CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

8 trik agar bau 'perfumes' anda tahan lebih lama

16-4-2015 12:06 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7082| Komen: 1

Description: Bukan bermakna anda habiskan sebotol pewangi, cukup dengan beberapa spray pewangi ke dalam rendaman pakaian anda.
Semua sukakan wangian. Harga 'perfume' pula sememangnya tidak murah dan kerana hobi anda sanggup mengumpulkannya bertahun-tahun. Dan disaat anda 'spray' waktu pagi dan waktu makan tengah hari anda kembali tengik. YES!! Ladylista bersama anda. Ini kerana kita mengenakan wangian untuk lebih seksi, menceriakan mood dan apabila wangian anda tidak dapat bertahan sehingga waktu tengah hari pun. Memang sakit hati la kan. Jom baca bagaimana trik menjadikan anda wangi sepanjang hari


1. SENTIASA PAKAI 'PERFUME' SEBELUM ANDA MEMAKAI PAKAIAN

Wangian bersifat alkohol akan lebih aktif dengan kehadiran haba dan akan bereaksi dengan kulit anda. Ia seharusnya akan mengeluarkan bau yang lebih lama. Lagi pula, jika anda memakai perfume di baju, ia akan meninggalkan kesan yang akan merosakkan pakaian anda. Sebagai contoh sutera, jangan sesekali anda kenakan perfume pada material jenis sutera kerana ia pakaian anda akan menjadi pudar.


2. RENDAM PAKAIAN DALAM ANDA DENGAN RENDAMAN 'PERFUME'

Bukan bermakna anda habiskan sebotol pewangi, cukup dengan beberapa spray pewangi ke dalam rendaman pakaian anda. Ia akan menyerap bau wangian anda dan menjadikan pakaian anda bertahan lebih lama. Paling bagus anda rendam pakaian dalam anda kerana pakaian ini yang paling dekat dengan kulit anda.

3.SENTIASA BIARKAN PERFUME ANDA UNTUK KERING. JANGAN SAPU!

Berapa kali ini terjadi kepada anda. Jika mencuba wangian juga jangan sesekali anda menyapu wangian tersebut. Ini kerana ia akan memecahkan molekul wangian tersebut yang hanya akan menyebabkan bau yang melekat tidak sama seperti yang kamu bau terus dari botol. Sebaiknya, semburan yang ideal adalah 15-25cm dari kulit dan sembur dibahagian nadi anda.Ingat biarkan ia kering. Jangan sapu!

4.SEMBURKAN SEDIKIT PERFUME PADA SIKAT ANDA

Semburan pada sikat dapat membantu anda kekal wangi kerana rambut juga memain peranan membantu anda untuk kekal wangi sepanjang hari. Ia juga membantu anda lebih yakin apabila berjalan didepan orang lain .

5.PILIH PERFUME YANG LEBIH KUAT BAU UNTUK TAHAN LEBIH LAMA

Sentiasa ingat ya ladies, wangian dari bauan bunga/flora memang tidak tahan lama. Ia hanya menukarkan mood anda ceria untuk paling lama 4 jam sahaja. Sebagai alternatif, pilihlah wangian yang kuat seperti dari bahan  patchouli, vanilla, frankincense, pine, cedar, woody-based and musk-based yang memiliki minyak yang melambatkan proses penyejatan. Selain itu minyak wangi yang lebih mahal biasanya tahan lama.

6. PENJAGAAN MINYAK WANGI 

Sangat penting untuk menjauhi musuh-musuh wangian. Jangan simpan wangian anda di tempat yang terdedah, yang panas dan berkuap. Ini akan memudahkan wangian anda menyejat lebih pantas dan hasilnya, tanpa sedar sudah habis 'perfume' anda.Simpanlah di tempat tertutup dan sejuk.

7. SENTIASA SEMBUR DI TEMPAT YANG LEMBAP PADA KULIT

Jangan pilih tempat yang kering pada kulit anda contoh siku.Kebanyakkan orang mempunyai sikut yang kering jadi jika anda menyembur wangian disitu, ia akan hilang bau dengan cepat. Sentiasa sembur di tempat yang lebih lembap seperti di leher, pergelangan tangan, dicelah payudara atau di belakang lutut untuk menjadikan wangian anda tahan lebih lama.

8. GUNAKAN PERFUME MENGIKUT MUSIM

Jangan tak tahu ya, dengar macam pelik namun ia diamalkan oleh mereka di barat. Oleh kerana perfume bertindak balas dengan kehangatan dan haba, jadi gunakan 'perfume' yang berbau ringan pada musim panas yang akan menjadikan anda lebih segar dan bertenaga sepanjang hari. Untuk cuaca sejuk, anda disarankan untuk  menggunakan 'perfume' yang lebih kuat bau kerana kurangnya haba yang akan bertindak balas dengan kulit anda. -LadyLista



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote che_kembang 18-4-2015 08:06 AM
Rendam baju dgn minyak wan give.aduhh..syg nye

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.033610 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top