CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Penjara Zalim Di Dunia. Sungai Buloh Tak Tersenarai

25-5-2015 11:40 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14787| Komen: 13

Description: APABILA ahli keluarga bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mendakwa tubuh pemimpin itu semakin kurus selepas 100 hari berada dalam penjara Sungai Buloh....



APABILA ahli keluarga bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mendakwa tubuh pemimpin itu semakin kurus selepas 100 hari berada dalam penjara Sungai Buloh, ada menganggap telah berlaku kezaliman.


Namun, tahukah anda selain penjara mewah di Arab Saudi yang menawarkan layanan setaraf hotel lima bintang, hampir kesemua penjara di seluruh dunia tidak memberi ‘simpati’ kepada penghuninya secara perikemanusiaan.

Sebahagian besar berpendapat bahawa penjara adalah tempat yang paling sesuai untuk para penjenayah. Anda mungkin dapat membayangkan kehidupan mereka di penjara yang serba terhad, kotor dan dipenuhi kekerasan.

Dalam laporan ini, jom kita tinjau 10 penjara yang dianggap paling ngeri di dunia dan rakyat Malaysia wajar bersyukur, Sungai Buloh tiada dalam senarai sekali gus bukti penjara Malaysia masih ada sifat belas ihsan.


Penjara Bang Kwang

Terletak kira-kira 11 kilometer dari ibu kota Thailand, Bangkok, Penjara Bang Kwang dikenali sebagai ‘The Hilton Bangkok‘, namun gelaran tersebut tidak merujuk kepada layanan hotel bertaraf lima bintang.

Sebaliknya para banduan dalam penjara tersebut ditempatkan dalam bilik-bilik kecil sehingga perlu mereka berasak-asak. Senang kata, penjara di wilayah Nonthaburi itu memang sinonim dengan penyeksaan para pesalah.

Bagi banduan hukuman mati, mereka hanya diberitahu beberapa jam sebelum disuntik dengan ubat pelali. Penghuni juga perlu memakai rantai gari di kaki sepanjang tiga bulan pertama menjalani hukuman penjara.

Penjara Rikers Island


Penjara di New York, Amerika Syarikat itu dianggap sebagai penjara lagenda. Ia amat dikenali dan sangat digeruni terletak di Pulau Rikers dalam kawasan Bronx dan ia ada bajet khas lebih AS$800 juta (RM2.8 bilion) setahun.

Penyeksaan dalam penjara yang beroperasi sejak 1932 itu memang dahsyat sehingga para pegawai penjara pun mengaku berasa takut apabila menyaksikan siri keganasan yang berlaku di hadapan mereka sendiri.

Memukul dan membunuh seakan menjadi perkara biasa dalam penjara itu yang berkeluasan 1.7 kilometer persegi serta menempatkan 100,000 kemasukan banduan sepanjang tahun selain dikawal 9,000 warden.

Penjara San Quentin


Meskipun penjara itu dibangunkan pada tahun 1852 dan dikenali sebagai penjara paling tua di seluruh California, ia dilengkapi dengan bilik gas beracun, namun ia tidak pernah digunakan sehingga ke hari ini.

Sebaliknya untuk melaksanakan hukuman mati, penjara itu menggunakan suntikan. Penjara itu tidak henti-henti mengalami masalah berkaitan keganasan yang berlaku termasuk paling terkenal pada tahun 2006.

Ia melibatkan insiden serangan perkauman menyebabkan lebih 100 banduan cedera dan dua terkorban. Ramai melaporkan bahawa penjara itu terlalu berbahaya dan keadaannya sangat teruk, waima untuk banduan tidur.

Penjara Alcatraz Island

Penjara yang terletak di Pulau Alcatraz merupakan salah satu penjara yang paling terkenal di dunia. malah pernah menjadi rumah kepada penjenayah paling berbahaya dan menakutkan dalam sejarah Amerika Syarikat.

Salah seorang banduan yang paling terkenal di penjara itu ialah Al ‘Scarface’ Capone. Penjara itu amat dikenali untuk kejadian keganasan di mana banduan cuba melarikan diri, yang dipanggil Battle of Alcatraz pada 1946.

Akhirnya, penjara yang dibuka sejak 1934 ini terpaksa ditutup pada Mac 1963 kerana kos pengurusan yang tinggi serta reputasi buruknya dan kemudian dijadikan muzium untuk tarikan pelancong antarabangsa.

Penjara La Sabaneta


Penjara yang terletak di Venezuela itu merupakan salah satu penjara paling sesak di dunia. Kemudahannya direka untuk sekitar 1,500 banduan. Namun jumlah penghuni dalam penjara ini sudah mencapai 2,500 banduan!

Jumlah banduan yang begitu ramai menyebabkan kurang pengawasan dari para pegawai. Ini kerana seorang pegawai perlu ‘menjaga’ sehingga 150 banduan. Cuba anda bayangkan kekecohan dalam penjara itu!

La Sabaneta terkenal dengan kejadian keganasan, seperti  pada 1994, menyebabkan 108 banduan maut. Setahun selepas itu, 624 lagi banduan cedera parah dan 196 yang lain meninggal dunia, juga akibat keganasan.

Penjara Gitarama
Penjara Gitarama terletak di Rwanda dan digelar sebagai ‘neraka bumi’. Ini disebabkan reka bentuk penjara yang hanya untuk 500 banduan, namun ia menempatkan lebih 6,000 tahanan, iaitu 12 kali ganda jumlah sepatutnya!

Akibatnya, ramai banduan perlu berdiri sepanjang hari sehingga kaki mereka menjadi busuk. Penjara itu terlalu sesak hinggakan, apabila banduan membuang najis, bahan kumbahan itu terjatuh di kaki mereka sendiri.

Ini membuat kaki mereka mudah mengalami jangkitan, mula membusuk dan kemudian terpaksa dipotong. Jika tidak sempat memotong kaki, banduan pasti juga akan mati semula jadi secara perlahan-lahan.

Penjara La Sante

Penjara La Sante atau Maison d’arrêt de la Santé terletak di Paris, Perancis dan dibuka sejak 1867 dengan kapasiti 2,000 tahanan amat dikenali sebagai tempat yang sangat kejam, di mana banyak kematian banduan berlaku.

Sistem penjara itu malah menggunakan undang-undang rimba. Ini bermakna, siapa yang paling kuat akan diberi kuasa. Dan jelas sekali, penjara itu menjadi tempat yang amat berbahaya untuk banduan yang lemah.

Atas sebab itu, para banduan di penjara La Sante dibenarkan keluar dari bilik mereka untuk hanya empat jam dalam sehari. Langkah tersebut bertujuan untuk mengurangkan keganasan jika terperap lama dalam kurungan.

Penjara Diyarbakir

Terletak di tenggara Turki ini dikenali sebagai penjara yang sungguh tidak perikemanusiaan kerana mempunyai sejarah silam yang gelap, termasuk memenjarakan kanak-kanak dan menjadikan mereka hamba seumur hidup.

Keganasan dalam penjara Diyarbakir ini bukan dilakukan para tahanan sahaja, malah turut melibatkan para pegawai sejak ia beroperasi pada 1980 bagi menempatkan 1,300 banduan khasnya pesalah politik antikerajaan.

Pada tahun 1996, satu insiden berlaku melibatkan keganasan polis dan pegawai penjara terhadap tahanan. Sekurang-kurangnya 10 banduan dilaporkan terbunuh, manakala 23 yang lain cedera parah.

Penjara Tadmor


Penjara Tadmor yang dibina pada zaman penjajahan Perancis ini terletak di padang pasir 200 kilometer ke timur ibu kota Syria, Damsyik dan dikenali sebagai salah satu tempat paling keji di dunia, dari segi penindasan.

Setiap aspek dalam penjara ini direka untuk menjatuhkan maruah banduan. Namun ia terkenal pada 1980, ketika Presiden Syria masa itu, Hafez al-Assad terselamat daripada serangan kejam banduan ketika melawat Tadmor.

Pada tahun 2001, penjara itu ditutup kerana tidak mahu menambah jumlah banduan dan mengelak keganasan tetapi 10 tahun kemudian, penjara itu dibuka semula serta masih tidak berubah ciri-ciri keganasannya.

Penjara Carandiru


Penjara Carandiru terletak di Sao Paulo, Brazil dan ia mengukir nama sebagai penjara terbesar di Amerika Latin serta paling menakutkan di dunia sejak dibuka pada 1920 dengan kapasiti lebih 8,000 banduan dalam satu masa.

Ia dikenali kerana keganasan yang membawa maut, seperti yang berlaku dalam satu kejadian pada tahun 1992. Satu pembunuhan besar-besaran berlaku di mana seramai 102 banduan ditembak dan dibunuh.

Keganasan berlaku bukan satu-satunya alasan Carandiru amat menakutkan. Isu kesihatan juga menjadi masalah kerana ia sangat buruk, kotor, berbau dan tidak sihat. Bahkan seorang daripada lima banduan adalah HIV positif. – Agensi/H.A.AMREE
16

Bagus
8

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 22-5-2015 05:17 PM
mungkin alternatif kepada hukuman penjara diperlukan, untuk elakkan kesesakan
Quote binisupir 22-5-2015 11:16 PM
menarik info ni. thanks
Quote spiderman80 22-5-2015 11:38 PM
Bersyukurlah banduan-banduan di negara kita!!
Quote tightcherry 23-5-2015 11:27 AM
Utk elak sesak penjenayah terus dihukum bunuh jah...
Quote Suchi 23-5-2015 12:58 PM
penjara adalah neraka dunia..
Quote addicted 25-5-2015 04:36 PM
penjara gitarama erkkk gulpp
Quote matchstick 25-5-2015 06:45 PM
gitarama tu nk duduk pon kena buat sistem amik nombor giliran kot
Quote giyomi 26-5-2015 11:10 AM
Dah namanya pon penjenayah, so takan nak bagi katil dan tilam dream land siap ada tb dan frij, rasain lor dasar banduan, dah curi bunuh tapi nak layan ala2 hotel. puiiiii
Quote supernaturalee 26-5-2015 12:35 PM
penjara carandiru
ada filem psl ni

Quote cm_asamkumbang 27-5-2015 12:58 PM
Mungkin artikel ni boleh print letak dlm semua penjara di Malaysia.  Nak suruh banduan Malaysia bersyukur.
Quote Teru2Bozu 28-5-2015 06:31 PM
Penjara Gitarama tu mmg kejam. Punye la sesak.. Nak berak pun kena bdiri jah.
Quote amon_79 29-5-2015 04:32 PM
giler ganas... sapa2 jenis mamas boy tetiba wat hal msk kat salah satu penjara ni... abis la masakkk...
Quote lonso 30-5-2015 04:34 PM
takda dah nikmat idup..... bersyukurlah dkt msia penjara masih boleh bernapas lagi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.372003 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top