CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

CPU Intel Braswell Untuk Desktop dan Laptop

17-4-2015 05:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5986| Komen: 0

Description: Didapati Semua Model Celeron Yang Dilancarkan Mempunyai Harga Yang Sama Dengan Sebelumnya Kecuali Model N3150 Yang Merupakan Model Paling Tinggi Dalam Kelasnya Dan Dilengkapi 4 Teras, Kelajuan Frekuen ...
CPU Intel Braswell Untuk Desktop dan Laptop Mampu Milik

Intel telah memperkenalkan 7 model CPU yang bakal dibekalkan kepada pengeluar PC dan laptop mampu milik. Cip terbaharu itu datangnya dari barisan CPU terbaharu menggunakan teknologi Intel Braswell yang menggunakan proses pembuatan 14nm dan sedikit demi sedikit akan mengambilalih CPU Intel Bay Trail.



CPU Intel Braswell Untuk Desktop dan Laptop Mampu Milik
Intel telah melancarkan 7 model CPU terbaharunya yang menggunakan teknologi pembuatan 14nm Intel Braswell. Walaupun model CPU ini disasarkan kepada komputer dan laptop mampu milik didapati semua model Celeron yang dilancarkan mempunyai harga yang sama dengan sebelumnya kecuali model N3150 yang merupakan model paling tinggi dalam kelasnya dan dilengkapi 4 teras, kelajuan frekuensi 1.6GHz serta 2MB cache.

Braswell (until desktop) dan Cherry Trail (until tablet) adalah sebahagian dari Airmont yang menampilkan die yang dikecilkan berbanding senibina Silvermont.
Perisian pengujian Geekbench 3 mendapati pemproses N3150 mendapat markah yang agak baik di mana masing-masing mendapat 843 dan 2689 untuk ujian 1 teras dan berbilang teras. CPU-CPU terbaharu ini dijangka akan dilengkapikan kepada NUCs (Next Unit of Computing) Intel generasi akan datang, di sampin PC dan laptop mampu milik.

Braswell diumumkan tahun lepas di China sebagai langkah Intel untuk menghasilkan Chrombook yang berharga dari hanya USD199. Oleh itu, Intel sepatutnya cuba untuk menurunkan harga asas bagi pemproses terbaharunya itu yang rata-rata mempunyai harga yang sama dari CPU generasi sebelumnya.

kredit:www.techkini.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.044746 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top