CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Oneplus Akan Menawarkan Oxygenos Sebelum Penghujung Minggu Hadapan

1-4-2015 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3146| Komen: 0

Description: Pihak Oneplus Masih Lagi Bermain-Main Dengan Tarikh Pelancaran Mereka Untuk Pasaran Malaysia. Sehingga Kini, Masih Tiada Sebarang Jawapan Berkaitan Penawaran Untuk Malaysia, Tetapi Sebaliknya Mereka T ...
OnePlus Akan Menawarkan OxygenOS Sebelum Penghujung Minggu Hadapan

Pihak OnePlus masih lagi bermain-main dengan tarikh pelancaran mereka untuk pasaran Malaysia. Sehingga kini, masih tiada sebarang jawapan berkaitan penawaran untuk Malaysia, tetapi sebaliknya mereka telah mula menawarkan ia kepada sejumlah syarikat di Eropah.


Walaupun tarikh pelancaran untuk OnePlus One di Malaysia masih tidak diketahui, hari ini, pihak OnePlus telah memberikan tarikh pasti untuk kemaskini sistem operasi bagi pengguna peranti OnePlus One.

Melalui pengumuman yang dilakukan oleh pihak OnePlus pada forum mereka, OnePlus mengatakan semua pengguna OnePlus One akan menerima kemaskini OTA untuk CM12s pada atau sebelum 30 Mac kelak.
Disamping itu, OnePlus turut akan menawarkan ROM Android Lollipop yang dibangunkan mereka sendiri, dinamakan OxygenOS pada atau sebelum 27 Mac kelak. ROM ini perlu dipasang sendiri oleh pengguna, dan bukannya hadir dalam bentuk OTA kepada para pengguna peranti berkenaan.
Bagi para pengguna peranti OnePlus One, mungkin anda boleh tandakan kalendar anda, dan bersedia untuk memuat-turun kemaskininya sebaik sahaja ia ditawarkan kelak.
                                                                                                                                                                                                        Sumber Rujukan: OnePlus

kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043370 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top