CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Flickr Tab – Memaparkan Gambar Menarik Dari Flickr Pada Tab Baru Chrome

30-3-2015 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3790| Komen: 0

Description: Terdapat Pelbagai Pemalam Khusus Untuk Chrome Yang Mengubah Halaman Tab Baru, Dan Menjadikan Ia Lebih Menarik Dan Produktif. Terkini, Pihak Flickr Sendiri Dilihat Hadir Dengan Sebuah Pemalam Khusus Un ...
Flickr Tab – Memaparkan Gambar Menarik Dari Flickr Pada Tab Baru Chrome

Terdapat pelbagai pemalam khusus untuk Chrome yang mengubah halaman tab baru, dan menjadikan ia lebih menarik dan produktif. Terkini, pihak Flickr sendiri dilihat hadir dengan sebuah pemalam khusus untuk pengguna Chrome, dinamakan sebagai Flickr Tab.

Flickr Tab membolehkan pengguna mengubah paparan tab baru pada Chrome dengan menarik pelbagai gambar-gambar menarik daripada Flickr dan paparkannya dalam bentuk paparan penuh pada tab baru Chrome.


Pengguna juga turut boleh berinteraksi dengan gambar, dimana dengan klik pada nama pemilik gambar, ia akan membuka halaman Flickr dan memaparkan lebih banyak gambar daripada seseorang pemilik berkenaan.

Bagi anda yang sering menggunakan Google Chrome, dan ingin melihat gambar baru setiap kali membuka tab baru di pelayar web anda, mungkin Flickr Tab dapat membantu anda.

kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.232961 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top