CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Selamat Ulang-Tahun Ke-40, Microsoft

6-4-2015 11:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4075| Komen: 0

Description: Kini, Bill Gates Yang Menjadi Wajah Utama Disebalik Microsoft Lebih Kepada Memfokuskan Kepada Bill & Gates Foundation, Tetapi Pada Masa Yang Sama Turut Menjadi Penasihat Kepada Ceo Baru Syarikat Ger ...
Selamat Ulang-Tahun Ke-40, Microsoft


Microsoft merupakan salah satu syarikat yang tidak asing di arena teknologi, dimana sistem operasi yang dihasilkan oleh mereka, iaitu Windows digunakan oleh majoriti besar komputer di seluruh dunia pada hari ini. Microsoft telah dimulakan oleh Bill Gates dan Paul Allen pada 4 April 1975, dan hari ini, syarikat gergasi teknologi berkenaan menyambut ulang-tahun ke-40.

Microsoft telah mula mendominasi pasaran sistem operasi perkomputeran bermula dengan MS DOS pada 1980-an, dan seterusnya diikuti pengenalan Windows 3.0 pada tahun 1990. Mereka juga kemudian telah mula memperkenalkan sistem operasi mengikut tahun melalui Windows 95, Windows 98 dan Windows 2000. Salah satu versi sistem operasi yang popular daripada Microsoft adalah Windows XP, dan diikuti oleh Windows 7.

Kini, di pasaran ramai pengguna sedang menggunakan Windows 8.1, dan Microsoft dijangka memperkenalkan Windows 10 pada tahun ini.
Selain sistem operasi, Microsoft juga turut mempunyai beberapa penawaran lain, termasuk perisian pejabat Microsoft Office, tawaran perkhidmatan awan, memiliki Skype, peranti mudah-alih Lumia, komputer Surface, peranti boleh-pakai Microsoft Band, konsol permainan Xbox, dan pelbagai produk menarik yang lain.




Kini, Bill Gates yang menjadi wajah utama disebalik Microsoft lebih kepada memfokuskan kepada Bill & Gates Foundation, tetapi pada masa yang sama turut menjadi penasihat kepada CEO baru syarikat gergasi Microsoft, Satya Nadella.

Satya Nadella telah menjadi CEO baru Microsoft sejak tahun lepas, dan dibawah beliau pelbagai perubahan baru kelihatan dilakukan. Salah satunya, Microsoft kini dilihat lebih memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan pada pelbagai platform, termasuk perisian Office sendiri yang ditawarkan pada iOS dan Android. Mereka juga turut telah mengumumkan bakal menawarkan Windows 10 secara percuma kepada pengguna Windows 8 sedia ada, disamping turut hadir dengan pelbagai penawaran perkhidmatan awam yang menarik.



Dengan bermulanya Microsoft yang berumur 40 tahun ini, kini semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Microsoft untuk tahun-tahun akan datang – dan semestinya bermula dengan Windows 10 tahun ini yang akan menjadi satu sistem operasi yang meliputi pelbagai saiz skrin.

kredit:www.amanz.my




Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.177982 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top