CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Pastikan Persiapan Atlet Olahraga Tidak Terganggu

22-4-2015 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2735| Komen: 0

Description: Majlis Sukan Negara (MSN) mahu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memastikan persiapan atlet olahraga ke Sukan SEA di Singapura tidak terjejas ekoran percanggahan pendapat antara jurulatih kebangsaan da ...
Msn Mahu Kom Pastikan Persiapan Atlet Olahraga Tidak Terganggu



Majlis Sukan Negara (MSN) mahu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memastikan persiapan atlet olahraga ke Sukan SEA di Singapura tidak terjejas ekoran percanggahan pendapat antara jurulatih kebangsaan dan pengarah teknikalnya, Robert Ballard.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berharap Ballard akan bekerjasama dengan jurulatih lain dan mendengar pendapat mereka bagi memastikan satu kata sepakat dapat dicapai.

"Ballard bukan dipilih oleh MSN sahaja, ia mendapat persetujuan KOM untuk mengawasi, merancang dan memastikan segala program latihan atlet olahraga berjalan lancar sebelum ke sesebuah kejohanan.

"Saya faham perkara ini memang tidak dapat dielak kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri dan kredibiliti masing-masing tapi saya memang berharap isu ini tidak akan mengganggu atlet," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2014, di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini hari ini.

Menurut laporan sebuah akhbar pada hari ini kehadiran Ballard dikatakan tidak banyak membantu sebaliknya menimbulkan kepincangan dalam pentadbiran sukan itu apabila beberapa jurulatih tempatan tidak ‘sebulu’ dengan warga Australia itu.

Ballard juga didakwa tidak memberi sebarang impak dalam melonjakkan kualiti atlet olahraga hingga mendorong beberapa jurulatih menyuarakan rasa  kurang senang terhadap pendekatan Ballard.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045785 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top