CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[As365n2] Robert Tan Igb Corp Bukan Mangsa Nahas Helikopter

7-4-2015 11:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5596| Komen: 0

Description: "Saya Ingin Menegaskan Bahawa Itu (Yang Terkorban) Bukan Beliau (Robert Tan), (Kerana) Saya Baru Bercakap Dengan Beliau Melalui Telefon Semalam. Beliau Kini Berada Di Australia," Katanya Semasa Di ...
Robert Tan IGB Corp bukan mangsa nahas helikopter

KUALA LUMPUR - Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng bukan antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih semalam, menurut bekas Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai.
    
"Saya ingin menegaskan bahawa itu (yang terkorban) bukan beliau (Robert Tan), (kerana) saya baru bercakap dengan beliau melalui telefon semalam. Beliau kini berada di Australia," katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
    
Nama Chung Meng disebut pada mulanya kerana berlaku kekeliruan nama sama dilaporkan terbabit dalam nahas helikopter itu, iaitu seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang.
    
Huat Seang, seorang daripada enam mangsa yang terkorban dalam insiden helikopter terhempas itu, merupakan ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.
    
Sementara itu, IGB Reit Management dalam satu kenyataan berkata Chung Meng tidak berada di dalam helikopter itu dan beliau masih hidup dan dalam keadaan sihat.

    
"Berhubung insiden helikopter malang itu dan nyawa yang terkorban, berlaku silap lapor bahawa Datuk Robert Tan daripada IGB merupakan seorang daripada penumpang dalam penerbangan itu.
    
"IGP Corp Bhd akan mengeluarkan segera satu kenyataan rasmi mengenainya," menurut kenyataan itu.
    
Selain ahli perniagaan Kedah itu, yang turut terbunuh dalam nahas semalam ialah Ahli Parlimen Rompin dan bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengawal Peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran; Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier dan pembantu operasi Aidana Baizieva.
    
Helikopter dengan enam penumpang termasuk juruterbang, terhempas di Semenyih dekat sini pada pukul 4.55pm semalam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan siasatan rapi diadakan terhadap insiden itu. - Bernama

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=867311&extra=page%3D1&page=26

4

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.031830 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top