CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Samsung Galaxy Tab A Plus Bakal Dilancarkan

21-4-2015 01:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4034| Komen: 0

Description: Galaxy Tab A Plus Ini Dikatakan Akan Membawakan Skrin Bersaiz 8-Inci Dengan Resolusi 1024×600 Pixel, Dilengkapi Cip Pemprosesan Snapdragon 410, Memori 2gb Ram, Dan Ruangan Storan Terbina 16gb. Samsun ...
Samsung Galaxy Tab A Plus Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi


Pada bulan Mac yang lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan keluarga tablet baru dinamakan sebagai Galaxy Tab A. Kini, mungkin salah satu variasi daripadanya bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Melalui halaman Sirim, ia dilihat Samsung telah menerima pengesahan untuk model SM-P350 yang mana merupakan model Galaxy Tab A Plus.

Galaxy Tab A Plus ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 410, memori 2GB RAM, dan ruangan storan terbina 16GB. Samsung turut dijangka akan menyertakan sokongan S-Pen bersama-sama tablet ini.


Buat masa ini, harga jualannya dan bilakah Samsung akan melancarkan ia ke pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia telah melepasi Sirim, maka pelancaran rasminya mungkin tidak lama lagi.


kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.038594 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top