CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mursi, Qaradawi dijatuhi hukuman mati

18-5-2015 11:05 AM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 12381| Komen: 94

Description: Mahkamah Mesir, hari ini menjatuhi hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohammed Mursi dan ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang ...





KAHERAH 16 Mei – Mahkamah Mesir, hari ini menjatuhi hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohammed Mursi dan ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang Presiden, Hosni Mubarak.

Agensi berita BBC memetik kenyataan Hakim Shaaban el-Shami sebagai berkata, Mursi merupakan salah seorang daripada 100 anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman tersebut oleh mahkamah.

Mursi mendengar keputusan itu di kandang pesalah, manakala sebahagian besar tertuduh yang lain tidak hadir, termasuk Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.

Bagaimanapun, hukuman itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat pengesahan daripada Mufti Besar Mesir, pihak berkuasa agama paling tinggi di Mesir.

Keputusan akhir hukuman akan diumumkan pada 2 Jun ini.

Sebelum ini Mursi dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun oleh mahkamah atas kesalahan mengeluarkan arahan supaya menahan penunjuk perasaan di Istana Presiden pada 2012.

Penyokong Mursi mendakwa kes melibatkan pemimpin mereka itu bermotifkan politik dan mahu menutup kes penggulingan beliau oleh pihak tentera.

Dalam perkembangan lain, tiga hakim mahkamah Mesir dilaporkan ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata, beberapa jam selepas bekas Presiden, Mohammed Mursi dijatuhi hukuman mati.

Polis berkata, ketika kejadian ketiga-tiga hakim berkenaan berada di dalam bas di bandar al-Arish, Semenanjung Sinai, sebelum mereka diserang oleh kumpulan bersenjata.

“Dua orang hakim lain turut cedera dalam serangan tersebut,” jelas anggota polis.


3

Bagus
3

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 17-5-2015 03:20 PM
mufti bunuh mufti....

dunia Islam dengan huru hara berpisah tiada....

Quote finesse 17-5-2015 03:43 PM
Adooiii Tak tahu la apa nak jadi dgn dunia isle nih
Quote Limao 17-5-2015 04:38 PM
Ya Tuhanku.
Please someone help him get out from jail.
Quote besties 17-5-2015 04:42 PM
Mereka tak ada apa-apa. Pergi bertemu tuhan dalam keadaan mulia (menegakkan kebenaran). Kita yang hidup ni yang susah dan diuji sebenarnya. Alim ulama dan pemimpin soleh dah makin pupus. Terpaksa bergantung pada ulama jahat dan pemimpin Islam munafik dan zalim.
Quote chazey 17-5-2015 04:45 PM
Apa motif Yusuf Qardawi ini pun mahu dibunuh sama?
Quote famri7 17-5-2015 04:56 PM
keamanan dan kesejahteraan terpancar terik..dunia isle sungguh aman dan sentosa bak embun pagi di lereng2 bukit.

senyum sinis.
Quote Kittie 17-5-2015 04:58 PM
Ya Allah! Kenapa ni?
Quote revolusi_30 17-5-2015 05:00 PM
Bunuh Rakyat lagi si Morsi ne.   
Quote Orix 17-5-2015 05:01 PM
there you go ummah arob yg disanjung meleis... smpai kene hukum mati ape kejadahnye ?
Quote obelisk 17-5-2015 05:13 PM
Serupa seperti ulama2 di zaman silam, Imam Ahmad, Imam Malik, Ibnu Taimiyah, dsb antara ulama2 yang pernah dipenjarakan dan disiksa oleh pemerintah zalim pada zaman mereka. Imam Ahmad dipukul kepala, Imam Malik dipukul sampai tercabut tulang bahu dan Ibnu Taimiyah mati dalam penjara. Malah di pengakhiran hidup Imam Bukhari jugak menyedihkan di mana beliau mati dalam buangan.

Semoga Allah tempatkan Mursi dan Qaradhawi dikalangan hamba2Nya yang saleh dan diredhai...
Quote Kittie 17-5-2015 05:55 PM
Tak tahu dah nk ckp apa...
Quote wana89 18-5-2015 11:31 AM
Pengesahan mufti??
Orang agama bunuh orang beragama
Huru hara dah.. semoga allah tempatkan mereka ditempat mulia..
Xtahu nak kata apa dah..
Quote MH37O 18-5-2015 11:37 AM
revolusi_30: Bunuh Rakyat lagi si Morsi ne.


najib bunuh rakyat mongolia,tak kena apa2 pun??? hehehe
Quote garlicOil 18-5-2015 11:41 AM
sebagai insan kerdil hanya mampu berserah dan berdoa.. moga Allah beri kemenangan pada yg benar
Quote Lavender_Violet 18-5-2015 01:29 PM
Dunia semakin dekat ke penghujungnya.....
Quote krizalade 18-5-2015 03:28 PM
Mufti besar mesir yg skrg tue pun pengikut Al-Sisi lar,sbb tue dia beri pengesahan. Masa Al-sisi naik jd presiden, semua pengikut Ikhwanul muslimin termasuk ulama n mufti mesir  adalah pengikut Ikhwanul muslimin, habis semua dia tangkap. Al-Sisi nie mmg pengikut yahudi n Amerika sbb tue dia tutup pintu sempadan, supaya pelarian palestin x dpt masuk. Sedangkan zaman Mursi, semua pelarian palestin dibenarkan masuk sempadan.
Quote ninjago 18-5-2015 03:45 PM
Aku tengah baca buku pasal Rothschild.. very good reading, sebab it opens up your perspective towards what's going on now in the current world that we're living in. Banyak benda yang direveal sgt2 memeranjatkan termasuk yg pasal keadaan mesir.. tapi aku nak cakap pun kang org tak faham and tak percaya.. kang aku nak jawab, x dibacked dgn fakta and dalil lagi jadik cam cakap angin lalu plak.. takpe, biar aku khatam dulu..nanti aku share in shaa Allah!
Quote Changa 18-5-2015 03:53 PM
islam itu aman.
Quote krizalade 18-5-2015 04:15 PM
Edited by krizalade at 18-5-2015 04:36 PM

Rothschild si pengikut illuminati n freemasom tue ke yg kau maksudkan ninjago. Kalau buku pasal dialah kau maksudkan, kau x yah citer pun x apa.aku x nk dgr, sbb aku x perlu dgr si yahudi mabuk tue nk komen pasal mesir n islam.. coz dia mmg yahudi mabuk, dia mmg akan kata perkara yg negatif psl islam. Sblm kau nk khatam buku psl rosthchild tue, lebih baik kau cari siapa dia yg sebenarnya si rosthchild tue.. kau kena baca sejarah mesir tue dulu baru kau blh komen.. kau kena tau si al-sisi tue adalah boneka amerika n termasuk org kerajaan dia n termasuk mufti dia yg skrg. Al-sisi nie sama mcm jamal naser n anwar sadat, boneka amerika n yahudi..

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058224 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top