CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Stadium Bukit Jalil guna rumput 'National Grass'

22-5-2015 05:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1639| Komen: 0

Description: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi aksi final Piala FA 2015 antara Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII, Sabtu ini.Jaminan itu diberikan oleh Ketua Pegawai ...


Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi aksi final Piala FA 2015 antara Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII, Sabtu ini.

Jaminan itu diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSM yang baharu, Azman Fahmi Osman yang menegaskan bahawa pihaknya kini menggunakan baka rumput tempatan bermutu tinggi, 'National Grass' bagi menggantikan rumput jenis 'Bermuda' yang digunakan sebelum ini.

Selain mempunyai ketahanan yang lebih lasak, rumput berkenaan turut sesuai dengan keadaan struktur stadium serta keadaan cuaca di negara ini, katanya.

"Keadaan rumput adalah terbaik dan sangat sesuai digunakan pada aksi final kali ini. Rumput yang digunakan sebelum ini diletakkan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan. Di sana pun, rumputnya bermasalah, jadi kita gunakan rumput terpakai sebelum ini ke padang di sana," katanya pada sidang media di SNBJ, hari ini.

Azman Fahmi menjelaskan PSM turut menggunakan lampu khas iaitu 'Grow Light' yang diimport khas dari Belanda yang dipasang sepanjang masa bagi membolehkan rumput padang yang terlindung untuk menerima cahaya.

Beliau yang dilantik menjawat jawatan berkenaan berkuatkuasa pada 5 Mei lepas, turut memaklumkan PSM turut mendapatkan nasihat daripada Dekan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Shukor Juraimi, yang merupakan pakar rumput, bagi memastikan keadaan rumput di stadium berkenaan berada dalam keadaan terbaik.

Azman Fahmi turut menegaskan, pihaknya hanya akan membenarkan penggunaannya kepada aktiviti sukan seperti perlawanan bola sepak dan kejohanan olahraga manakala kegunaan selain daripada itu memerlukan kelulusan khas daripada PSM bagi menjaga kualiti padang berkenaan.

Katanya selepas perlawanan akhir Piala FA, stadium itu akan ditutup untuk penyelenggaraan penuh sehingga 11 Jun ini bagi menghadapi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini menelan belanja RM1.5 juta dan Kementerian Belia dan Sukan mencuba dua jenis rumput iaitu rumput jenis 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain' namun tidak berhasil.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.133463 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top