akan mengembangkan karier lakonannya di Hollywood.

“Saya mungkin akan kembangkan karier lakonan saya di Amerika Syarikat sekiranya berpeluang kerana David juga mempunyai kenalan yang bekerja dalam bidang perfileman Hollywood. David bercadang mahu memperkenalkan saya dengan rakannya menguruskan agensi pencarian bakat kepada pelakon-pelakon baru untuk bertapak di Hollywood”

“Apapun semua itu bergantung pada rezeki, katanya mengakui akan berbulan madu di Seth, Amerika Syarikat,” tambahnya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote krustykrab 14-4-2015 11:43 AM
tak berapa nampak mcm mat salleh...mcm asian je muka die
Quote archer13 5-4-2015 01:41 PM
tahniah lana & future hubby :)
Quote giyomi 27-3-2015 03:21 PM
hurm mckenzie atlilt khennn...mesti satu hari dua tiga round...ehhh idok lar (iklan terlajak laris lar plak)

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040199 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top