CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Azwan Ali: Monopod Ni Bukan Moyang Kau Punya Ok?

23-4-2015 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20205| Komen: 84

Description: “Kalau Tiru, Dah Lama Kena Saman. Dah Lama Tv9 Kena Seret Ke Korea, Kena Gari, Kan? Sebenarnya Tak Sama. Aku Boleh Cabar Engkau, Kita Punya ‘Lari’ Berbeza. Yang Penting ‘Lari’ Adalah Tersendiri, ...
Azwan Ali: Monopod Ni Bukan Moyang Kau Punya Ok?



‘Lari’ merupakan sebuah program game show realiti terbaru terbitan TV9 yang kini sudah pun memasuki episod ke-2 penyiarannya. Walaupun baru sahaja menjengah penonton pada awal bulan April, program ini telah dikritik dan dipertikaikan keaslian konsepnya oleh sesetengah pihak yang mengatakan ‘Lari’ seakan menciplak konsep sebuah game show dari Korea iaitu ‘Running Man’.

Bukan sahaja program ‘Lari’ yang mendapat kritikan, malah Azwan Ali salah seorang selebriti yang menjayakan program ini turut mendapat tempiasnya apabila dikatakan sudah terlalu tua dan tidak relevan untuk berada di dalam game show tersebut.




Azwan tidak ambil kisah apa pandangan ‘haters’ terhadap kehadirannya dalam ‘Lari’

“Jawapan kepada semua haters yang meluat tengok Azwan Ali di dalam ‘Lari’, why bother, why bother, why bother? Sebelum aku cepuk muka engkau dengan monopod aku ni. Ada yang kata bawa monopod ni rimaslah…,” tegasnya sambil menunjukkanmonopod yang telah menjadi trademark bagi Azwan di dalam ‘Lari’.

“Hey, monopod ni moyang engkau yang punya ke? Ini monopod aku, aku yang beli. Kalau aku minta duit moyang engkau bolehlah engkau nak meroyan, memekak!” Begitulah respon Azwan ke atas segelintir haters yang berasa rimas dengan monopod-nya.


Azwan melihat penyertaannya dalam ‘Lari’ ada hikmahnya, di mana ia menolong menurunkan berat badannya
Bagi Azwan, dia bersyukur kerana dapat menjayakan program ‘Lari’ walaupun ia memerlukan kekuatan fizikal untuk berlari dan sebagainya. Secara tidak langsung dapat membantu menurunkan berat badannya.

“Walaupun dalam proses shooting ‘Lari’, diorang dah mula tahu dan menjadi viral, kononnya ‘Lari’ ini tiru ‘Running Man’. Kepada yang mendakwa ‘Lari’ ciplak ‘Running Man’, sebenarnya bukan ‘Running Man’ tapi ‘Running Mak Engkau’,” kata Azwan mengenai isu meniru rancangan ‘Running Man’.


Azwan menegaskan ‘Lari’ adalah tersendiri

“Kalau tiru, dah lama kena saman. Dah lama TV9 kena seret ke Korea, kena gari, kan? Sebenarnya tak sama. Aku boleh cabar engkau, kita punya ‘Lari’ berbeza. Yang penting ‘Lari’ adalah tersendiri, eksklusif, penuh humor, mengasyikkan, mencemaskan dan mendebarkan. Saya tengok, saya tabik because I love the editing.

Sambil itu, Azwan turut menyatakan bahawa program ‘Lari’ mendapat respon positif rakan-rakan penerbit dari TV lain. Tambahnya, “Mereka menyukai ‘Lari’ kerana colours, kerana sesuatu.”

Ini merupakan sebahagian daripada temuramah wartawan Galaksi dengan Azwan. Saksikan Galaksi episod ke-15 menerusiwww.tonton.com.my untuk cerita selanjutnya. Anda juga boleh menonton sendiri aksi Azwan Ali di dalam program ‘Lari’ mulai dari episod 1 hingga ke episod yang terkini di Tonton.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 23-4-2015 11:17 AM
Mak aii sendunya Azwan Ali
Quote nononcrux 23-4-2015 11:17 AM
emmh bapaok tua nh. . tak abis abis kontrobasi dia
Quote aderaderker 23-4-2015 11:26 AM
Memang le ko puji berabuk diva oii..
Sebab tu program ko..

Tak tiru Running Man..tp awat tajuk pun Lari?

Quote rayna_raynes 23-4-2015 11:27 AM
Why bother why bother why bother?
Quote Lorra2411 23-4-2015 11:31 AM
Cerita Azwana Alia akan tetap menjadi makan reputz semua
Quote IxoraP 23-4-2015 11:35 AM

takut tgk AA
Quote AshkieLa 23-4-2015 11:38 AM
haha.. sebab ko pun dlm program tu. Cuba kalo ko penonton nyer saja..confirm menyumpah seranah dan menyokong sepertimana org lain pertikaikan konsep plagiat running man nya mcm skang..
Quote Mrs.miura 23-4-2015 11:42 AM
IxoraP replied at 23-4-2015 11:35 AM
takut tgk AA

ye la kann..risau nak komen..takut nnt stalker ig i buta je kena carutan..
Quote pinkzara 23-4-2015 11:42 AM
Asalnya dia ni creative kan?..penuh dgn idea.
tapi itu lah...
Quote karatsXX 23-4-2015 11:50 AM
Bercakap nak menanggg je dia nih.. cuba belek diri sikit..
Quote bedahmulutpuaka 23-4-2015 12:31 PM
dah sah plagiat running man.. apa yg tak nya..
Quote daiman 23-4-2015 12:35 PM
hahaaha kau ingat moyang kau yang punya...??  dia ni kan kadang2 aku kesian tengok dia..
Quote misskitty 23-4-2015 12:36 PM
Asik dongak ke langit je dia ni..
Quote miabebe 23-4-2015 12:41 PM
Mia xdpt bayang kn...kalo bertentang mata or bertembung dgn azwana alia ni...mia nk borak ape..takut kalo salah borak nnt sek tesentap je
Quote imransulaiman 23-4-2015 12:50 PM
GEMOKNYA!!!
Tapi dalam ig dia kurus tirus! Lepas tu followers pakat tanya apa rahsia kurus! (ke followers dia rata-rata cgpa 3.85??)
Siapa tau aplikasi apa yang dia guna?
Quote cikputih15 23-4-2015 01:04 PM
Quote meeza83 23-4-2015 01:15 PM
attention seeker! hahahahahahaa
Quote bambimbom 23-4-2015 01:21 PM
tersembur nasi lunch aku dgr pkataan moyang tu.... dulu2 dia bantai pakai mak jew... skg dah upgrade g moyang terus....
Quote estrelle 23-4-2015 01:34 PM
bam medam @addamnor sila masuk mengadap,

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.075643 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top