CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Filem Sekarang Tak Relevan - Liyana Jasmay

17-4-2015 05:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18719| Komen: 93

Description: "Memandangkan Ini Filem Terbitan Pertama, Pembikinannya Hanya Berskala Kecil Di Mana Bajet Yang Dikeluarkan Tidak Terlalu Mahal Dan Manakala Penggambaran Akan Berlangsung Selama Dua Minggu Bermula I ...
Filem Sekarang Tak Relevan - Liyana Jasmay


KUALA LUMPUR:
Aktres Liyana Jasmay menyifatkan filem-filem tempatan pada masa kini tidak lagi relevan kerana penceritaannya tidak mengikut perkembangan semasa.

Liyana berkata, keadaan itu membuatkan golongan remaja tidak berminat menonton filem tempatan sekali gus menjadi punca utama karya seni kurang mendapat sambutan.

"Apa yang saya lihat, filem kita tidak relevan dengan isu atau trend  zaman sekarang.

"Kalau ikut trend pun, lepas dua tahun baru ditayangkan, jadi dah tak 'in' dan macam mana nak tarik orang muda menonton filem itu? Mereka mahukan filem yang trendy.

"Selain itu, konsep pemasaran juga amat penting bagi menarik perhatian ramai. Tetapi sayangnya kebanyakan penggiat seni… mereka kurang mengutamakan perkara itu," katanya.

Liyana ditemui pada majlis pelancaran dan doa selamat filem baharu terbitan syarikatnya Mermaid Studios iaitu Bella Dan Jamie di Hotel Berjaya di sini pada petang Khamis.

Kata ibu kepada seorang anak ini, atas sebab itu dia buat pertama kalinya cuba menerbitkan filem yang mengikut cita rasa penonton golongan remaja.

Liyana berkata, Bella Dan Jamie merupakan idea asalnya bersama pengarah Fairul Nizam Ablah yang menceritakan tentang dua sahabat baik.

"Memandangkan ini filem terbitan pertama, pembikinannya hanya berskala kecil di mana bajet yang dikeluarkan tidak terlalu mahal dan manakala penggambaran akan berlangsung selama dua minggu bermula Isnin depan.

"Saya mahu menerbitkan filem yang ringan tetapi dekat dengan jiwa penonton dan kisah dua sahabat ini saya percaya pernah terjadi kepada orang lain yang melalui susah dan senang bersama.

"Harap-harap filem ini dapat ditayangkan secepat mungkin. Kalau tidak dah tak relevan pula untuk penonton," ujarnya.

Bella Dan Jamie yang diterajui pelakon Juliana Evans, Khir Rahman, Dynaz Mokhtar dan Izzue Islam.

Ia mengisahkan persahabatan antara Bella dan Jimie dimana hubungan mereka lebih erat selepas mendapat tahu bapa Jimie dan ibu Bella merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun keakraban mereka menjadi keruh apabila Bella mendapati Jamie sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.

3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 17-4-2015 12:32 PM
so mmg crite mat rempit je la kan yg box office. nk wat cemane lagi. jgn komplen2 plak filem takde kualiti. dah keluarkan tanak tgk. nk jugak cite mat rempit, fast n furious bagai. nmpk tak level pemikiran masyarakat kite oiii
Quote kukukatablog 17-4-2015 12:33 PM
bagi aku company yg betul2 ikut trendy Red Film jer...
semua filem dia best
Quote gekkou 17-4-2015 12:34 PM
jalan cerita filem dia nk buat tu pn mcm x relevan jah
boring r jln citer gtu
Quote miabebe 17-4-2015 12:38 PM
Nape lame sgt kepam?
Quote ellZack 17-4-2015 12:41 PM

tunggu turn kot..
plus editing bagai lagi..
finas nak tapis menapis lagi..


Quote pinkzara 17-4-2015 12:41 PM
kukukatablog replied at 17-4-2015 12:33 PM
bagi aku company yg betul2 ikut trendy Red Film jer...
semua filem dia best

ha ah.
fresh je tgk.

Quote CrowneGlory 17-4-2015 12:48 PM
Pelakon2 sendu...film x best ....so y botherx3
Quote miabebe 17-4-2015 12:48 PM
ellZack replied at 17-4-2015 12:41 PM
tunggu turn kot..
plus editing bagai lagi..
finas nak tapis menapis lagi..

Lama nyaaaaa...kalo 2tahun mmg da outdated la cita nya..hmm..kesian kt depa...

Finas xcukuo kakitgn kot..ke kakitgn dok sebok men fb time keje jah...ehek...gurau jah ya ampunnnn....hihihi
Quote putehkundor 17-4-2015 12:51 PM
Fokus dgn bidang nyanyian dah la kot LJ... Film skrg susah nak cari makan.
Dah lama sgt x muncul dgn lagu baharu kan?

ramai yg merindukan kemantapan vokal beliau gamaknya.
Quote whadda 17-4-2015 12:57 PM
cam biasa je filem yg die nak buat pon... cam drama2 yg ade skarang... tak in jugak pon... cer buat cam fast & furious 7... baru la in...
Quote atekome 17-4-2015 01:18 PM
kukukatablog replied at 17-4-2015 12:33 PM
bagi aku company yg betul2 ikut trendy Red Film jer...
semua filem dia best

Setuju ngn uols..
Quote estrelle 17-4-2015 01:39 PM
filem arwah yasmin ahmad je yg iols bole layan..
Quote AshkieLa 17-4-2015 01:43 PM
kukukatablog replied at 17-4-2015 12:33 PM
bagi aku company yg betul2 ikut trendy Red Film jer...
semua filem dia best

red film yang mana?
Istanbul Aku Datang, Manisnya Cinta ...tu ehh?
Quote AshkieLa 17-4-2015 01:45 PM
miabebe replied at 17-4-2015 12:48 PM
Lama nyaaaaa...kalo 2tahun mmg da outdated la cita nya..hmm..kesian kt depa...

Finas xcukuo kak ...

mmg pun... tu citer perang Bravo 5 x kluar2 lagi.. dah 2 thn gak kepam x silap.
Quote miabebe 17-4-2015 01:49 PM
AshkieLa replied at 17-4-2015 01:45 PM
mmg pun... tu citer perang Bravo 5 x kluar2 lagi.. dah 2 thn gak kepam x silap.

Isk nape la...mcm la mesia ni bnyk sgt produce film...ace cm film india/industan tu ..mau 10tahun tunggu br kuar...hikhikhik
Quote fa_fah 17-4-2015 01:55 PM
boleh tak aku nak ckp yg liyana jasmay pun dah x relevan nk jd heroin filem?jgn nak slhkn film isyarat cinta tu flop gegara x relevan yerr hehe..
now ni musim amyra rosli n emma maembong,
Quote kosukeconan 17-4-2015 02:06 PM
BIL
TARIKH
MULA
TYG.
JUDUL FILEM
PENGELUARGENREBIL.
PAW.
TYG.
BIL.
HARI.
TYG.
JUALAN
TIKET
(RM)
STATUS
TYG.
1.01.01.15RUMAH PUSAKA DI SIMPANG JALANARIABELLA SDN.BHD.SERAM/ KOMEDI / KELUARGA5311250,631.00Selesai Tayang
2.PINNOKAMD CINEMA SDN. BHD.CINTA1077,874.00Selesai Tayang
3.08.01.15ROMEO KOTA (KRIPTIK)EXCELLENT PICTURES SDN.BHD.AKSI / KOMEDI5621349,467.5Selesai Tayang
4.15.01.15VILLA NABILASKOP PRODUCTION SDN.BHD. / VIPER STUDIOS SDN. BHD.SERAM84282,796,735.70Selesai Tayang
5.22.01.15SUAMIKU ENCIK PERFECT 10ASTRO SHAW SDN.BHD.KOMEDI/DRAMA/KELUARGA53332,986,091.20Selesai Tayang
6.29.01.15PUAKA BALAI GOMBAKSHOWBIZ PRODUCTIONS SDN.BHD.SERAM5021473,441.00Selesai Tayang
7.05.02.15MY MR. RIGHT (MANDARIN)SHINING PRODUCTION SDN.BHD.KOMEDI / CINTA4014164,879.50Selesai Tayang
8.BANGUNANEXCELLENT PICTURES SDN.BHD.SERAM4014301,775.50Selesai Tayang
9.12.02.15THE DREAM BOYZ (MANDARIN)SHINING PRODUCTION SDN.BHD.KOMEDI /DRAMA/ CINTA6114384,857.68Selesai Tayang
10.GUDANG KUBURMANGKIN PRESTIGE SDN.BHD.SERAM4628862,074.34Selesai Tayang
11.19.02.15MY PAPA RICH (MANDARIN)FILM KINGDOM GROUP SDN.BHDKOMEDI69212,601,027.00Selesai Tayang
12.COVERINASPS JAYA SDN.BHD.AKSI4214129,721.00Selesai Tayang
13.26.02.15KUNGFU TABOOASIA TROPICAL FILMS SDN.BHD.KOMEDI5714373,404.00Selesai Tayang
14.SUNTI @ FACEBOOKNUSANTARA SENI KARYA SDN.BHD.SERAM4614199,232.47Selesai Tayang
15.05.03.15KEPONG GANGSTER 2 (MANDARIN)MAHU PICTURES SDN.BHD.AKSI / JENAYAH / DRAMA5921812,244.40Selesai Tayang
16.USOP WILCHA DALAM WEREWOLF DARI BANGLADESHARIABELLA SDN.BHD.SERAM / AKSI / KOMEDI6815403,621.00Selesai Tayang
17.12.03.15ZOMBIES VS THE LUCKY EXORCIST (MANDRIN)JAGUAR LIM FILMS & PROD. (M) SDN.BHD. KOMEDI / DRAMA 63 14 655,565.50 Selesai Tayang
18.CICAKMAN 3KRU STUDIOS SDN.BHD.AKSI / KOMEDI 69 21 2,533,509.00 Selesai Tayang
19.19.03.15ISYARAT CINTASUHAN MOVIES & TRADING SDN.BHD.CINTA 58 21 791,088.81 Selesai Tayang
20.26.03.15JENGKAACE MOTION PICTURES SDN.BHD. SERAM 63 15 594,904.42Sedang Tayang
21.09.04.15HANTU BUNGKUS IKAT TEPIMIG PICTURES SDN.BHD. SERAM / KOMEDI 393 248,894.00Sedang Tayang


tgk lah tajuk2 semua tu, pon mcm apa
'usop wilcha dalam werewolf dar bangladesh'????
tahun lepas lg lh byk, cthnya 'mat tudung' wtf sgt
Quote AshkieLa 17-4-2015 02:07 PM
fa_fah replied at 17-4-2015 01:55 PM
boleh tak aku nak ckp yg liyana jasmay pun dah x relevan nk jd heroin filem?jgn nak slhkn film isyar ...

tula. Ade ke pi letak fizo omar, ady putra, dgn dia as teraju utama...
pastu expect org akan berpusu pusu pi tngok mcm tengok FF7... mmg taklaa.
Masing2 bila promo kt tv pun mcm syok sendiri je...kan.
Quote chicsee 17-4-2015 02:08 PM
estrelle replied at 17-4-2015 01:39 PM
filem arwah yasmin ahmad je yg iols bole layan..

True...they don't make it like that anymore...

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.087664 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top