CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

L.G Mengumumkan Imac 8k?

17-4-2015 05:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4508| Komen: 0

Description: Secara Umumnya, Skrin 8k Baru Sahaja Berada Di Tahap Pengenalan Sahaja Dan Khabarnya, Skrin Ini Hanya Akan Muncul Dalam Tahun 2016, Melainkan Apple Berjaya Menghasilkan Dan Melancarkannya Lebih Awal D ...
L.G Mengumumkan Imac 8k?

iMac 5K keluaran Apple yang dilancarkan penghujung tahun lepas sememangnya satu pencapaian yang membanggakan bagi syarikat tersebut, namun menurut rakan niaga bahagian monitornya, LG, syarikat itu akan melancarkan sebuah iMac 8K, iaitu sebuah iMac dengan skrin dengan resolusi 8K.


LG Mengumumkan iMac 8K?LG Display, pembekal skrin terbesar Apple berkata dalam satu kenyataan media di laman webnya (telah ditarik balik) bahawa Apple akan melancarkan iMac terbaharu dengan skrin beresolusi tinggi 8K lewat tahun ini.

Kenyataan media syarikat Korea Selatan itu telah membayangkan bahawa Apple telahpun membuat kenyataan tersebut, jadi, berkemungkinan samada LG telah secara tidak sengaja mengeluarkan kenyataan media tersebut lebih awal dari masa yang sepatutnya, perancangan Apple telah berubah, ataupun LG sememangnya telah membuat kesilapan dalam pengumuman tersebut.

Secara umumnya, skrin 8K baru sahaja berada di tahap pengenalan sahaja dan khabarnya, skrin ini hanya akan muncul dalam tahun 2016, melainkan Apple berjaya menghasilkan dan melancarkannya lebih awal dari itu.

Bagi setiap khabar angin ada secebis kebenaran padanya. Adakah benar Apple akan melancarkan iMac 8K ini? Mungkin kita perlu menunggu sehingga September apabila syarikat itu biasanya mengadakan acara pelancaran produk.

kredit:www.techkini.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.184025 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top