CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Polis Negara - ‘Jangan sampai kami ke rumah’

25-5-2015 09:59 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11873| Komen: 58

Description: IPOH – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, sehingga semalam, seramai 640 pesalah trafik di seluruh negara telah ditahan manakala 1,600 orang lagi menyerah diri sejak ...


IPOH – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, sehingga semalam, seramai 640 pesalah trafik di seluruh negara telah ditahan manakala 1,600 orang lagi menyerah diri sejak pelancaran Ops Warta pada 19 Mei lepas.


Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga berjaya mengurangkan jumlah waran yang belum diselesaikan daripada kira-kira 1.8 juta kepada 1.5 juta setakat semalam.


“Kami akan teruskan operasi ini dan saya menyeru kepada pihak yang terbabit, janganlah sampai polis membuat tangkapan kerana sebenarnya kami tak suka buat tangkapan seperti ini.


“Janganlah sampai kami pergi rumah ke rumah, itu adalah langkah terakhir yang ingin kami lakukan. Jadi sekali lagi saya seru supaya mereka yang berkenaan menyemak (saman) dengan serta-merta kerana proses menyemak telah dipermudah, melalui telefon bimbit boleh, pergi balai pun boleh, melalui internet pun boleh, macam-macam cara,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama beliau di sini semalam.


Ops Warta dilaksanakan bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan seperti diumumkan oleh Khalid dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas.


Dalam pada itu, Khalid turut mengakui tindakan menahan pesalah trafik ketika sekatan jalan raya bukan langkah yang baik namun pihaknya tidak mempunyai pilihan lain.


Katanya, mereka yang didapati cuba bersubahat dan melindungi pesalah trafik juga boleh diambil tindakan kerana menghalang penjawat awam melaksana tugas.– Bernama


11

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrseller 23-5-2015 09:51 PM
Perogol, pencuri,pembunuh bertambah tanak tengok pulak
Quote biosfree 23-5-2015 09:58 PM
Mangkuk......otak kat lutut

Jadi patutke nak iklan jugak...

Jenayah trafik ngan jenayah kanun keseksaan mana sama, pendekatan pon mana sama,....pembunuh wat pe nak iklan2, tembak mati je....
Quote alieyrina 23-5-2015 10:00 PM
Memg desperet ...najib soh kutip duit ka..buat bayaq hutang ...
Quote mak_wa95 23-5-2015 10:04 PM
arahan, warning si pengecuttt
Quote sgbuloh 23-5-2015 11:26 PM
malaysia dah aman. tiada jenayah dah. so polis fokus pada pesalah trafik sekarang ni.
Quote little_sis 23-5-2015 11:31 PM
mcm lbh kepada nk kutip wang je ni..
Quote dodolgemok 23-5-2015 11:35 PM
Duit kocek kakmah dah kekeringan ke?nak guna duit gst xboleh sbb kena bayar hutang 1mdb . alih2 kena gi rumah pesalah trafik pulak sbb desperado sgat nak kutip duit
Quote Akulah7E. 23-5-2015 11:45 PM
nampak sangat dah takde duit kerajaan korup kita ini...
Quote akusukaq 23-5-2015 11:58 PM
Akulah7E. replied at 23-5-2015 03:45 PM
nampak sangat dah takde duit kerajaan korup kita ini...

Bukan kah lebeh elok kalau semua kita elakkan dr buat salah kalau tak mau kena saman.
Tapi kita jgk yg pilih untuk buat salah so kena lah keluar duit. Lagi maju sesebuah negara lagi tinggi saman yg dikenakan
Quote razhar 24-5-2015 12:17 AM
macai ada je nak halalkan penganiyaan ni...otak kalu dah tepu mcm laba...
Quote Anak_Nogori 24-5-2015 12:27 AM
Saya nasihatkan anak2 buah saya, kawan2 saya..kerajaan sekarang tak ada duit..dah bengrap dah malaysia lani..jd jangan buat salah trafik...kena kalu..polis takkan lepaskan..sorang kena rm300...kerajaan boleh kutip rm260 billion utk byr hutang2nya..
Quote miabebe 24-5-2015 07:08 AM
Dah nk raya pun...jemput lah ke rumah...
Quote Al-Patih 24-5-2015 07:31 AM
yang ni bilo pulak nak kasi bersi......

[Tempatan] Hampir 80 syarikat kawalan keselamatan terlibat dengan kongsi gelap
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=871422&fromuid=1692638
Quote peYno 24-5-2015 07:47 AM
dgn rakyat bukan main lagi nak cari kerumah

mdgm 1mdb songlapnberbillion tak berdecit
Quote jofizo 24-5-2015 08:09 AM
Moral of story.... ikut je peraturan jln raya.... bila org potong q ikut emergency lane kt hiway korang hangin... ntah2 bila mamat tu kn saman sbb potong q dan x byr saman skg korang plak nk membela....mcm sialllll la....
Quote scarflicious 24-5-2015 08:18 AM
Perompak duit rakyat bila nk tangkap??
Quote sahamboi 24-5-2015 08:36 AM
Yang duduk dalam khemah dalam gua dalam hutan ade ke alamat diorang.
Quote apam 24-5-2015 12:13 PM
Kebanyakan pesalah adalah jenis tadak lesen, tadak roadtax. Jenis2 pesalah marhein tak cukup duit low income......Yg bawak keta mahal merempit langgar lari dgn lori2 laju depa tak keja....tapi moto-moto dorang dah tarap superbike, keta segala macam gajet dgn evo10 bagai......last2 nak keje senang,,letak kon, buat roadblock.....itu macam pakai kancil dgn vanet dah boleh.....
Quote toxicated 24-5-2015 12:33 PM
Edited by toxicated at 24-5-2015 12:36 PM

baik pi cari yg ni haaa..



sumber yg disebar di fb

Mohon bantuan hebahan PDRM sedang mencari individu yg dikenali Mohd Jusnaidi bin Omar aka Mat Malaya yg merupakan adik MP UMNO Tanjung Karang Noh Omar...utk satu kes tembak.. disifatkan amat berbahaya, jika dikesan laporkan dibalai berdekatan..
Sumber : The Star


betul ka ni?? adik noh omar?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.082677 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top