CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Sarawak Turun Tanpa Dua Tonggak Utama Berdepan Atm

13-4-2015 06:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2833| Komen: 0

Description: Dua Pemain Berkenaan Ialah Ivan Fatic Yang Digantung Satu Perlawanan Setelah Mengutip Dua Kad Kuning Dan Ramesh Lai Ban Huat Yang Digantung Dua Perlawanan Setelah Menerima Kad Merah, Ketika Sarawak Be ...
Sarawak Turun Tanpa Dua Tonggak Utama Berdepan Atm



Pasukan Sarawak bakal berdepan tugas berat apabila turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri , Sabtu depan, berikutan kehilangan khidmat dua tonggak utama.

Dua pemain berkenaan ialah Ivan Fatic yang digantung satu perlawanan setelah mengutip dua kad kuning dan Ramesh Lai Ban Huat yang digantung dua perlawanan setelah menerima kad merah, ketika Sarawak berdepan Sime Darby malam tadi.

Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts mengakui ketiadaan dua tonggak utama itu bakal merencatkan strategi pasukannya, terutama apabila berdepan pasukan yang kuat seperti ATM.



Mengenai kemenangan 2-1 Sarawak ke atas Sime Darby malam tadi, Alberts berkata perlawanan tersebut cukup mendebarkan.

"Perlawanan adalah seimbang dan kedua-dua pasukan memiliki peluang menjaringkan gol," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Alberts berkata tumpuan pemain terjejas selepas Ramesh di perintah keluar padang setelah dilayangkan kad merah pada minit ke-40.

"Mujur pemain dapat menyerap tekanan meskipun beberapa gerakan berbahaya Sime Darby hampir-hampir menghasilkan gol.

"Pemain saya layak diberi pujian...walaupun beraksi dengan 10 pemain, mereka berjaya mengekang asakan pasukan pelawat, malah berjaya memastikan tiga mata penuh milik kita," kata Alberts.

Beliau juga memuji ketangkasan penjaga gol Sarawak Mohd Fadzley Abdul Rahim yang menyelamatkan dua percubaan berbahaya pasukan pelawat pada pertengahan babak kedua.

Pada perlawanan itu, penyerang import Billy Mehmet muncul wira Sarawak apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-71.

Terdahulu, pemain import baharu Sarawak Patrick Gerhartd Nyema meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan hasil rembatan deras pada minit ke-47, sebelum Sime Darby menyamakan kedudukan menerusi pemain importnya Reinaldo Elias Da Cota hasil sepakan penalti pada minit ke-57.


sumber:www.stadiumastro.com

2

Bagus
2

Marah
5

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.048707 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top