CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

The Doctor Juarai Motogp Qatar

30-3-2015 03:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3861| Komen: 0

Description: Legenda MotoGP Valentino Rossi membuktikan beliau masih miliki teknik pemanduan yang cukup mantap apabila menjuarai perlumbaan pertama MotoGP musim ini di Litar Losail, Qatar. Bermula dipetak k ...
The Doctor Juarai Motogp Qatar



Legenda MotoGP Valentino Rossi membuktikan beliau masih miliki teknik pemanduan yang cukup mantap apabila menjuarai perlumbaan pertama MotoGP musim ini di Litar Losail, Qatar.

Bermula dipetak ke-8 pelumba berusia 36 tahun itu mempamerkan pemanduan yang cukup agresif sebaik pelumba dilepaskan.

Kemenangan ini merupakan kali ke 83 buat pelumba Itali itu dan Rossi tidak mampu menyembunyikan keterujaannya sebaik naik ke podium.

Pelumba jentera Ducati Team, Andrea Dovizioso merangkul tempat ke-2 manakala rakan sepasukannya Andrea Iannone menduduki tempat ke-3.

Musim 2015 merupakan tahun ke 20 buat Valentino Rossi dalam arena MotoGP dan walaupun telah mencatat nama sebagai 9 kali juara dunia namun pelumba itu langsung tidak menunjukan sebarang tanda berhenti.

Juara musim lepas Marc Marquez yang menunggang jentera Repsol Honda Team terpaksa berpuas hati menduduki tempat ke-5 apabila dia terbabas keluar dari landasan di selekoh pertama sebaik perlumbaan bermula.

sumber:www.stadiumastro.com
   




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.135186 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top