CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kak Noor Risaukan Kak Nita, Perbualan Terakhir Pada Mac

21-5-2015 10:48 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 24420| Komen: 96

Description: Adik kepada penyanyi Anita Sarawak, Noorkumalasari Mohd Taib mengakui bimbang akan keadaan kakaknya yang sudah dua bulan tidak menghubunginya. Dalam portal Singapura, The New Paper me ...


KUALA LUMPUR: Adik kepada penyanyi Anita Sarawak, Noorkumalasari Mohd Taib mengakui bimbang akan keadaan kakaknya yang sudah dua bulan tidak menghubunginya.

Dalam portal Singapura, The New Paper melaporkan pada Selasa kali terakhir Anita dihubungi adalah pada Mac lalu dan percubaan untuk berbuat demikian sehingga sekarang gagal.

Kata Noorkumalasari, kebiasaannya Anita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib akan menghubunginya pada setiap kali hari jadinya yang jatuh pada bulan April, namun kali ini tiada menerima panggilan telefon dari kakaknya itu.

“Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.

“Itu 40 peratus yang saya rasakan. 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama,” kata Noorkumalasari.

Cerita Noorkumalasari lagi, bukan sahaja dirinya malah Anita sudah tidak berhubung lagi dengan lima lagi adik beradiknya.

Malah panggilan dan mesej yang dikirim mereka tidak berjawab.

“Kawan baik dia juga gagal menjejaki Anita walaupun telah mengunjungi rumahnya di Amerika Syarikat,” jelas Noorkumalasari.
Kehilangan Anita sejak tahun 2013 dari persada seni sebelum ini dikaitkan dengan berita penceraiannya dengan suaminya Mohamad Mahathir Abdullah.

Dikatakan sejak itu, Anita telah membawa diri ke Las Vegas dan telah mengenakan hijab.

“Dari pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab itulah saya menghubunginya agar dia boleh perjelaskan perkara sebenarnya.

“Nak kata dia takut saya bertanya akan hal itu, mustahil. Ini kerana kami adik beradik dan kami sangat rapat, kami saling nasihat-menasihati sekiranya ada masalah,” katanya.

Walaupun kakaknya itu jauh di mata, namun Noorkumalasari tidak lekang mendoakan keadaan kakaknya setiap hari.

“Namanya sentiasa meniti dalam doa saya setiap hari. Saya harap peminat Anita di luar sana teruskan berdoa agar Anita berada dalam keadaan baik,” kata Noorkumalasari. AA


8

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shasha67 21-5-2015 09:30 AM
Doakan terbaik buat Anita Sawarak
Quote sekel 21-5-2015 09:32 AM
mengubati hati yg terluka

Quote supernaturalee 21-5-2015 09:36 AM
apa khabar kak nita agaknya
bwk diri sungguh
Quote yayangmama 21-5-2015 09:37 AM
kalau saya pon saya risau...

x dapat cakap dengan kakak sendiri da 2bulan...lama tu

macam-macam boleh jadi
Quote MISZZZ 21-5-2015 09:41 AM
kesian dia kan... duit tak menjamin segalanya, tambah2 di usia cmni..
Quote kakilicious 21-5-2015 09:41 AM
moga baik baik je ye kak nita....
Quote sukacactus 21-5-2015 09:42 AM
Lamanya dah 2 bulan
Dah la jauh tu
Harap yg baik2 sj
Ntah apalah masalah sebenarnya
Quote ridz09 21-5-2015 09:45 AM
Adakah effect cosmetic surgery dah memakan diri....edisi speku yg ala2 kejam
Quote bintangcinta 21-5-2015 09:51 AM
tajuk kurang meletop....... hahahaha patut buatlah "Ithnaini Mat Taib gagal dihubungi sejak 2 bulan lalu..." hahahah
Quote Membara 21-5-2015 09:53 AM
harap2 di OK..... maybe dia berehat menenangkan hati yg lara.... tapi jgnlah lama2... hihihihi
Quote kitty_lynne 21-5-2015 09:58 AM
Entah2 mak nita kt mekah ..bertaubat dan beribadat disana.... Mana tau mayb hidayah Allah telah smpi utk dia....
Moga mak nita selamat walau dimana dia berada....
Quote jula7 21-5-2015 10:05 AM
moga selamat je kak nita walau dimana beliau berada...
sekarang jam 6.30am kat astro ria tu ada je balik tayangan bersama kak nita tu kan..yg talk show tu..
dia baik je orgnya..
moga semuanya selamat dan ok ye..
Quote cikgojesss 21-5-2015 10:17 AM
harap2 nek nita selamat kembali ke tanah aer.. buat comeback pastu dpt laki baru abang2 ketak.. yg penting straight
Quote salimrock 21-5-2015 10:42 AM
ridz09 replied at 21-5-2015 09:45 AM
Adakah effect cosmetic surgery dah memakan diri....edisi speku yg ala2 kejam

yup, aku juga speku benda yg sama....

ada juga speku, yg cosmetic surgery ni memerlukan kos yg tinggi, jd bila uang tiada, maka tak dpt la nak menten...

ni speku la,

laki dia yg nama mahadey tu diorang dah pisah ke?


Quote jargon 21-5-2015 10:44 AM
klau dgn i xboleh call her as kak nita,kene nek nita sbb my mom jauh lebih muda than her

Quote kenarikelabu 21-5-2015 10:45 AM
ridz09 replied at 21-5-2015 09:45 AM
Adakah effect cosmetic surgery dah memakan diri....edisi speku yg ala2 kejam

Terpikir cenggini gak
Quote hazzel 21-5-2015 11:08 AM
kesian.. meniti hari tua di bumi asing.. tanpa keluarga, anak2.. perit nya perjalanan hidup dia..
berharta, glamour tapi tak bahagia..
Quote DayangKirana 21-5-2015 11:13 AM
jauh dibumi asing..sorang diri..sebatang kara..

dia still nyanyi kat LV lagi ke?
Quote CrowneGlory 21-5-2015 11:17 AM
Kalau akak aku, dah mcm2 cara x dpt cari..repot polis je ...takut tetiba dh arwah..

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.062085 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top