CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kes Dadah: Benjy Berdepan Hukuman Gantung

30-3-2015 12:36 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 36509| Komen: 171

Description: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit den ...


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”

“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.


Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.

4

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 30-3-2015 10:18 AM
Nak pindah2 makmal pulak, memang cita2 nak jadi saintis tak jadi gamaknya si benjy ni.
Quote talapia 30-3-2015 10:19 AM
terus nak cakap padan muka kau. kesian arwah mak kau beriya2 backup kau dulu. sia2..
Quote wookiehoney 30-3-2015 10:20 AM
tak serik2 ke..

hummmmm
Quote rayna_raynes 30-3-2015 10:21 AM
hensemnya benjy bila dah kurus ni
cam zaman aku dok gila ke dia dulu2

bila gemok benjy nampak tua
la ni la baru hensem sikit
Quote eLiaD 30-3-2015 10:22 AM
Mendadah 24 jam..tu pun ade yg pnggil dia 'aktor'..
Quote kakasotong 30-3-2015 10:25 AM
Mmg cita2 nak jd saintis kot, pasal tu siap buat makmal main pindah2 lg nak jalankan eksperimen dgn lebih berkesan

Mak meols baru kata kelmarin benjy ni mmg akan kena hukuman gantung mandatori. Tup2 keluar berita pasal ni harini.

Meols hanya sekadar mampu bersimpati sajork. Nak padan kan muka nampak mcm kejam plak. Tp ekceli selayaknyalah kan sbb berkali2 kena cekup tetap x inshof. Org2 mcm ni mmg patut di kasik pengajaran biar dia ingat.
Quote azie.dz 30-3-2015 10:25 AM
tak kesian kat mak dia sungguh dia ni...

adoi la...kan dah berdepan ngan hukuman gantung..
Quote zameyla 30-3-2015 10:26 AM
sayangnya...dah berlakon elok2...hurm...
Quote katakau 30-3-2015 10:26 AM
alamak..iols da terbukak tred yg sama..bole delete ker?..hehe..
Quote SenahMontanah 30-3-2015 10:26 AM
katakau replied at 30-3-2015 10:26 AM
alamak..iols da terbukak tred yg sama..bole delete ker?..hehe..

delete cpt sblom org reply
Quote Lorra2411 30-3-2015 10:27 AM
benjy pelakon yang memang berbakat. mewarisi bakat bondanya. tapi sayang, terjerumus dalam dadah. sayangnya bakat dipersiakan. teringat masa kes dia sampai arwah azean backup gila-gila punya. sanggup turun naik mahkamah. ya Allah.
Quote cammie1711 30-3-2015 10:34 AM
bagus la..berapa byk lg manusia kau nak rosakkan atas bumi ni. Selayaknyalah. Aku lebih kesian kt ahli keluarga kau
Quote katakau 30-3-2015 10:34 AM

cane nak delete kaka?..iols tak jumpa pon..
Quote sponges 30-3-2015 10:37 AM
ops dah ter reply thread yg lagi satu
Quote SenahMontanah 30-3-2015 10:37 AM
katakau replied at 30-3-2015 10:34 AM
cane nak delete kaka?..iols tak jumpa pon..

tekan edit, delete
Quote fire_place 30-3-2015 10:40 AM
kakasotong replied at 30-3-2015 10:25 AM
Mmg cita2 nak jd saintis kot, pasal tu siap buat makmal main pindah2 lg nak jalankan eksperimen dgn  ...

Ada baca kat ci ke mana
Benjy ni mmg pelajar science stream kn..
Cemerlang kimia ke apa gitu.
Gakny cita2 jd scientist xtercapai. Dia jd scientist dadah yg mana cepat kaya.

Dan scientist dadah ni leh operasi kat mana2 je.termasuk dlm bilik hotel.ni mcm yg tjadi kat filipin..scientist dr china dtg proses syabu dlm bilik hotel.mak aku ckp nak proses syabu ni bukan sebrgan org.mmg ada kepakaran kimia.perosak gini mmg layak hukum tembak sampai mati je patutny.
Quote irdina 30-3-2015 10:43 AM
haih... kesian kat arwah mama dia yg bersungguh2 pertahankan dia.
naik turun court kata dia tak salah.
ko tengok sekarang... apa dah jadi...
benjy.. benjy... tak serik ke ko?
Quote meklin 30-3-2015 10:44 AM

dulu arwah maknya sampai minta tolong ayah sebenar si benjy ni demi nak lepaskan anak. terpaksa buka pekung didada. Tak juga nko nak insaf benji.
Daripada merosak ramai lagi anak bangsa lebih baik saja lah nko masuk dalam ..
Quote katakau 30-3-2015 10:49 AM

da ade org komen da kaka..nway, tq ajarkan..

Lihat semua komen(171)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050759 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top